PRAKATA
Tahukah anda bahawa 700,000 tahun dahulu,
manusia melayari lautan dengan binaan kapal yang bagus? Atau pernahkah anda
mendengar manusia yang digelar sebagai ‘orang gua primitif’ memiliki kemahiran
artistik dan pemahaman sebagaimana yang dipunyai oleh artis moden? Adakah anda
tahu bahawa Neanderthal yang hidup sejak 80,000 tahun dulu dan digambarkan oleh
para evolusionis sebagai ‘manusia beruk’, juga mampu membuat alatan muzik,
memperoleh keselesaan dari pakaian dan aksesori, dan berjalan di atas pasir
panas beralaskan sandal? Dalam segala kemungkinan anda mungkin tidak pernah
mendengar fakta-fakta berkenaan. Sebaliknya, anda telah diberi tafsiran salah
bahawa manusia tersebut adalah separuh manusia dan separuh beruk, tidak mempu
berdiri lurus, kurang kemahiran untuk berkomunikasi dan hanya mengeluarkan
bunyi dengusan yang pelik. Ini kerana dalam masa lebih daripada 150 tahun,
kebanyakan orang seperti anda telah dihujani oleh keseluruhan penipuan ini.
Tujuannya adalah untuk meneruskan perjuangan falsafah materialis yang menafikan
kewujudan Allah SWT. Menurut perspektif yang menyeleweng ini, alam semesta dan
kebendaan adalah abadi. Dengan erti kata lain, ia tiada permulaan, dan juga
tiada Pencipta. Asas yang kononnya saintifik untuk kepercayaan karut ini adalah
teori evolusi. Oleh kerana mereka mendakwa bahawa alam semesta tiada Pencipta,
para evolusionis harus memberi penjelasan tentang bagaimana kehidupan dan
sejumlah spesis lain wujud di bumi ini. Untuk tujuan itu, mereka menggunakan
teori evolusi. Berdasarkan teori ini, semua kejadian dan kehidupan di alam
semesta berlaku secara kebetulan. Sebahagian benda tidak bernyawa di zaman
purbakala bercantum secara tidak sengaja lalu membentuk sel hidup pertama.
Kemudian organisma terwujud hasil daripada ketidaksengajaan selama jutaan tahun
ini. Dan akhirnya manusia wujud sebagai peringkat terakhir rantaian evolusi.
Sejarah awal manusia – yang dianggap hasil daripada perubahan secara kebetulan
selama jutaan tahun, dan setiap satunya lebih mustahil daripada perubahan
terakhir, telah diselewengkan untuk menyokong senario songsang ini.
Evolusionis, yang sememangnya ketiadaan bukti-bukti kukuh, mendakwa bahawa asal
sejarah manusia adalah seperti berikut: Bermula seperti bentuk kehidupan lain,
berlangsung daripada organisma purba hingga kepada manusia yang dipercayai
perkembangan paling maju berbanding yang lain. Oleh itu, sejarah manusia
kononnya berkembang daripada komuniti primitif kepada masyarakat bandar yang
moden. Hakikatnya, anggapan ini sama sekali tidak mempunyai sebarang bukti. Ia
juga menggambarkan sejarah manusia seperti yang didakwa oleh falsafah
materialis dan teori evolusi. Para saintis evolusionis — dalam usaha mereka
untuk menyokong proses evolusi yang dianggap bermula daripada sel tunggal
kepada organisma berbilang sel, kemudian daripada beruk kepada manusia – bukan
saja telah ‘menulis’ semula asal-usul manusia, bahkan juga ‘mencipta’ era
khayalan seperti ‘Zaman Orang Batu’ dan ‘Zaman Batu’ untuk menjelaskan cara
hidup ‘Orang Primitif’. Evolusionis, yang percaya pada kepalsuan bahawa manusia
dan beruk berasal daripada moyang yang sama, telah memulakan usaha dalam kajian
baru demi membuktikan dakwaannya. Untuk itu, mereka meneliti setiap batu, atau
mata panah, atau mangkuk yang ditemui semasa penggalian arkeologi. Walau
bagaimanapun, gambaran ‘manusia beruk’ duduk di dalam gua yang gelap sambil
berpakaian berbulu serta tidak mampu bercakap dengan baik, semuanya adalah
rekaan semata-mata. Orang primitif tidak pernah wujud, begitu juga dengan Zaman
Batu. Semuanya adalah pembohongan evolusionis dengan sebahagian bantuan media.
Dakwaan para evolusionis telah diruntuhkan sepenuhnya oleh perkembangan terbaru
dalam bidang sains – terutamanya dalam ilmu biologi, paleontologi,
mikrobiologi, dan genetik. Pendapat bahawa masing-masing spesis berubah menjadi
‘versi terbaru’, telah dibuktikan salah. Manusia juga tidak berkembang daripada
makhluk beruk. Manusia sememangnya adalah manusia sejak kewujudan mereka lagi,
dan mempunyai peradaban canggih sehingga ke hari ini. Maka, ‘evolusi sejarah’
juga tidak pernah terjadi. Buku ini mendedahkan bukti-bukti saintifik bahawa
‘evolusi sejarah manusia’ hanyalah pembohongan semata-mata, dan kami akan
menunjukkan bagaimana hakikat penciptaan telah disokong oleh penemuan saintifik
terkini. Manusia wujud di dunia ini bukan melalui evolusi, tetapi dengan
penciptaan sempurna Allah yang Maha Kuasa dan Maha Mengetahui. Teruskan
pembacaan anda untuk mengetahui sendiri bukti-bukti saintifik dan sejarahnya.
PENGENALAN
Seperti mana yang telah dilakukan
dalam evolusi manusia, perspektif sejarah evolusionis
juga mengkaji sejarah manusia dengan
membahagikannya kepada beberapa jangka waktu. Konsep rekaan seperti Zaman Batu,
Zaman Gangsa dan Zaman Besi merupakan bahagian penting kronologi evolusionis.
Oleh kerana gambar khayalan ini dipaparkan di sekolah, surat khabar dan televisyen,
kebanyakan orang menerima rekaan ini tanpa soal dan membayangkan manusia dulu kala
hidup dengan hanya menggunakan peralatan batu purba dan ketiadaan teknologi. Tetapi
gambaran sebenar muncul apabila penemuan arkeologi dan fakta-fakta saintifik dikaji.
Kesan dan tinggalan yang ada sehingga kini – peralatan, jarum, serpihan
seruling, dekorasi dan hiasan peribadi – menunjukkan dari segi budaya dan
sosial bahawa manusia sememangnya telah menjalani kehidupan bertamadun
sepanjang sejarah. Ribuan tahun dahulu, manusia tinggal di rumah, terlibat
dengan pertanian, bertukar barangan, menghasilkan tekstil, makan, melawat
kenalan, meminati muzik, membuat lukisan, merawat orang sakit, melakukan
penyembahan – ringkasnya, mereka menjalani kehidupan normal seperti mana hari
ini. Golongan yang memberi perhatian kepada ajaran nabi-nabi utusan Allah telah
mengimani-Nya, Tuhan yang Satu, manakala golongan yang lain menyembah berhala.
Orang beriman berpaut pada nilai moral seperti yang dikehendaki oleh Allah,
sementara pihak lain terlibat dengan pelbagai amalan karut dan upacara
menyimpang. Sepanjang sejarah, seperti mana hari ini, terdapat golongan yang
percaya dengan kewujudan Allah, dan juga golongan pagan dan ateis. Sejak dulu
lagi, tentunya ada di antara manusia yang hidup serba ringkas dan dalam keadaan
primitif, dan ada juga masyarakat yang hidup lebih maju. Tetapi ini sama sekali
tidak membuktikan evolusi sejarah, kerana sementara satu bahagian dunia
melancarkan kapal ke angkasa, masyarakat di satu bahagian lagi masih tidak
dilengkapi dengan kemudahan elektrik. Walau bagaimanapun, ini tidak bermaksud
bahawa mereka yang membina kapal angkasa adalah lebih maju secara mental atau
fizikal – dan berkembang jauh dan lebih berbudaya – tidak juga bermakna
golongan yang satu lagi hampir kepada manusia beruk khayalan. Semua ini sekadar
menunjukkan perbezaan dalam budaya dan tamadun.
Ketidakupayaan Dakwaan Evolusionis Terhadap
Penemuan Arkeologi
Jika anda mengkaji sejarah manusia seperti
mana yang didakwa oleh evolusionis, anda akan menemui paparan terperinci
tentang bagaimana moyang manusia yang kononnya primitive menjalani kehidupan
seharian mereka. Sesiapa pun yang tertarik dengan cara berwibawa dan berkeyakinan
ini tanpa sebarang ilmu tentang subjek tersebut, juga akan menganggap semua ‘rekaan
semula yang serba artistik’ ini adalah berdasarkan bukti saintifik. Para
saintis evolusionis hadir dengan penerangan terperinci seolah-olah mereka telah
wujud sejak ribuan tahun dahulu dan berpeluang untuk melakukan pemerhatian.
