Agama Kristian
merupakan agama yang mempunyai penganut teramai di dunia. Mengikut kajian yang
dilakukan pada 2006, agama Kristian mempunyai seramai 2.14 bilion penganut di
seluruh dunia.[1]
Majoriti penganut agama Kristian beriman dengan doktrin Triniti atau Tritunggal
iaitu Tuhan Bapa, Tuhan Anak, dan Roh Kudus. Namun begitu, penganut Kristian
terpecah kepada pelbagai aliran. Kepelbagaian aliran ini bukan sahaja disebabkan
wujud perbezaan pandangan berhubung isu-isu ibadat dan peraturan, kepelbagaian
aliran ini wujud kerana terdapatnya perbezaan dalam memahami isu-isu berhubung
akidah dalam kalangan penganut agama Kristian.
Untuk memahami cerita
berkaitan agama Kristian, adalah penting untuk kita mengetahui latar belakang
Jesus Chris terlebih dahulu. Hal ini kerana Jesus merupakan pengasas kepada
agama tersebut. Jesus Chris telah dilahirkan di daerah Palestin yang dikuasai
oleh kerajaan Rom ketika itu. Beliau merupakan seorang yang berbangsa Yahudi
kerana ibunya Maryam atau Mary merupakan seorang Yahudi. Dalam ‘Gospel Luke’
fasal 1 ayat 26 hingga 35 telah menceritakan bagaimana Gabriel (Malaikat Jibril
dalam Islam) telah datang menemui Mary untuk dikhabarkan berita mengenai Jesus
dan meniup roh Jesus ke dalam rahimnya.
Buku ‘Reading The Old
Testament – Introduction to the Hebrew Bibble / Second Edition’ merupakan
sebuah buku yang menceritakan tentang Perjanjian Pertama antara umat Kristian
dengan Tuhan mereka. Ianya merupakan hasil karya Barry L. Bandstra yang dibantu
oleh Peter Adams dan Kerri Abdinoor.
Buku ini mengandungi
lima bahagian utama iaitu Pengenalan yang menceritakan secara kasar mengenai
‘Apa itu Old Testament?’ dan cerita mengenai Bible. Di dalam bab ini
diceritakan mengenai sejarah pra-Israel, awal Israel dan awal Yahudi.
Bab pertama dalam buku
ini bertajuk ‘Torah’. Di dalam bab ini mengandungi sub-topik seperti ‘Genesis
1-11 ; Primeval Story’, ‘Genesis 12-50 : The Ancestral Story’, ‘Exodus :
Deliverance and Convenant’, ‘Leviticus and Number : In the Wilderness’ dan
‘Deoteronomy : The Torah of Moses’.
Manakala dalam bab yang
kedua pula diceritakan kisah mengenai ‘Prophets’. Di dalam bab ini dibincangkan
topic-topik seperti ‘Joshua : Conquest of Canaan’, Judges : Securing the Land’,
‘Samuel : Rise of the Monarchy’, ‘Kings: History of the Kingdoms’, ‘Isaiah’,
‘Jeremiah’, ‘Ezekeil’, dan ‘Book of the Twelve’.
Manakala dalam bab
ketiga pula ialah ‘Writing’. Di dalam bab ini pengarang mengetengahkan isu-isu
mengenai ‘Psalms’, Proverbs and Job’, ‘Five Scrolls’, ‘Daniel’ dan
‘Chronicler’s History’.
Dan di akhir bahagian
buku ini pengarang meletakkan kesimpulan yang diberi tajuk ‘ Conclusion : After
The Hebrew Bibble’. Di dalam bab ini pengarang memberikan sedikit cerita
mengenai Laut Mati dan ‘New Testament’ kepada pembaca secara kasar.
Jadual Susunan Kitab dalam ‘Old
Testament’
Pentateuch
|
Historical Books
(Kitab Sejarah)
|
Wisdom Books
(Kitab Puisi, Syair dan Hikmat)
|
Prophetic Books
(Kitab
Para Nabi)
|
1. Genesis (Kejadian)
2. Exodus
(Keluaran)
3. Leviticus
(Imamat)
4. Numbers
(Bilangan)
5. Deuteronomy
(Ulangan)
|
1. Joshua
(Josua)
2. Judges
(Hakim)
3. Ruth (Rut)
4.