Mereka mengatakan bahawa moyang kita – yang kini telah belajar untuk berdiri di
atas dua kaki dan tidak tahu menggunakan tangan – mula membuat peralatan dari
batu, dan untuk sekian lamanya mereka tidak menggunakan selain daripada peralatan
yang diperbuat daripada batu dan kayu. Hanya kemudiannya mereka mula
menggunakan besi, tembaga dan loyang. Tetapi dakwaan ini lebih berdasarkan
salah tafsiran dalam penemuan yang selari dengan pra-andaian evolusionis, bukan
fakta saintifik. Seorang ahli arkeologi, Paul Bahn dalam bukunya yang bertajuk
Archaeology: A Very Short Introduction menjelaskan bahawa evolusi manusia
adalah cerita dongeng semata-mata, dan menambah bahawa banyak sains yang berdasarkan
cerita dongeng seumpamanya. Beliau bertegas bahawa perkataan ‘dongeng’
digunakan dalam makna positif, tetapi hakikatnya itulah yang sebenarnya. Beliau
kemudian mengajak pembacanya untuk memikirkan tentang ciri-ciri tradisional evolusi
manusia: memasak dan unggun api, gua yang gelap, upacara, pembuatan alatan,
penuaan, perjuangan dan kematian. Beliau ternyata merasa ragu, berapa banyak
daripada andaian ini yang berdasarkan kepada telulang dan tinggalan sebenar,
dan berapa banyak yang berlandaskan criteria sastera? Bahn enggan untuk
menjawab secara terbuka persoalan yang diutarakannya: iaitu, evolusi manusia
lebih berlandaskan kepada kriteria sastera berbanding saintifik. Hakikatnya,
masih terdapat banyak persoalan yang belum terungkai dan ketidaksejajaran dalam
penjelasan tersebut, dan sukar untuk dikesan oleh mereka yang mempunyai dogma evolusionis.
Misalannya, mereka merujuk kepada Zaman Batu, tetapi gagal untuk menjelaskan bagaimana
perkakas dan tinggalannya dibentuk dan diukir. Walaupun berkeras bahawa
dinosaur mula bersayap dan terbang dalam usaha untuk menangkap lalat, tetapi
mereka juga tidak mampu menerangkan bagaimana serangga bersayap berkebolehan
untuk terbang. Mereka cenderung untuk melupakan semua persoalan, dan ingin
orang lain mengikut jejak mereka. Namun begitu, membentuk dan mengukir batuan
bukanlah satu tugas yang mudah. Adalah mustahil untuk membuat peralatan batu
yang tajam dan sempurna, seperti yang terdapat di zaman sekarang, dengan
menggeserkan batu dengan batu. Membentuk batu kasar seperti granit, basalt dan dolerit
tanpa memecahkannya hanya boleh dilakukan dengan menggunakan kikir besi, mesin pelarik
dan ketam. Begitu juga dengan gelang, anting-anting dan rantai leher yang
berusia puluhan ribu tahun yang tidak mungkin dapat dihasilkan dengan perkakas
batuan. Lubang-lubang halus pada objek berkenaan tidak dapat dibuat dengan
menggunakan batu. Hiasan juga tidak dapat dibentuk dengan mengorek atau
mengikisnya dengan batu. Kesempurnaan pada objek-objek yang dipersoalkan
menunjukkan bahawa logam pejal pasti telah digunakan. Ramai ahli arkeologi dan
saintis telah membuat ujikaji untuk melihatkan sama ada artifak purba boleh
dihasilkan seperti yang dibayangkan oleh evolusionis. Profesor Klaus Schmidt, contohnya,
telah melakukan eksperimen terhadap ukiran pada blok batuan di Göbekli Tepe,
Turki, yang dianggarkan berusia 11,000 tahun. Beliau memberi perkakas batu
kepada beberapa pekerja, jenis sama yang telah digunakan pada waktu dulu
berdasarkan dakwaan evolusionis, dan menyuruh mereka membuat ukiran sama pada
jenis batuan yang sama. Selepas berusaha dua jam tanpa henti, apa yang mereka
dapati hanyalah kebuntuan. Anda juga boleh melakukan ujian yang sama di rumah.
Dapatkan sepotong batu keras seperti granit dan cuba jadikannya lembing seperti
yang telah digunakan oleh mereka yang hidup 100,000 tahun dahulu. Tetapi anda
tidak dibenarkan untuk menggunakan selain daripada sepotong granit tersebut dan
juga batu. Sejauh mana anda rasa dapat melakukannya? Mampukah anda menghasilkannya
dengan hujung runcing, simetri, kehalusan dan gilapan yang sama seperti yang terdapat
dalam lipatan sejarah? Mari kita bergerak lebih jauh; dapatkan sepotong granit
berukuran satu meter persegi, kemudian cuba ukirkan gambar seekor haiwan untuk
menunjukkan kedalaman ukiran pada permukaan granit. Bagaimanakah keputusan yang
mungkin anda akan perolehi dengan mengasah batu pada sepotong batu pejal? Jelas
bahawa tanpa adanya perkakas besi dan keluli, anda tidak akan mampu membuat
walaupun sebentuk lembing, apatah lagi ukiran batu yang menarik. Pemotongan dan
pengukiran batuan adalah bidang yang memerlukan kemahiran tersendiri. Teknologi
yang diperlukan adalah penting untuk membuat kikir besi, mesin pelarik dan
perkakas lain. Ini menunjukkan bahawa alatan berkenaan memang telah digunakan
pada masa tersebut dan teknologi ‘primitif’ juga berkembang maju. Dengan erti
kata lain, dakwaan evolusionis bahawa cuma peralatan batu yang diketahui dan
ketiadaan teknologi hanyalah sekadar mitos. Zaman Batu tidak pernah wujud. Namun,
adalah munasabah bahawa peralatan keluli dan besi yang digunakan untuk memotong
dan membentuk batuan tidak kekal sehingga ke hari ini. Dalam persekitaran yang secara
semulajadi lembap dan berasid, semua alatan logam akan melalui pengoksidaan dan
akhirnya lesap. Apa yang tinggal hanyalah pecahan dan serpihan batuan hasil
kerja mereka yang mengambil masa lebih lama untuk lenyap. Tetapi untuk mengkaji
serpihan berkenaan dan mengatakan bahawa masyarakat dahulu kala cuma
menggunakan batu bukanlah rumusan saintifik. Kini, ramai evolusionis akur
bahawa penemuan arkeologi tersebut langsung tidak menyokong Darwinisme. Seorang
ahli arkeologi evolusionis, Richard Leakey, mengakui bahawa dakwaan terhadap
penemuan-penemuan itu adalah mustahil dari perspektif teori evolusi, terutamanya
peralatan batu: Hakikatnya, bukti kukuh tentang kelemahan hipotesis pengikut
Darwin boleh ditemui dalam rekod arkeologi. Jika mereka benar, maka kita
berharap untuk melihat kewujudan serentak bukti dalam rekod-rekod arkeologi dan
fosil bagi hidupan berkaki dua, teknologi dan pembesaran saiz otak. Tetapi
tidak kita. Hanya satu aspek rekod pra-sejarah sudah mencukupi untuk
membuktikan bahawa hipotesis itu tidak benar: rekod perkakasan batuan.
Kronologi Rekaan Evolusionis
Dalam pengkelasan sejarah, evolusionis
secara dogmatik mentafsir objek-objek yang
ditemui berlandaskan teori mereka sendiri.
Berdasarkan dakwan mereka terhadap kebanyakan
ketamadunan purba, logam masih belum ditemui
sewaktu Zaman Gangsa, dan besi hanya mula
digunakan kemudiannya. Walau
bagaimanapun, telah disebutkan tadi bahawa besi, keluli dan logam lain
teroksida dan reput lebih cepat berbanding batu. Sesetengah logam seperti
gangsa mempunyai daya tahan terhadap pengoksidaan dan kekal lebih lama
berbanding yang lain. Maka, memang wajar jika objek gangsa yang ditemui adalah
lebih berusia daripada objek-objek yang diperbuat daripada besi. Tambahan pula,
adalah tidak logik untuk mengatakan bahawa masyarakat yang mampu menghasilkan
gangsa tidak perasan akan kewujudan besi, dan masyarakat yang mempunyai kemahiran
teknikal dalam penghasilan gangsa tidak menggunakan logam-logam lain. Gangsa
dihasilkan dengan mencampurkan timah, arsenik dan antimoni, serta sedikit zink dan
tembaga. Mereka yang membuat gangsa mesti mempunyai pengalaman kerja berkaitan unsur-unsur
kimia seperti tembaga, timah, arsenik, zink dan antimoni, tahu tahap suhu untuk
mencairkannya, dan mempunyai relau untuk mencair dan menggabungkan mereka.
Tanpa pengetahuan tersebut, adalah sangat sukar untuk menghasilkan campuran logam
yang berjaya. Bijih tembaga didapati dari batu keras dan usang dalam bentuk
hablur (juga dikenali sebagai ‘tembaga asli’). Masyarakat yang menggunakan
tembaga terlebih dahulu harus mempunyai tahap pengetahuan untuk mengenal pasti
serbuk tembaga daripada batuan pejal. Kemudian, lombong perlu dibina untuk
mengekstrak, mengasing, dan membawa tembaga ke permukaan. Jelaslah bahawa
tugas-tugas berkenaan tidak dapat dilakukan dengan perkakasan batu dan kayu. Untuk
mencairkannya, bijih tembaga mesti diletakkan di atas nyalaan api dengan suhu 1,084.5°C
(1,984°F). Pam angin juga diperlukan untuk membekalkan aliran udara yang
berterusan kepada api. Masyarakat yang bekerja dengan tembaga juga harus
membina relau yang boleh menghasilkan suhu tinggi dan juga peralatan seperti
periuk pelebur logam dan penyepit. Ini adalah ringkasan berkaitan dengan
kemudahan teknikal yang diperlukan untuk bekerja dengan tembaga – logam yang
sememangnya terlalu lembut untuk bertahan lama terhadap sisi yang tajam.
Penghasilan gangsa yang lebih keras dengan menambah timah, zink dan elemen lain
kepada tembaga merupakan proses yang lebih canggih kerana setiap logam
memerlukan proses berlainan. Semua fakta ini menunjukkan bahawa komuniti yang
terlibat dengan perlombongan, penghasilan logam campuran dan pekerjaan logam
harus mempunyai pengetahuan terperinci. Adalah tidak logik dan konsisten untuk
mendakwa bahawa masyarakat dengan pengetahuan komprehensif sebegini tidak
pernah menemui besi. Sebaliknya, dakwaan evolusionis bahawa logam belum ditemui
dan tidak diaplikasikan oleh masyarakat purbakala dibuktikan tidak benar oleh
penemuan arkeologi. Bukti-bukti penemuan seperti tinggalan kenderaan air yang diperbuat
daripada logam berusia 100,000 tahun, sfera logam erusia 2.8 bilion tahun, sebuah periuk besi
yang dianggarkan berusia 300 juta tahun, serpihan tekstil pada tanah liat
berusia 27,000 tahun, dan kesan-kesan logam seperti magnesium dan platinum yang
berjaya dicairkan di Eropah ratusan tahun dahulu, tinggalannya berusia ribuan tahun.
Sisa-sisa yang berselerakan ini telah menghancurkan sepenuhnya klasifikasi
Zaman Batu Kasar, Zaman Batu Gosok, Zaman Gangsa dan Zaman Besi. Tetapi,
walaupun kebanyakan besar penemuan ini telah tercetak dalam banyak penerbitan
saintifik, ianya masih diabaikan oleh saintis
evolusionis atau mungkin juga disembunyikan di bawah muzium. Cerita rekaan
evolusionis telah dipersembahkan sebagai sejarah manusia, bukannya fakta
sebenar.
Golongan Beriman Telah Memimpin Kehidupan Bertamadun
Sepanjang Sejarah
Sepanjang sejarah, Allah telah mengutuskan
pesuruh-Nya untuk mengajak manusia ke jalan kebenaran. Sesetengah daripada
mereka patuh kepada utusan-utusan tersebut dan percaya akan kewujudan dan
keesaan Allah, manakala sebahagian lagi tetap menolaknya. Sejak kewujudan manusia,
mereka telah belajar percaya terhadap kesatuan dan keesaan Allah serta nilai
moral agama sebenar melalui wahyu Ilahi. Oleh itu, dakwaan evolusionis bahawa
masyarakat sebelum ini tidak percaya terhadap kesatuan dan keesaan Allah adalah
salah. (Lebih banyak maklumat terperinci akan menyusul dalam buku ini.) Al-Quran
mendedahkan bagaimana Allah telah menghantar utusan sepanjang sejarah untuk mengajak
manusia percaya dan hidup dengan nilai-nilai moral:
Pada mulanya
manusia itu ialah umat yang satu (menurut agama Allah yang satu, tetapi setelah
mereka berselisihan), maka Allah mengutuskan Nabi-nabi sebagai pemberi khabar
gembira (kepada orang-orang yang beriman dengan balasan Syurga) dan pemberi amaran
(kepada orang-orang yang ingkar dengan balasan azab Neraka); dan Allah menurunkan
bersama Nabi-nabi itu Kitab-kitab Suci yang (mengandungi keteranganketerangan yang)
benar, untuk menjalankan hukum di antara manusia mengenai apa yang mereka
perselisihkan dan (sebenarnya) tidak ada yang melakukan perselisihan melainkan orang-orang
yang telah diberi kepada mereka Kitab-kitab Suci itu, iaitu sesudah dating kepada
mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berselisih semata-mata kerana
hasad dengki sesama sendiri. Maka Allah memberikan petunjuk kepada orang-orang yang
beriman ke arah kebenaran yang diperselisihkan oleh mereka (yang derhaka itu), dengan
izinNya. Dan Allah sentiasa memberi petunjuk hidayatNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya
ke jalan yang lurus (menurut undang-undang peraturanNya). (Surah al-Baqarah,
ayat 213)
Ayat lain yang membuktikan bahawa utusan telah
dihantar kepada setiap bangsa untuk memberi amaran kepada mereka, mengingatkan
mereka tentang kewujudan dan keesaan Allah SWT, serta mengajak mereka untuk
membuat kebaikan:
Sesungguhnya Kami
mengutusmu dengan (agama) yang benar, sebagai pembawa berita gembira (kepada
orang-orang yang beriman) dan pemberi amaran (kepada orangorang yang ingkar)
dan tidak ada, sesuatu umat pun melainkan telah ada dalam kalangannya dahulu
seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran. (Surah al-Faatir, ayat 24)
Walaupun Allah telah mengutus pesuruh-Nya dan
kitab suci, sesetengah manusia masih lagi tidak mengerti dan membelakangkan
kebaikan agama yang sebenar serta mengamalkan kepercayaan karut. Ada di antara
mereka yang mengembangkan kepercayaan pagan yang menyalahi tatasusila dengan
menyembah tanah, batu, kayu, Bulan atau Matahari, bahkan juga memuja semangat
jahat. Begitu juga dengan dunia hari ini, bersama dengan masyarakat yang beriman
kepada agama yang benar, terdapat juga golongan yang menyembah api, Bulan,
Matahari serta berhala yang diperbuat daripada kayu. Walaupun sedar tentang
kewujudan dan keesaan-Nya, sesetengah daripada mereka masih lagi
mengasosiasikan Allah. Namun, Allah tetap menghantar utusan untuk menyedarkan
mereka tentang kesilapan yang telah dilakukan. Mereka diajak meninggalkan
kepercayaan karut dan berpegang kepada agama yang benar. Sepanjang masa dalam
sejarah, ada golongan yang beriman dan ada yang ingkar, ada
yang
hidup dengan kepercayaan yang suci dan ada yang melanggar hukum. Golongan
beriman yang hidup di zaman para nabi telah menikmati kehidupan berkualiti dengan
penuh tamadun. Mereka hidup dalam rangka sosial yang tersusun semasa zaman Nabi
Nuh (as), Nabi Ibrahim (as), Nabi Yusuf (as), Nabi Musa (as), dan Nabi Sulaiman
(as), seperti mana mereka hidup pada hari ini. Tanpa mengira usia, orang-orang
yang beriman bersembahyang, berpuasa, patuh kepada aturan Allah, hidup dalam
suasana yang bersih dan berlandaskan hukum. Penemuan-penemuan arkeologi
memperlihatkan taraf kehidupan yang sangat baik, mulia dan bersih yang dijalani
oleh mereka yang patuh kepada Allah. Di zaman mereka, para nabi dan rasul serta
golongan yang beriman menggunakan cara terbaik dan bersesuaian dengan suruhan
Allah. Semua perkembangan teknologi di zaman Namrud telah digunakan sebaiknya
oleh Nabi Ibrahim (as) dan mereka yang percaya kepadanya. Pengetahuan teknikal
di zaman Firaun diaplikasikan dalam pekerjaan Nabi Yusuf (as), Nabi Musa (as),
Nabi Harun (as), serta pengikutpengikut mereka. Tahap teknologi yang tinggi
dalam bidang senibina, seni dan komunikasi di masa Nabi Sulaiman (as) digunakan
dengan cara terbaik. Limpahan kekayaan dan kemuliaan yang dikurniakan oleh
Allah sebagai rahmat kepada Nabi Sulaiman (as) menurunkan perasaan teruja kepada
semua generasi. Kita harus sedar bahawa segala informasi dan sumber yang
dimiliki oleh masyarakat purba, termasuk juga yang dipunyai oleh masyarakat
hari ini, merupakan anugerah Ilahi. Masyarakat ratusan ribu tahun dahulu
mengasaskan tamadun, membuat lukisan menarik pada dinding-dinding gua puluhan
ribu tahun dahulu, menghasilkan piramid dan ziggurat, membentuk tugu batu yang besar
serta membina struktur-struktur hebat di altitud tertinggi Peru, semuanya
mereka lakukan hasil ilham dan ajaran Allah. Mereka yang mengkaji zarah-zarah
sub-atom hari ini, menghantar kapal ke angkasa dan menulis perisian komputer,
juga atas keizinan daripada Allah. Segala pengetahuan yang dimiliki oleh
manusia sejak penciptaan mereka merupakan rahmat daripada Ilahi, dan begitu
juga dengan setiap tamadun yang telah diasaskan.