I
Samuel
5.
II
Samuel
6. I Kings
(I Raja)
7. II Kings
(II Raja)
8. I Chronicles
(I Tawarikh)
9. II Chronicles
(II Tawarikh)
10.
Ezra
11. Nehemiah
(Nahemia)
12. Tobit (Tobias)
13. Judith
(Yudith)
14. Esther
(Ester)
15. I Maccabees
(I Makabe)
16. II Maccabees
(II Makabe)
|
1. Job (Ayub)
2. Psalm
(Zabur)
3. Proverbs
(Amsal)
4. Ecclesiates
(Pengkhotbah)
5.
Song
of Solomon
(Kidung
Agung)
6.
Wisdom
of Solomon
(Kebijaksanaan
Solomon)
7. Ecclesiaticus
(Sirakh)
|
1. Isaiah
(Yesaya)
2. Jeremiah
(Jeremia)
3. Lamentations
(Ratapan)
4. Baruch
(Barukh)
5. Ezekial
(Yehezkial)
6.
Daniel
7.
Hosea
8. Joel
(Yoel)
9.
Amos
10. Obadiah
(Obaja)
11. Jonah
(Yunus)
12. Micah (Mikha)
13.
Nahum
14.
Habakkuk
15. Zephaniah
(Zefanya)
16. Haggai
(Hagai)
17. Zechariah (Zakharia)
18. Malachi
(Maleakhi)
19. Daniel (Kitab
Tambahan)
|
Sumber : Bradley Chance J. & Milton P. Horne
(2000)
2.0
Sinopsis
dan Ulasan
Dalam bahagian pengenalan, pengarang menyatakan
mengapakah beliau menulis buku ini. Menurut beliau, buku ini dihasilkan adalah
untuk kegunaan guru-guru dan pelajar sebagai panduan dalam bidang keilmuan.
Oleh yang demikian beliau menyediakan panduan pembelajaran dalam bentuk CD
kepada guru-guru dan pelajar ini bagi memudahkan mereka memahami apa yang ingin
disampaikan oleh beliau. Beliau juga menyatakan bahawa tujuan beliau menulis
buku ini adalah disebabkan oleh faktor agama, kerohanian, doktrin gereja, budaya,
kesusasteraan dan sejarah.
Beliau juga menceritakan apakah yang dimaksudkan
dengan ‘Old Testament’ di bahagian pengenalannya. Menurutnya, ‘Old Testament’
merupakan Perjanjian Lama umat manusia dengan Tuhan dan ianya merupakan
perjanjian sebelum kelahiran Jesus Chris (Nabi Isa dalam ajaran Islam) atau
lebih dikenali sebagai anak Tuhan yang kemudiannya diubah menjadi Tuhan dalam
kalangan penganut Kristian.
Berdasarkan rujukan luar yang saya lakukan, saya
dapati ‘Old Testament’ atau disebut juga dengan Alkitab merupakan kitab suci
penganut agama Kristian. Di dalam Islam, Old Testement dikenali sebagai Kitab
Injil. Kitab ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Perjanjian Lama dan
Perjanjian Baru. Perjanjian Lama adalah di antara Moses (Nabi Musa dalam Islam)
dengan golongan Yahudi manakala Perjanjian Baru adalah di antara Jesus Christ
(Nabi Isa dalam Islam) dengan seluruh umat manusia. Old Testement merupakan
himpunan kepada kitab-kitab kecil di dalamnya.