Allah
menciptakan manusia daripada tiada serta memberinya rahmat dan dugaan sepanjang
hidupnya di dunia. Setiap rahmat yang dilimpahkan juga merupakan ujian. Mereka
yang tahu bahawa peradaban, teknologi dan sumber yang dimiliki sebenarnya
adalah anugerah Ilahi akan berterima kasih kepada Allah yang Maha Pemurah:
Dan (ingatlah)
ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya
Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur
ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras.(Surah Ibrahim, ayat 7)
Allah membenarkan hamba-Nya yang beriman untuk
menikmati kehidupan yang menggembirakan di dunia dan juga di akhirat. Ini telah
dijelaskan dalam Al-Quran:
Sesiapa yang
beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang dia beriman, maka
sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya
kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang
mereka telah kerjakan. (Surah an-Nahl, ayat 97)
Sebagai manifestasi daripada ayat tersebut,
Muslim sepanjang sejarah telah memiliki kaedah terbaik di zaman mereka
dan memimpin ke arah kehidupan yang menyenangkan. Secara semulajadi,
sebahagian mereka telah diuji dengan pelbagai kesusahan dan masalah, tetapi ini
tidak bererti mereka hidup serba kepayahan, keadaan primitif, dan tidak
bertamadun. Tidak kira betapa kaya, selesa dan maju peradabannya, mereka yang
tetap ingkar dan hidup tanpa nilai-nilai moral yang baik serta membawa
kerosakan di muka bumi, akan sentiasa berakhir dengan kekecewaan. Tambahan
pula, ramai di antara mereka yang mungkin menikmati teknologi yang lebih maju berbanding
dengan yang dimiliki masyarakat moden hari ini. Ini dijelaskan dalam Al-Quran:
Tidakkah mereka
telah berjalan dan mengembara di muka bumi, serta memerhatikan bagaimana
kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu lebih kuat
daripada mereka sendiri dan orang-orang itu telah meneroka bumi serta
memakmurkannya lebih daripada kemakmuran yang dilakukan oleh mereka dan
orang-orang itu juga telah didatangi oleh Rasul-rasulnya dengan membawa
keterangan-keterangan yang jelas nyata (lalu mereka mendustakannya dan
kesudahannya mereka dibinasakan). Dengan yang demikian, maka Allah tidak
sekali-kali menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri. (Surah
ar-Rum, ayat 9)
Perkembangan Budaya Bukan Bukti Proses Evolusi
Para evolusionis tetap berpendapat
bahawa manusia pertama adalah makhluk separa beruk yang ciri-ciri mental dan
fizikalnya berkembang mengikut peredaran masa serta mendapat keupayaan baru,
dan juga percaya bahawa tamadun berubah atas sebab itu. Menurut dakwaan tersebut,
tanpa berlandaskan mana-mana bukti saintifik, moyang kita di zaman purbakala
hidup liar, mempunyai peradaban hanya selepas menjadi manusia, dan merakam
perkembangan budaya seiring dengan peningkatan keupayaan mental mereka. Gambar
rekaan orang primitif, dengan seluruh badan diselaputi bulu, cuba menyalakan
api sambil mencangkung di bawah kulit haiwan, berjalan di sepanjang tepian
sungai dengan haiwan buruan yang masih segar di bahu, cuba berkomunikasi dengan
temannya melalui gerak badan dan dengusan, semuanya hanya rekaan semata-mata. Rekod
fosil tidak menyokong fantasi sedemikian. Semua penemuan saintifik menyimpulkan
bahawa manusia sememangnya telah diciptakan sebagai manusia, bermula daripada
tiada, dan sentiasa wujud sebagai manusia sejak kali pertama diciptakan.
Dapatan arkeologi juga langsung tidak menyokong kronologi evolusionis. Penemuan
di zaman manusia baru belajar bercakap seperti yang didakwa evolusionis
menunjukkan bahawa masyarakat purba pada masa itu sudah mempunyai dapur dan
menikmati kehidupan berkeluarga. Di masa yang didakwa evolusionis bahawa
manusia belum tahu tentang seni, objek hiasan dan bahan mentah untuk melukis
telah ditemui semasa penggalian. Banyak lagi contoh yang akan dibincangkan
secara terperinci dalam bahagian-bahagian berikutnya. Semua penemuan ini
membuktikan bahawa manusia langsung tidak pernah melalui kehidupan primitif dan
liar. Tidak pernah wujud zaman tanpa tamadun di mana manusia hanya menggunakan
perkakasan batuan dan kayu. Golongan beriman sentiasa memimpin cara hidup manusia,
dengan pakaian, pinggan, mangkuk, sudu dan garpu dimanfaatkan dalam kehidupan. Manusia
sentiasa hidup dalam pelbagai keadaan, berbicara, membina bangunan dan
menghasilkan kerja seni bersesuaian dengan keperluannya. Terdapat doktor, guru,
tukang jahit, jurutera, arkitek dan artis, dalam urutan sosial yang kukuh.
Dengan inspirasi dari Ilahi, mereka yang memiliki pemikiran dan etika yang
positif sentiasa memanfaatkan rahmat-Nya di muka bumi. Sejajar dengan kemajuan
teknologi dan pertambahan ilmu, sudah pasti berlaku perubahan dalam teknologi
secara sendirinya. Alatan baru dibangunkan selari dengan keadaan semasa, dapatan
saintifik ditemui, serta perubahan budaya berlaku. Walau bagaimanapun,
peningkatan dalam perkembangan pengetahuan dan teknologi tidak membuktikan
sebarang kewujudan evolusi. Sudah menjadi kebiasaan untuk ilmu terus meningkat.
Seseorang menikmati tahap pembelajaran yang berlainan di sekolah rendah,
sekolah menengah dan universiti. Tetapi jika pengetahuan seseorang sentiasa
bertambah sepanjang hidupnya, itu tidak bererti yang dia sedang berubah dan
berkembang secara kebetulan. Perubahan yang sama juga berlaku dalam kehidupan masyarakat.
Penemuan-penemuan terbaru juga dibuat sejajar dengan keperluan masyarakat, mekanisme
baru dicipta dan secara beransur-ansur diperbaiki oleh genarasi berikutnya.
Tetapi ini tetap bukan satu proses evolusi.
PERADABAN MUNDUR DAN BERKEMBANG SERENTAK
Darwinisme tetap berpendapat bahawa manusia
dan juga budaya yang dimiliki berkembang daripada peringkat asas, primitif,
bangsa dan menuju ketamadunan. Walau bagaimanapun, penemuan arkeologi menunjukkan
bahawa sejak permulaan sejarah manusia, telah ada titik-titik di mana
masyarakat yang bertamadun hidup bersama dengan komuniti yang mundur.
Hakikatnya, pada kebanyakan masa, masyarakat yang kaya dengan budaya telah
wujud bersamaan dengan mereka yang terkebelakang. Sepanjang sejarah, kebanyakan
masyarakat di zaman yang sama mempunyai tahap teknologi dan peradaban yang
berlainan, dengan perbezaan sosial dan budaya – seperti mana juga hari ini.
Misalannya, walaupun benua Amerika Utara kini maju dalam bidang perubatan,
sains, senibina dan teknologi, sesetengah komuniti di Amerika Selatan agak
mundur dari segi teknologi dan tiada rangkaian ke dunia luar. Pelbagai penyakit
di kebanyakan bahagian di dunia dikenal pasti melalui teknik pengimejan dan
analisis yang amat maju, dan dirawat di hospital-hospital moden. Tetapi di
sebahagian dunia yang lain, kebanyakan penyakit dianggap berkembang di bawah
pengaruh semangat jahat, dan penyembuhan melibatkan pelbagai upacara untuk
membuang roh-roh tersebut. Masyarakat seperti bangsa Indus, Mesir purba dan
Sumeria yang hidup di sekitar 3,000 SM, mempunyai budaya yang secara relatifnya
lebih baik dalam segala aspek berbanding dengan bangsa-bangsa hari ini, malahan
juga lebih daripada masyarakat yang kini lebih maju. Ini bermakna bahawa
sepanjang sejarah, masyarakat dengan peradaban tinggi telah hidup bersama dengan
komuniti yang kurang berbudaya. Masyarakat yang wujud ribuan tahun dahulu
sebenarnya mungkin jauh lebih maju daripada manusia di abad ke-20. Ini
menunjukkan bahawa tiada sebarang perkembangan dalam rangka proses evolusi –
dengan erti kata lain, daripada primitif kepada bertamadun. Sepanjang
perjalanan sejarah, pastinya banyak kemajuan penting telah dibuat dalam semua bidang,
dengan langkah dan pembangunan hebat dalam sains dan teknologi, syukur pada perkembangan
budaya dan pengalaman. Walau bagaimanapun, adalah tidak rasional dan saintifik untuk
mengatakan bahawa perubahan tersebut merupakan proses evolusi seperti mana yang
digambarkan oleh evolusionis dan materialis. Oleh kerana tiada perbezaan
ciri-ciri fizikal antara manusia kini dengan mereka yang hidup ribuan tahun
dulu, maka tiada juga perbezaan dari segi kecerdikan dan kemampuan. Pandangan
yang menggambarkan bahawa tamadun kini lebih maju kerana kapasiti otak dan
kepintaran manusia di abad ke-21 lebih berkembang adalah perspektif yang salah,
hasil daripada propaganda evolusionis. Hakikatnya, memang terdapat perbezaan tanggapan
dan budaya di antara masyarakat yang hidup di wilayah-wilayah yang berlainan.