Hampir semua buku Perjanjian Lama ditulis
dalam bahasa Ibrani, kecuali beberapa bahagian daripada kitab Daniel
yang ditulis dalam bahasa Aramia sedangkan semua buku Perjanjian Baru ditulis
dalam bahasa Yunani. Berdasarkan isinya dan gaya penulisan,
Perjanjian Lama dapat dikelompokkan menjadi 5 bahagian utama iaitu Kitab Taurat (5 kitab), Kitab Sejarah (12 kitab), Kitab Puisi
(5 kitab), Kitab Nabi-nabi Besar (5 Kitab) dan Kitab Nabi-nabi Kecil (12
Kitab). Sementara pengelompokan untuk Perjanjian Baru adalah Kitab Berita Baik
atau Injil (4 Kitab), Kitab Sejarah (1 Kitab), Kitab Surat
Rasuli (21 Kitab) dan Kitab Wahyu (1 Kitab). Jumlah kitab dalam Wasiat Lama
adalah 39, manakala jumlah kitab dalam Wasiat Baru adalah 27. Maka seluruh
kitab Bible mengandungi 66 kitab.
Berdasarkan pemahaman pembacaan saya melalui buku
‘Reading The Old Testament’, saya mendapati bahawa Kristian itu merujuk kepada
pengikut-pengikut Jesus Chris yang mempercayai bahawa beliau merupakan seorang
penyelamat kaum Yahudi (christos) oleh Tuhan. Doktrin-doktrin yang terdapat
dalam agama Kristian ini juga hamper keseluruhannya diasaskan oleh seorang
Yahudi yang bernama Saul of Tarsus atau lebih dikenali dengan panggilan Paulus.
Jesus diutuskan oleh Tuhan adalah untuk menghapuskan dosa warisan yang dimiliki
oleh umat manusia berikutan dosa yang dilakukan oleh Adam dan Hawa di syurga
satu ketika dahulu dengan memakan buah kuldi walaupun ianya dilarang oleh
Tuhan. Kelahiran Jesus juga merupakan suatu perkara yang ajaib dimana beliau
tidak berbapa. Hal ini kerana Tuhan telah menghembuskan roh kudus ke dalam
rahim Maryam dan Jesus dikatakan boleh bercakap setelah dilahirkan. ‘Kemudian daripada Iblis pun membawa Jesus
ke Negara Suci dan diletakan Jesus di atas bumbung Baitullah.”[2] Jesus juga dikatakan memiliki pelbagai
kebolehan seperti menyembuhkan penyakit sopak yang sememangnya tiada penawarnya
walaupun sehingga kini dan juga beliau pernah menghidupkan rakannya yang
bernama Lazarus yang telah mati.
Berdasarkan perolehan luar saya mengenai Paulus,
beliau juga merupakan seorang yang berbangsa Yahudi. Beliau daripada suku
Benyamin dan berasal dari Bandar Tarsus yang merupakan pusat perdagangan bangsa
Greek. Dalam sejarah penyebaran agama Kristian, beliau dianggap sebagai seorang
tokoh yang terkemuka dan sebagai pengasas agama Kristian yang kedua walaupun
pada peringkat awalnya beliau merupakan orang yang paling kuat menentang Jesus
seperti menangkap dan membunuh pengikut-pengikut Jesus kerana beliau merupakan
seorang yang fanatik kepada penganut agama Yahudi.[3]
Secara asasnya agama Kristian mempunyai lima doktrin
asas. Doktrin pertama ialah Doktrin Dosa Warisan (The Original Sin). Ajaran
Kristian percaya bahawa manusia sejak hari pertama dilahirkan telah pun
menanggung dosa. Menurut doktrin ini, dalam Perjanjian Lama atau ‘Old Testament’,
orang Yahudi mengorbankan lembu dan kambing untuk membersihkan dori daripada
dosa ini akan tetapi satu pengorbanan yang agung dilakukan untuk membersihkan
dosa seluruh umat manusia iaitu dengan pengorbanan anak Tuhan iaitu Jesus
Christ. Hal ini berikutan oleh perlakuan Adam dan Hawa yang disingkirkan dari
syurga kerana memakan buah daripada sebuah pohon dalam syurga yang dikenali
sebagai Shajarat Al-Khuldi (Adam’s Apple) ataupun dikenali sebagai The Garden
Of Eden dalam bible.
Doktrin yang kedua dalam agama Kristian ini adalah
Doktrin anak Tuhan (The sonship of God). Penganut Kristian percaya bahawa Jesus
Christ itu merupakan anak Tuhan. Beliau akan membebaskan umat manusia daripada
derita dan neraka. Tuhan telah menurunkan anaknya ke dalam kandungan Maryam
atau Mary yang akhirnya dilahirkan sebagai anak Tuhan. Ajaran Kristian percaya
bahawa Jesus Christ adalah anak Tuhan yang tunggal. Oleh yang demikian, Jesus
lebih hamper dengan Tuhan jika dibandingkan dengan manusia lain dan sudah
semestinya Jesus itu merupakan sesuatu yang unik. Hal ini menyebabkan Jesus
telah dilahirkan dengan cara yang amat ajaib sekali iaitu tanpa melalui proses
kelahiran manusia yang biasa.
Doktrin ketiga ialah Doktrin Ketuhanan Jesus (The
Divinity of Jesus). Setelah Jesus itu digelarkan sebagai anak Tuhan, penganut
Kristian telah menukar status Jesus menjadi Tuhan kerana mereka mendakwa Jesus
Christ adalah Tuhan yang menjelma (Incarnate) dalam bentuk manusia. Jesus
didakwa sebagai Tuhan adalah berdasarkan isi kandungan ajarannya, keajaiban
yang ditunjukkannya dan juga kematiannya di tiang salib. Walaubagaimana pun,
sesetengah golongan Kristian seperti Jehovaha Witnesses, Christadelphian dan
Unitarian tidak menyokong doktrin ini.
Doktrin Kesucian Trinity (The Holy Trinity) secara
rasminya telah menjadi asa dalam ajaran agama Kristian selepas tiga abad
selepas Jesus Christ ketika Persidangan Nicea (325 Masihi). Namun terdapat
tentangan daripada kumpulan yang berpegang kepada ketauhidan Tuhan tetapi puak
ini telah dihapuskan. Berdasarkan doktrin ini, Tuhan bagi Kristian adalah Tuhan
yang mempunyai tiga oknum atau dalam bahasa yang mudah ialah tiga dalam satu.
Ianya terdiri daripada Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Roh Khudus. Ketiga-tiga oknum
ini mempunyai kesamarataan kuasa akan tetapi hal ini tidak pernah diceritakan
dalam bible. Doktrin ini hanya diajarkan oleh paderi-paderi di gereja sebagai
maklumat tambahan.
Doktrin yang terakhir adalah Doktrin Penyaliban
Jesus (The Cruxifixion Jesus). Penyaliban Jesus di tiang salib telah menjadi
lambing penganut agama Kristian. Penganut Kristian percaya bahawa Tuhan telah
menghantar anaknya yang tunggal iaitu Jesus ke dunia untuk menebus segala dosa
umat manusia dan juga untuk menyelamatkan manusia daripada api neraka menerusi
kaedah penyaliban yang kemudiannya bangkit semula (resurrected) atas tujuan
yang sama. Doktrin ini menjadi asas agama Kristian sejak dahulu kala sehingga
ke hari ini.
Seperti agama-agama lain, agama Kristian juga
mempunya rukun yang perlu dipatuhi oleh setiap penganutnya. Ianya dikenali
dengan panggilan Rukun Sepuluh ataupun The
Ten Commanment ( The Ten Words). Antara perkara yang diketengahkan dalam
rukun ini ialah :
1. Jangan
bagimu apa-apa patung yang merupakan apa-apa di langit, bumi, ataupun bawah
muka bumi.
2. Jangan
sebut nama Tuhanmu dengan sebarangan.
3. Tetaplah
ingat dan kuduskan hari Sabbath (Ahad)
4. Hormatilah
ayah dan ibumu.
5. Jangan
membunuh
6. Jangan
berzina
7. Jangan
mencuri
8. Jangan
membuat tuduhan palsu
9. Jangan
menginginkan isteri jiranmu
10. Jangan
menginginkan apa-apa yang dimiliki oleh jiranmu.[4]
Menurut ‘Old Testament’, penganut Kristian dilarang
untuk memakan babi hutan. Hal ini ditegaskan dalam bahagian Imamat(Leviticus).