Tetapi jika orang asli di Australia tidak mempunyai ilmu yang setanding dengan
saintis Amerika, itu tidak bermakna yang otaknya belum cukup berkembang. Ramai
orang yang dilahirkan di dalam masyarakat sedemikian mungkin belum tahu tentang
kewujudan elektrik, tetapi masih mempunyai tahap kepintaran yang tinggi. Tambahan
pula, keperluan berbeza muncul pada kurun yang berlainan. Tahap fesyen kita pada
hari ini tidak sama dengan masyarakat Mesir purba, tetapi tidak bererti budaya
kita lebih maju daripada mereka. Sementara bangunan pencakar langit
melambangkan ketamadunan abad ke-
21,
bukti peradaban di zaman mereka ialah piramid dan sphinx. Persoalannya terletak
pada perspektif dari mana fakta-fakta ditafsirkan. Seseorang yang bermula
dengan pra-anggapan yang menyokong perkembangan evolusi akan menilai semua maklumat
yang diterima berlandaskan prejudis tersebut. Maka dia akan berusaha untuk mempertahankan
kenyataannya dengan cerita-cerita dongeng. Dengan hanya berdasarkan pecahan telulang
fosil, dia akan mengagak banyak perincian, seperti bagaimana manusia yang hidup
di kawasan itu menjalani kehidupan seharian mereka, struktur keluarga dan
hubungan sosial mereka, sejajar dengan andaian awal berkenaan. Dia kemudiannya
akan menyimpulkan, berdasarkan hasil penemuan tersebut, bahawa mereka tidak
mampu berdiri tegak dan mendengus, diselaputi bulu dan menggunakan alatan
batuan yang kasar — bukan kerana ia dinyatakan oleh bukti saintifik, tetapi ideologinya
yang memerlukan semua khayalan itu. Sebenarnya, fakta-fakta yang dijumpai langsung
tidak menunjukkan sebarang keadaan seumpama itu. Gambaran itu hanyalah
pemahaman yang terhasil daripada mentaliti para pejuang Darwinisme. Pada masa
ini, ahli-ahli arkeologi yang membuat kajian lebih mendalam tentang zaman yang dibincangkan
berdasarkan tinggalan fosil, ukiran batu atau lukisan pada dinding gua, hampir
tiada perbezaan dengan contoh di atas. Evolusionis masih lagi menulis tentang
hampir keseluruhan aspek kehidupan masyarakat primitif berlandaskan analisis
yang prejudis terhadap bukti-bukti yang ada. Gambaran dan ilustrasi khayalan
mereka masih menghiasi halaman dalam banyak majalah dan akhbar. Ini satu lagi
senario yang dicipta oleh Louis Leakey, antara evolusionis kontemporari terkenal,
berkaitan dengan kehidupan seharian orang primitif: Mari kita bayangkan
sebentar seolah-olah kita mampu memerhati rangkaian peristiwa di petempatan
batu lebih kurang dua puluh atau tiga puluh ribu tahun dahulu. Seorang pemburu
di Zaman Batu sedang merayau menuruni lembah untuk mencari haiwan buruan
sewaktu terlihat sebuah gua di tebing curam di atasnya. Dia kemudiannya
memanjat dengan berhati-hati dan waspada, takut jika gua itu didiami oleh
kelompok orang Zaman Batu lain yang akan marah dengan kehadirannya, atau
mungkin juga itu adalah sarang singa atau beruang. Akhirnya, dia amat hampir
dan dapat melihat dengan jelas bahawa gua tersebut kosong, kemudian dia masuk
dan memeriksa keadaan sekeliling. Dia membuat keputusan bahawa gua itu lebih
sesuai untuk didiami berbanding dengan tempat tinggal keluarganya sekarang, dan
terus pergi menjemput mereka. Kemudian, kita melihat keluarga itu sampai dan
mendiami rumah baru mereka. Api dinyalakan sama ada melalui sedikit bara yang
dibawa dari rumah lama, atau dengan cara ian yang mudah, penggerek api kayu.
(Tidak dapat dipastikan cara sebenar yang digunakan oleh orang Zaman Batu untuk
memarakkan api, tetapi kita tahu bahawa mereka telah mengguna api sejak awal lagi
kerana lantai pediang atau perapian merupakan ciri yang biasa ditemui dalam
hampir setiap peringkat kehidupan di gua dan petempatan batu.) Barangkali
beberapa anggota keluarga itu kemudiannya pergi mengumpul rumput atau pakis untuk
dijadikan alas tempat tidur, sementara yang lain memetik ranting dari semak dan
pokok di kawasan belukar berhampiran lalu membina dinding kasar menutupi
kawasan hadapan gua. Kulit pelbagai binatang liar dibentang dan diletakkan di
dalam rumah bau, bersamaan dengan barangan rumah lain yang dimiliki. Kini
keluarga tersebut telah sepenuhnya berpindah, dan rutin seharian berulang lagi.
Yang lelaki memburu dan memerangkap haiwan untuk dijadikan makanan, yang
perempuan mungkin juga membantu dalam pemburuan ini dan mengumpul buah-buahan
dan akar yang boleh dimakan. Gambaran yang amat terperinci tadi sekadar
berdasarkan imaginasi penulisnya dan langsung tiada bukti saintifik.
Evolusionis yang menokok-tambah cerita dongeng sedemikian dengan pelbagai
istilah sains, semata-mata hanya berlandaskan kepada beberapa ketulan tulang. (Sebenarnya,
fosil-fosil tersebut tidak menunjukkan sebarang kewujudan proses evolusi – bertentangan
sekali dengan dakwaan evolusionis!). Jelas bahawa serpihan tulang tidak mampu memberi
maklumat yang tepat tentang apa jua emosi yang menjadi ilham masyarakat zaman
purba, cara kehidupan seharian mereka, atau bagaimana mereka berpisah di
kalangan mereka sendiri. Tetapi, dongeng evolusi manusia ditokok tambah dengan
senario dan ilustrasi khayalan yang tidak terkira, dan diguna secara bebas oleh
evolusionis. Gagal mengelak daripada dogma evolusi sejak mula mengemukakan teori
ini, mereka telah menghasilkan versi berlainan tentang senario di atas.
Tujuannya bukan untuk memberi penjelasan, sebaliknya menyebarkan doktrin dan propaganda
agar ramai orang percaya akan kewujudan orang primitif. Ramai evolusionis cuba
membuktikan dakwaan mereka dengan menghasilkan scenario sedemikian walaupun
tanpa adanya sebarang bukti sokongan. Tetapi setiap penemuan baru apabila ditafsir
dengan cara yang benar, dengan jelas akan mendedahkan kepada mereka beberapa
fakta, antaranya: manusia sememangnya manusia sejak kewujudannya lagi.
Sepanjang sejarah, sifat-sifat seperti kepintaran dan kebolehan artistik tetap
sama. Mereka yang hidup di masa lampau bukan primitif, makhluk separa manusia
dan separa binatang, seperti mana yang digambarkan evolusionis. Mereka
berfikir, bertutur sepertimana manusia, menghasilkan kerja-kerja seni dan mengembangkan
struktur budaya dan etika. Sebentar lagi, kita akan melihat penemuan arkeologi dan
paleontologi membuktikan hal ini dengan jelas dan tidak dapat dipertikaikan.
Apa Yang Akan Menjadi Tinggalan Peradaban Kita
Sendiri?