Selain itu juga, penganut wanita Kristian juga diwajibkan untuk menutup
rambutnya seperti mana yang diwajibkan dalam agama Islam. Antara mazhab-mazhab
yang wujud dalam agama Kristian adalah Katolik Roma, Protestan, Orthodoks,
Anglicon dan Methodist. Penganut mazhab Katolik Roma mengakui Pope di Rome
merupakan ketua agama mereka. Sebagai kesimpulan, Kristian merupakan agama yang
mengandungi ajaran-ajaran yang dibawa oleh Jesus Chris dan juga Paul. Walau
bagaimanapun, banyak daripada ajaran Jesus telah diperbaharuai oleh Paul
terutamanya dari sudut teologi dan peraturan. Sejarah perkembangan agama
Kristian yang panjang juga menyebabkan wujudnya kepelbagaian aliran dalam agama
ini. Kewujudan pelbagai aliran Kristian akibat daripada berlakumya perbezaan
dalam menafsir isu-isu akidah mengakibatkan berlakunya pelbagai variasi
keimanan dalam kalangan penganut agama Kristian. Namun begitu, sehingga ke hari
ini agama Kristian kekal mendominasikan sebagai agama yang mempunyai penganut
yang paling ramai di dunia.
Secara
umumnya, ajaran Paul dapat dirumuskan seperti yang berikut
TEORI
AJARAN PAUL

Pada awalnya hanya terdapat dua jenis upacara
keagamaan yang dianggap suci dalam agama Kristian iaitu upacara pembaptisan dan
jamuan suci. Tetapi selepas terjadinya pelbagai persidangan, kini upacara
keagamaan tersebut telah diperkembangkan sehingga terdapat banyak upacara suci (sacraments) yang penting dalam agama
Kristian.
Permandian atau pembaptisan berasal daripada
perkataan Yunani, baptizo yang
bererti terjun, tenggelam atau menyelam. Upacara pembaptisan ini merupakan
upacara penerimaan seseorang itu untuk menjadi pemeluk agama Kristian.
Pembaptisan ini juga bertujuan untuk menyucikan atau menghapuskan dosa warisan
daripada diri mereka dan untuk memberikan mereka kemampuan serta kekuatan untuk
melakukan kebaikan.
Jamuan suci merupakan satu lagi upacara yang penting
di dalam agama Kristian. Santapan untuk upacara ini terdiri daripada anggur
(arak) dan roti kering. Upacara ini dilakukan bagi mengingati peristiwa
Santapan Malam (Last Supper) Jesus yang terakhir bersama-sama murid-muridnya.[5]
Mereka percaya bahawa anggut/arak itu merupakan darah Jesus dan roti kering
pula akan menjadi tulang dan daging Jesus. Dengan menjamu hidangan ini,
seseorang itu dianggap sudah bersatu dengan roh Jesus.
Pengampunan merupakan upacara yang dimulakan dengan
pengakuan dosa/kesalahan oleh para penganut agama Kristian.[6]
Upacara ini biasanya dilakukan berulang kali di dalam kehidupan mereka. Ini
kerana mereka percaya bahawa manusia sering melakukan dosa. Oleh itu, mereka
sentiasa melakukan upacara pengampunan ini sekiranya mereka merasa yang mereka
telah berbuat banyak dosa. Namun, sejak tahun 1215 Masihi, pihak gereja Kristian
telah memutuskan bahawa upacara pengakuan kesalahan atau pengampunan yang mesti
dilakukan sekali seumur hidup.