Bayangkan apa yang akan ditinggalkan oleh
peradaban kita hari ini dalam ratusan ribu tahun. Semua penimbunan budaya kita
– lukisan, arca dan istana – akan lenyap, dan cuma sedikit
kesan
teknologi hari ini yang akan tinggal. Banyak bahan yang direka untuk tahan
digunakan akhirnya akan di telan masa secara beransur-ansur di bawah pengaruh
keadaan semulajadi. Keluli akan berkarat. Konkrit akan reput. Kemudahan bawah
tanah roboh, dan semua bahan memerlukan penyelenggaraan. Sekarang bayangkan
pula puluhan ribu tahun telah berlalu, dan ianya telah ditimpa dengan ribuan
gelen hujan, angin kencang berabad lamanya, banjir yang berulang dan gempa
bumi. Boleh jadi apa yang tinggal hanyalah serpihan gergasi ukiran batu,
blok-blok yang membentuk bangunan dan tinggalan beberapa arca, sama seperti apa
yang telah ditinggalkan oleh sejarah. Ataupun tinggalan kita tidak dapat
memberi maklumat penuh berkaitan dengan tamadun kita, hanya segelintir puak
yang hidup di Afrika, Australia atau beberapa tempat lain di dunia. Dengan erti
kata lain, teknologi yang kita miliki hari ini (televisyen, komputer, ketuhar
gelombang mikro, dsb), tiada kesan yang tinggal meskipun kerangka utama
bangunan atau beberapa serpihan arca tetap bertahan. Andainya saintis masa
depan melihat kesan yang berselerak ini dan menggambarkan semua masyarakat pada
masa itu hidup mundur, tidakkah mereka telah tersasar daripada kebenaran? Atau,
jika seseorang menemui kerja yang ditulis dalam bahasa Mandarin dan membuat kesimpulan
hanya berdasarkan teks ini, bahawa orang Cina merupakan bangsa terkebelakang
yang berhubung melalui simbol-simbol pelik, apakah ini menggambarkan fakta
sebenar? Ambil contoh arca ‘The Thinker’ oleh Auguste Rodin yang sememangnya dikenali
di seluruh dunia. Bayangkan jika arca ini ditemui semula oleh ahli arkeologi
puluhan ribu tahun dari sekarang. Jika pengkaji tersebut berpegang kepada
praandaian tentang kepercayaan dan cara hidup masyarakat kita, dan kekurangan
dokumentasi sejarah, mereka juga mungkin mentafsir arca ini dengan cara
berbeza. Mereka mungkin membayangkan bahawa komuniti kita menyembah arca ‘orang
berfikir’, atau juga mendakwa patung berkenaan mewakili mitologi dewa-dewa yang
salah. Hari ini, pastinya kita tahu bahawa ‘The Thinker’ adalah kerja seni yang
dihasilkan atas dasar estetik dan artistik. Dengan kata lain, jika penyelidik
puluhan ribu tahun kemudian kekurangan informasi dan berpegang pada
praandaiannya tentang masa lalu, amat mustahil baginya untuk melihat kebenaran
kerana dia akan mentafsir ‘The Thinker’ mengikut praandaian sendiri dan
mereka-reka senario yang bersesuaian. Maka, menilai maklumat yang ada tanpa prejudis
atau berat sebelah, mengelak segala bentuk praandaian, dan berfikir dalam
konteks yang luas adalah amat perlu. Perlu diingat, kita tiada bukti bahawa
masyarakat berubah atau masyarakat purba adalah primitif. Semua andaian
tersebut semata-mata mengandungi spekulasi dan berdasarkan analisis oleh ahli
sejarah dan arkeologi yang menyokong evolusi. Contohnya, lukisan haiwan pada
dinding gua langsung digambarkan sebagai lukisan primitif oleh orang gua.
Tetapi boleh jadi lukisan tersebut menjelaskan banyak pemahaman estetik yang
dimiliki oleh mereka pada masa itu. Seorang artis yang memakai pakaian paling moden
di masa itu pada mereka sekadar untuk tujuan artistik. Sebenarnya, ramai
saintis kini menegaskan kemustahilan lukisan gua ini merupakan hasil kerja
minda primitif. Satu lagi contoh ialah gambaran batu berhujung runcing sebagai
perkakas pertama yang dibuat oleh ‘manusia beruk’. Manusia pada masa itu
mungkin telah membentuk batu ini untuk tujuan hiasan. Tiada sebarang bukti dan
hanya andaian bahawa serpihan yang dijumpai digunakan sebagai alat. Saintis
evolusionis telah mengkaji bukti yang ditemui secara berat sebelah. Mereka memanipulasi
beberapa fosil yang mereka rasa dapat membuktikan teori tersebut, dan mengabai malahan
membuang fosil yang lain. Cara serupa telah dimainkan untuk membuktikan bahawa sejarah
juga mengalami evolusi. Ahli antropologi berbangsa Amerika, Melville Herskovits
menerangkan bagaimana evolusi sejarah berlaku dan cara evolusionis mentafsir
bukti yang ditemui: Setiap penganjur evolusi budaya member perincian
berdasarkan andaian tentang perkembangan yang dianggapnya telah membentuk perkembangan
manusia, oleh itu banyak contoh rantaian yang tidak selari telah direkodkan.
Sesetengah daripada perkembangan ini hanya dihadkan untuk satu aspek budaya
sahaja… Satu contoh penting yang mengesahkan pandangan Herskovits adalah kajian
yang dijalankan oleh Lewis Henry Morgan, seorang ahli etnologi evolusionis yang
mengkaji fasa dialami untuk mencapai struktur ketua keluarga dan monogami, yang
menurutnya telah ‘berubah’ daripada primitif kepada yang lebih maju. Tetapi
dalam menjalankan kajian ini, beliau menggunakan pelbagai masyarakat berbeza di
seluruh dunia sebagai contoh, yang langsung tidak berkaitan antara satu sama
lain. Beliau kemudian menetapkan mereka bersesuaian dengan keputusan yang ingin
dicapai. Jelas di sini bahawa daripada ratusan ribu budaya yang ada di dunia,
beliau hanya memilih sebahagian yang bersesuaian dengan pendapatnya. Herskovits
menggambarkan bagaimana Morgan menyusun semula sejarah demi untuk membenarkan
pandangannya. Bermula dengan komuniti primitif Australia yang bersistem matriarki,
beliau menghubungkannya dengan masyarakat India Amerika bersistem patriarki. Kemudian
meneruskan rantaian itu kepada puak-puak Yunani purba di zaman proto sejarah,
di mana keturunan dimulakan oleh susur galur lelaki, tetapi tanpa monogami yang
bersunguhsungguh. Akhirnya skala urutan itu diwakili oleh peradaban hari ini –
dengan keturunan bermula dari susur galur lelaki dan tanpa monogami yang tegas.
Herskovits memberi komentar terhadap urutan rekaan ini: Tetapi jika siri ini
dilihat dari perspektif sejarah, ia sememangnya karut…
Hasil Seni Yang Unggul Di Dalam Gua
Evolusionis berpendapat bahawa lebih
kurang 30-40,000 tahun dahulu di Eropah, dan dalam jangka waktu yang lebih awal
di Afrika, manusia beruk telah mengalami proses perubahan mengejut, dan
tiba-tiba memiliki kemampuan berfikir dan menghasilkan barang-barang, sama seperti
manusia hari ini. Ini kerana penemuan arkeologi pada masa itu memberi bukti
penting yang tidak mampu dijelaskan oleh teori evolusi. Menurut teori Darwin,
teknologi peralatan batuan yang tidak berubah untuk hampir 200,000 tahun,
tiba-tiba diganti dengan teknologi yang lebih maju dan berkembang pantas. Orang
primitif yang kononnya turun dari pokok hanya mula hidup moden sebelum
tiba-tiba memiliki bakat artistik dan mula mengukir serta melukis gambar-gambar
yang amat indah dan canggih pada dinding gua di samping menghasilkan objek
hiasan yang terlalu cantik seperti rantai leher dan gelang. Apa yang
menyebabkan perkembangan sedemikian? Bagaimana dan mengapa ‘makhluk separa beruk
yang primitif’ mendapat kebolehan artistik? Saintis evolusionis tidak mempunyai
penjelasan bagaimana perkara ini berlaku, walaupun mereka ada mencadangkan
beberapa hipotesis. Roger Lewin, seorang evolusionis menjelaskan kesukaran yang
dihadapi oleh penyokong Darwin berkaitan masalah ini dalam bukunya yang
berjudul The Origin of Modern Humans: “Mungkin kerana rekod arkeologi yang
belum sempurna masih samar, ramai ilmuwan memberi maklumbalas berbeza berkaitan
persoalan ini.” Walau bagaimanapun, penemuan arkeologi mendedahkan bahawa
manusia telah mempunyai pemahaman budaya sejak awal kewujudannya lagi. Dari
masa ke masa, pemahaman itu berkembang, berkurang, atau mengalami perubahan
mendadak. Tetapi itu tidak bermakna proses evolusi telah terjadi, sebaliknya
berlaku perkembangan dan perubahan budaya. Kemunculan hasil seni yang
digambarkan oleh evolusionis sebagai ‘mendadak’, tidak menunjukkan sebarang perubahan
biologi manusia (terutamanya dari segi kebijaksanaan). Penduduk pada masa itu boleh jadi mengalami
perubahan dari segi sosial, dan pemahaman artistik dan produktif mereka mungkin
berubah, tetapi ini tidak memberi sebarang bukti perubahan daripada primitif
kepada moden. Perbezaan ketara antara tinggalan arkeologi yang ditinggalkan
oleh masyarakat purba dan saki-baki anatomi dan biologi yang sepatutnya wujud –
menurut evolusionis – sekali lagi menyanggah dakwaan para penyokong Darwin
berkaitan subjek ini. (Untuk bukti terperinci yang meruntuhkan rekaan struktur
keluarga manusia ini, yang merupakan asas dakwaan Darwinisme, sila baca buku
bertajuk Menyanggah Darwinisme karya Harun Yahya.) Evolusionis berpendapat bahawa
perkembangan budaya manusia seharusnya sejajar dengan pembangunan dari segi
biologi. Misalannya, manusia terlebih dahulu mesti meluahkan emosi asas
menerusi lukisan-lukisan mudah, kemudian mengembangkannya sehingga pembangunan
secara beransur-ansur itu akhirnya sampai ke kemuncak pencapaian artistik.
Walau bagaimanapun, tinggalan artistik awal yang tersisa daripada sejarah
manusia menghancurkan sepenuhnya andaian itu. Lukisan, ukiran dan ukiran timbul
pada dinding-dinding gua dianggap sebagai contoh seni yang terawal, sekaligus membuktikan
bahawa manusia di zaman itu memiliki pemahaman estetik yang sangat mendalam. Ramai
saintis yang membuat kajian di gua-gua menilai lukisan tersebut sebagai hasil
kerja yang paling penting dan berharga dalam sejarah seni. Teknik bayangan pada
lukisan-lukisan ini, penggunaan perspektif dan garis halus, kesungguhan
perasaan yang terjelma pada ukirannya, dan corak estetik yang terhasil di waktu
ukiran itu disinari cahaya mentari – kesemuanya merupakan ciri yang tidak mampu
dijelaskan oleh evolusionis kerana menurut mereka, perkembangan sebegitu seharusnya
muncul lebih lewat. Banyak lukisan gua yang ditemui di Perancis, Sepanyol,
Itali, China, India, sebahagian Afrika dan kawasan dunia yang lain memberi
maklumat penting tentang struktur budaya masyarakat purba. Gaya dan teknik
mewarna yang digunakan dalam lukisan ini sangat berkualiti sehingga mengagumkan
para pengkaji. Tetapi saintis yang menganjurkan teori Darwin tetap juga menilainya
mengikut prejudis masing-masing dan mentafsir hasil kerja tersebut secara berat
sebelah agar berpadanan dengan cerita dongeng mereka. Mereka mendakwa bahawa
hidupan yang baru menjadi manusia melukis gambaran binatang yang ditakuti atau
diburu, dan melakukannya dalam keadaan serba primitif di gua tempat mereka
tinggal. Tetapi teknik yang digunakan membutikan bahawa seniman purba mempunyai
pemahaman yang sangat mendalam, serta berupaya untuk menggambarkannya dengan
cara yang sangat menarik. Teknik lukisan yang diaplikasikan juga membuktikan
bahawa mereka langsung tidak hidup dalam keadaan serba kekurangan. Tambahan
pula, lukisan pada dinding gua bukan bukti bahawa mereka tinggal di gua pada
masa itu. Artis-artis tersebut mungkin tinggal berdekatan di kediaman yang
lebih baik, tetapi memilih untuk melukis pada dinding gua. Emosi dan pemikiran
bagaimana yang mempengaruhi subjek yang ingin dipersembahkan hanya diketahui di
kalangan artis itu sendiri. Banyak spekulasi telah dikeluarkan berkenaan
lukisan ini, di mana tafsiran yang paling mengarut ialah lukisan tersebut
dihasilkan oleh hidupan yang berada di tahap primitif. Apa yang jelas, satu
laporan yang diterbitkan di laman web BBC’s Science pada 22 Februari 2000, mengandungi
baris berikut berkaitan lukisan-lukisan gua: ...[kita] menyangka bahawa ianya
dibuat oleh orang primitif... Tetapi menurut dua orang saintis yang bekerja di
Afrika Selatan, tanggapan terhadap pelukis purba ini salah. Mereka percaya lukisan-lukisan
tersebut adalah bukti masyarakat yang kompleks dan moden. Andainya hasil seni
hari ini akan dikaji dengan pemikiran yang sama dalam ribuan tahun, banyak
polemik mungkin timbul tentang sama ada masyarakat abad ke-21 merupakan puak primitif
atau tamadun yang maju. Jika lukisan-lukisan artis moden yang berkeadaan baik
ditemui 5,000 tahun kemudian, dan tiada dokumentasi bertulis yang masih wujud
tentang keadaan hari ini, bagaimanakah tanggapan generasi akan datang terhadap
tamadun kita? Sekiranya masyarakat akan datang menemui hasil kerja Van Gogh
atau Picasso dan menilainya dari perspektif evolusionis, bagaimanakah tanggapan
mereka terhadap masyarakat moden kita? Apakah pemandangan Claude Monet akan
mengilhamkan komentar seperti “Industri belum lagi dibangunkan, dan manusia
hanya menjalani cara hidup pertanian”, atau gambaran abstrak Wassily Kandinsky
mengilhamkan komentar seperti “Manusia masih belum mampu membaca atau tulisan
hanya difahami melalui pelbagai contengan”? Apakah tafsiran sebegini akan membawa
mereka hampir kepada gambaran sebenar masyarakat moden kita?
Evolusionis Tiada Bukti Saintifik Untuk Menyokong
Teori Mereka
Walaupun tidak mempunyai sebarang
bukti, para evolusionis tetap berkeras bahawa manusia dan beruk berasal daripada
moyang yang sama. Apabila ditanya tentang permulaan proses evolusi, mereka
kemudiannya memberi jawapan yang langsung tidak saintifik, “Kami tidak tahu,
walau bagaimanapun kami berharap untuk mengetahuinya suatu hari nanti.” Sebagai
contoh, Elaine Morgan, seorang ahli kaji fosil manusia yang juga seorang
evolusionis membuat pengakuan ini: Empat perkara paling misteri berkenaan
[evolusi] manusia adalah: 1) Kenapa mereka berjalan di atas dua kaki? 2) Kenapa
mereka kehilangan bulu? 3) Kenapa mereka memiliki saiz otak yang besar? 4)
Kenapa mereka belajar untuk bercakap? Jawapan evolusionis untuk semua persoalan
tersebut adalah: 1) ‘Kami belum tahu’; 2) ‘Kami belum tahu’; 3) ‘Kami belum
tahu’; 4) ‘Kami belum tahu’. Senarai soalan-soalan tadi juga boleh dipanjangkan
lagi tanpa mempengaruhi monotoni jawapan yang diberikan.
TINGGALAN MASYARAKAT PURBA YANG MENGAGUMKAN
Kesilapan konsep tentang evolusi sosio-budaya
telah dikemukakan pada beberapa waktu yang berbeza oleh orang-orang seperti
August Comte, Herbert Spencer dan Lewis Henry Morgan — dan kemudian digabungkan
dengan teori Charles Darwin — menyatakan bahawa semua Masyarkat berkembang
daripada primitif ke arah peradaban yang lebih kompleks. Penipuan ini dibangunkan
pada akhir kurun ke-19 dan pengaruhnya meningkat selepas Perang Dunia 1, disokong
dengan asas yang kononnya ‘saintifik’ untuk rasisme, kolonialisme, dan gerakan eugenic
yang kejam. Masyarakat di kawasan dunia yang berbeza dengan budaya, warna kulit
dan cirri fizikal yang berlainan tertakluk kepada layanan yang tidak
berperikemanusiaan hasil daripada praandaian yang tidak saintifik itu. Ramai
penulis dan pemikir seperti Adam Ferguson, John Millar dan Adam Smith menyatakan
bahawa semua masyarakat berubah menerusi empat peringkat asas: memburu dan mengumpul,
hidup di perkampungan dan berpindah-randah, pertanian dan akhirnya, perniagaan.
Menurut evolusionis, orang primitif yang baru barubah daripada beruk hanya
memburu dan mengumpul tumbuhan dan buah-buahan dengan alatan yang paling asas.