Upacara ordination
adalah upacara pelantikan para paderi. Paderi dalam agama Kristian adalah merupakan
pemimpin yang akan mengetuai pelbagai upacara terutamanya upacara-upacara yang
di adakan di dalam gereja. Di dalam gereja Katolik, terdapat dua jenis ordination iaitu ordination am dan ordination
jabatan. Ordination am merujuk kepada para paderi yang telah dibaptiskan
dan telah menerima atau menjalani upacara pengukuhan. Ini bererti mereka sudah
mempunyai kelebihan dan mampu berhubung langsung dengan tuhan. Manakala ordination jabatan pula merujuk kepada
para paderi yang berfungsi sebagai pengajar, pemimpin jemaah dan wakil Jesus.
Agama Kristian mempunyai dua jenis upacara sembayang
iaitu secara individu dan secara berkumpulan. Penganut agama ini diwajibkan
melakukan sembayang secara berkumpulan. Penganut agama ini diwajibkan melakukan
sembayang berkumpulan di gereja sekali seminggu iaitu pada hari Ahad. Biasanya
upacara-upacara ini mengandungi nyanyian pujaan, khutbah, doa dan sembayang.
Kesemua upacara-upacara ini akan dipimpin oleh para paderi dan juga para
pembantunya.
Upacara pengukuhan (confirmation) ialah satu upacara yang dilakukan untuk
memperbaharui keyakinan atau iman terhadap tuhan. Upacara ini dilakukan apabila
seseorang penganut Kristian meningkat dewasa.[7]
Carta Ringkasan Ritual Agama Kristian

3.0 Cadangan
Dan Kritikan
Berdasarkan
pembacaan saya dan kajian yang telah saya lakukan dalam agama Kristian secara
asasnya didapati agama ini telah mengalami pelbagai perubahan yang begitu
ketara yang dilakukan oleh paderi-paderinya dari semasa ke semasa. Pada
asasnya, Jesus Christ merupakan anak Tuhan tetapi ianya telah ditukarkan
menjadi Tuhan dan berkonsep kepada Doktrin Kesucian Trinity.
Dan
melalui pembacaan saya, saya mendapati cara yang digunakan oleh paderi-paderi
Kristian ini untuk menghapuskan golongan yang bertauhidkan satu Tuhan adalah
dengan membunuh golongan ini. Sewaktu timbulnya mazhab Protestan di Eropah yang
diasaskan oleh Martin Luther, pihak gereja Katolik telah bangkit menentang
pengikut-pengikut mazhab tersebut dengan segala kekuatan yang ada. Sejarah
penekanan manusia telah melihat beberapa peristiwa penyembelihan yang ngeri.
Antaranya ialah ‘Penyembelihan Paris’ pada 24 Ogos 1572M dimana pihak Katolik
telah menjemput para pengikut mazhab Protestan sebagai tetamu di Paris untuk
mencari penyelesaian supaya dapat diselaraskan beberapa pertentangan dan
perbezaan yang terdapat di antara kedua-dua mazhab ini. Akan tetapi pihak mazhab
Katolik telah mengambil kesempatan ini dengan menyerang dan membunuh mereka
sewaktu mereka sedang tidur. Setelah berlakunya peristiwa tersebut, datanglah
bertalu-talu ucapan tahniah kepada raja Charles XI daripada Pope dan raja-raja
Katolik serta pembesarnya.[8]
Namun
apabila pihak Protestan memperolehi kekuatan, mereka juga bertindak ganas
kepada pengikut-pengikut mazhab Katolik. Luther pernah menegaskan kepada
pengikut-pengikutnya bahawa sesiapa di antara kamu yang boleh membunuh,
mencekik leher dan menyembelih sama ada secara sulit atau terang, maka
bunuhlah, cekiklah dan sembelihlah mereka para petani yang memberontak itu
dengan sepuas-puasnya.[9]
Tambahan
pula, setelah meneliti ayat-ayat yang terdapat dalam bible, saya mendapati
beberapa persoalan. Dalam Matius fasal 27 ayat 46 “Maka kira-kira pada pukul tiga pagi itu, berteriaklah Jesus dengan
suara yang nyaring katanya : Ya Tuhanku! Wahai Tuhanku! Mengapakah Engkau
meninggalkan aku?” Dalam ayat di atas Jesus berteriak meminta pertolongan
Tuhan ketika beliau hendak disalib. Ianya menjadi kekeliruan kepada saya
mengapakah Jesus meminta pertolongan Tuhan sedangkan beliau tahu kelahirannya
ke dunia ini hanyalah untuk disalib supaya dosa-dosa manusia dapat ditebus.
Selain
itu juga, dalam Galatia fasal 3 ayat 13, “Sesungguhnya
terkutuklah setiap orang yang tergantung pada kayu”. Ayat ini juga turut
menjadi persoalan kepada saya kerana Jesus juga dikatakan disalib dengan
digantung pada palang kayu sedangkan Jesus merupakan anak Tuhan.
Di
dalam Yehezkial fasal 18 ayat 20, Matius fasal 16 ayat 27, surat kiriman Paulus
kepada orang Rom 2:5 dan 6 menerangkan bahawa dosa setiap individu ditanggung
oleh individu itu sendiri dan tiada konsep Dosa Warisan malahan penyaliban
Jesus Christ sebagai penebus dosa sekalian umat manusia.
Menurut
ajaran Kristian, Jesus disalib oleh pengkhianat agama sedangkan kedatangan
Jesus sememangnya untuk disalib bagi menebus dosa umat manusia. Persoalan saya
disini wajarkah orang yang menangkap Jesus dipanggil pengkhianat sedangkan
mereka telah membantu umat manusia menebus dosa warisan Adam dan Hawa.
4.0
Penutup
Selain
Old Testament, penganut Kristian mempunyai New Testament atau juga dikenali
dengan perjanjian baru. Di dalam New Testament ini mengandungi 27 bahagian dan
diklasifikasikan kepada empat bahagia besar.
Bahagian
yang pertama dikenali sebagai ‘Gospel’
yang mengandungi empat perkara yang dibincangkan iaitu ‘The Gospel according to Matthew’, ‘The Gospel according to Mark’, ‘The
Gospel according to Luke’, dan ‘The
Gospel according to John’.
Manakala
dibahagian yang kedua pula dikenali sebagai ‘History’
dimana ianya membincangkan mengenai ‘Acts
of the Apostles’.
Di
bahagian yang ketiga pula dikenali sebagai ‘Letter’
ataupun ‘Epistles’ dimana ianya
mengandungi 15 perkara seperti ‘Paul’s
Letter to the Romans’, ‘Paul’s First and Second Letters to the Corinthians’, ‘
Paul’s Letter to the Galatians’, ‘Paul’s Letter to the Ephesians’, ‘Paul’s
Letter to the Philippians’, ‘ Paul’s Letter to the Colossians’, ‘paul’s First
and Second Letters to the Thessalonians’, ‘Paul’s First and Second Letters to
Timothy’, ‘Paul’s Letter to Titus’, ‘Paul’s Letter to Philemon’, ‘Letter to the
Hebrews’, ‘Letter of James’, ‘First and Second Letters of Peter’,
‘First,Second, and Third Letters of John’, dan ‘Letter of Jude’.
Dan
dibahagian terakhir adalah ‘Apocalyptic
Literature’ yang berkisahkan mengenai ‘The
Revelation of John’.
Setiap
agama yang wujud di atas muka bumi adalah bertujuan untuk menjadi garis hidup
kita dan kesemua agama ini adalah menyeru kepada kebaikan semata-mata. Agama
Kristian juga telah memperkenalkan Rukun Sepuluh kepada penganutnya sebagai
garis panduan yang asas bagi mengekalkan kemakmuran di muka bumi ini.
[1] Jenifer Riley
Christian Population Growth Rate Higher than World : Less than Muslim, Hindus (http://www.christianpost.com/article/20090106/christian-population-growth-rate-higher-than-world-less-than-muslim-hindus) - 06/08/2009
[3] Agama-agama Di Dunia -
Mohd Rosmizi Abd Rahman, Wan Mohd Fazrul Azdi Wan Razali, Marina Munira Abd
Mutalib dan Roslizawati Mohd Ramly – Universiti Sains Islam Malaysia
No comments:
Post a Comment