Sementara kecerdikan dan kemampuan meningkat secara beransur-ansur, mereka mula
menternak haiwan ragut seperti biri-biri dan lembu. Kepintaran dan keupayaan
orang primitif seterusnya berkembang ke tahap di mana mereka mula melibatkan
diri dalam bidang pertanian, dan akhirnya, terlibat dalam perniagaan dan
pertukaran barangan. Walau bagaimanapun, banyak penemuan terbaru dalam bidang
arkeologi, antropologi, dan cabang sains yang lain telah menyangkal dakwaan
asas kisah ‘evolusi budaya dan sosial’. Semua ini tidak lain hanyalah percubaan
materialis untuk menggambarkan perubahan manusia daripada binatang tidak
berakal dan menanam mitos ini – yang kononnya atas dasar falsafah –
bersandarkan sains. Keupayaan manusia untuk hidup dengan berburu atau bertani
tidak membuktikan bahawa mereka lebih mundur atau maju secara mental. Dengan
kata lain, tiada masyarakat yang terlibat dengan perburuan disebabkan
kemunduran dan secara mental lebih hampir kepada beruk. Mengusahakan bidang
pertanian tidak bermakna sesebuah masyarakat itu telah menjarakkan diri mereka
daripada kehidupan primitif. Tiada sebarang aktiviti masyarakat yang
membayangkan bahawa penduduknya adalah keturunan hidupan yang lain. Di
sepanjang proses yang kononnya evolusi, aktiviti-aktiviti seperti itu tidak
melahirkan individu yang lebih maju dari segi kepintaran dan keupayaan. Banyak
puak-puak yang secara teknologinya terkebelakang pada hari ini hanya memburu
dan mengumpul, tetapi ini langsung tidak menunjukkan bahawa mereka bukan
manusia. Begitu juga dengan kehidupan manusia puluhan ribu tahun akan datang,
sama seperti yang telah dilakukan oleh mereka ratusan ribu tahun lalu. Manusia
terkemudian bukan primitif, dan manusia akan datang juga bukan spesis yang
lebih maju. Membina sejarah evolusi peradaban berdasarkan gaya hidup sesebuah
masyarakat merupakan cara yang tidak saintifik. Perspektif sebegini semata-mata
bergantung pada pelbagai tafsiran terhadap penemuan arkeologi yang berdasarkan
prejudis saintis materialis, yang menganggap manusia yang menggunakan
perkakasan batuan adalah manusia beruk yang mendengus, berjalan bongkok, dan
bersifat binatang. Tetapi tiada tinggalan yang member maklumat tentang kapasiti
mental mereka. Semua ini semata-mata andaian. Seperti mana yang telah
dinyatakan, jika banyak contoh seni hari ini ditemui dalam 100,000 tahun akan
datang dan jika manusia pada masa itu kekurangan maklumat, kemungkinan mereka
juga akan menghasilkan tafsiran berbeza berkaitan kemanusiaan hari ini dan
teknologi yang kita miliki. Seperti yang telah ditunjukkan tadi, pandangan
bahawa masyarakat berubah tidak berdasarkan kepada mana-mana bukti saintifik.
Asas teori ini adalah kesilapan dan pendapat tidak saintifik bahawa manusia
pada mulanya memiliki minda seperti beruk. William Howells, seorang ahli
antropologi evolusionis di Universiti Harvard mengaku bahawa teori evolusi
menimbulkan persoalan lain, bukan berkaitan dengan tubuh tetapi berkenaan sifat
yang mempengaruhi falsafah, menentukan fakta saintifik yang lebih sukar.
Howells menyatakan bahawa sifat tidak ‘difosilkan’ seperti mana tengkorak dan
ianya tidak kekal seperti alatan batu. Maka, katanya, kita hanya ada sedikit
petunjuk tentang apa yang mungkin telah berlaku dalam sejarah purba. Beliau
juga menyatakan bahawa adalah mustahil untuk menguji hipotesis seperti itu. Baru-baru
ini, majoriti saintis sosial telah mengaku tentang kesalahan dalam pandangan evolusionis,
dan menyatakan teori evolusi sosial bertentangan dengan sains dalam perkara
berikut:
1. Ia hampir kepada diskriminasi etnik,
membuat tafsiran berat sebelah tentang masyarakat berbeza – contohnya, anggapan
bahawa masyarakat Barat lebih bertamadun.
2. Ia menganggap semua masyarakat
berkembang di laluan yang sama, menggunakan cara yang sama, dan berkongsi
tujuan yang sama.
3.
Ia melihat masyarakat daripada kaca
mata materialistik.
4.
Ia kebanyakannya bertentangan
dengan penemuan. Ramai komuniti yang hidup dalam keadaan primitif mempunyai
nilai rohani yang lebih maju berbanding masyarakat lain yang dianggap moden –
dalam erti kata lain mereka adalah pencinta kedamaian dan menerima kesamaan.
Ole kerana cara pemakanannya, mereka juga lebih sihat dan kuat.
Hal-hal
di atas dengan jelas menunjukkan bahawa perkembangan masyarakat daripada primitif
kepada moden merupakan pendapat yang amat bertentangan dengan nilai dan fakta saintifik.
Teori ini berdasarkan tafsiran menyimpang yang dipengaruhi oleh ideologi
materialis. Tinggalan dan artifak yang ditinggalkan oleh tamadun purba telah
mendedahkan kesilapan dalam pembohongan ‘evolusi sejarah dan budaya’.
Tinggalan Purba Menyanggah Evolusi
Hasil penemuan dari tamadun purba telah
menyangkal teori ‘perkembangan daripada primitif kepada bertamadun’. Jika kita
mengkaji perjalanan sejarah, jawapannya ialah manusia telah sentiasa menikmati
daya kecerdasan dan kreativiti yang sama. Hasil kerja yang dibuat oleh manusia
ratusan ribu tahun dahulu, dan kesan-kesan yang mereka tinggalkan, sebenarnya mempunyai
makna yang berbeza dengan dakwaan evolusionis. Sekiranya kita mengkaji jejak jejak
ini, akan didapati bahawa manusia dengan kebijaksanaan dan kebolehan mereka di
semua zaman lampau telah membuat penemuan baru, mencapai tahap keperluan mereka
dan membina tamadun. Para utusan yang dihantar membantu mereka membangun dan
berkembang dengan memulakan perubahan-perubahan baru. Mereka memiliki
pengetahuan saintifik yang terperinci hasil inspirasi daripada Ilahi.
Misalannya, Nabi Nuh (as) tahu teknologi pembuatan perahu, seperti mana yang
kita fahami dari Al-Quran bahawa bahteranya dijana oleh kuasa stim
(wallahualam):
(Nabi Nuh terus
bekerja) sehingga apabila datang hukum Kami untuk membinasakan mereka dan air
memancut-mancut dari muka bumi (yang menandakan kedatangan taufan), Kami
berfirman kepada Nabi Nuh: Bawalah dalam bahtera itu dua dari tiap-tiap sejenis
haiwan (jantan dan betina) dan bawalah ahlimu kecuali orang yang telah
ditetapkan hukuman azab atasnya (disebabkan kekufurannya), juga bawalah
orang-orang beriman dan tidak ada orang-orang yang beriman yang turut
bersama-samanya, melainkan sedikit sahaja.(Surah al-Hud, ayat 40)
Dapur tersebut yang dikenali sebagai tannur,
masih lagi digunakan hari ini di pelbagai kawasan. Ia berkaitan dengan ayat
yang menyatakan bahawa dapur ini telah melimpahkan air. Maka, bahtera
disediakan untuk belayar dengan tenaga janaan stim. Dalam komentarnya, Hamdi Yazir
dari Elmali berkata bahawa bahtera tersebut “seakan kapal stim yang dijana oleh
sebuah dapur”: Tannur: Dinyatakan di dalam kamus sebagai dapur atau ketuhar
tertutup. Perkataan ‘fara’ bermaksud mendidih dan menyembur dengan kuasa
dan kesungguhan yang kuat. … Dalam kata lain, ini membayangkan bahawa kapal
tersebut tidak menggunakan layar, tetapi kapal api yang menggunakan tenaga
janaan sebuah dapur. Perkembangan besar dalam bidang sains, seni dan teknologi
juga telah dicapai sewaktu zaman Nabi Sulaiman (as). Misalannya, Al-Quran
menunjukkan bahawa kenderaan pengangkutan di zamannya juga sepantas kapal
terbang:
“Dan Kami kurniakan kepada Nabi Sulaiman
kuasa menggunakan angin untuk perjalanannya: sepagi perjalanannya
adalah menyamai perjalanan biasa sebulan dan sepetang perjalanannya adalah
menyamai perjalanan biasa sebulan.” (Surah as-Saba’, ayat 12).
Ayat ini jelas menunjukkan bahawa jarak yang
jauh mampu dilalui dengan cepat. Ini merujuk kepada kenderaan udara yang
menggunakan teknologi sama seperti yang digunakan hari ini (wallahualam).
Tambahan pula, Al-Quran mencatatkan bahawa:
Golongan jin itu
membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang dia kehendaki dari bangunan-bangunan yang
tinggi dan patung-patung dan pinggan-pinggan hidangan yang besar seperti kolam,
serta periuk-periuk besar yang tetap di atas tukunya. (Setelah itu Kami perintahkan):
Beramallah kamu wahai keluarga Daud untuk bersyukur! Dan sememangnya sedikit
sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur. (Surah as-Saba’, ayat 13)
Dalam erti kata lain, Nabi Sulaiman (as)
menyebabkan para pekerjanya menggunakan teknologi pembinaan dan senibina yang
amat canggih. Ayat lain menyatakan bahawa:
Dan (Kami
mudahkan baginya memerintah) Jin Syaitan; (dia memerintah) golongangolongan yang
pandai mendirikan bangunan dan yang menjadi penyelam (bagi menjalankan kerja
masing-masing). (Surah as-saad, ayat 37)
Hakikat bahawa Nabi Sulaiman (as) mampu
mengawal jin-jin penyelam menandakan lokasi dan pengeluaran sumber-sumber dasar
laut. Minyak dasar laut serta proses dan kerja pengekstrakan logam berharga
memerlukan teknologi yang amat maju. Ayat-ayat ini menegaskan bahawa teknologi
seumpama itu telah wujud dan diguna pakai. Ayat lain menyatakan "mata
air dari tembaga" (Surah as-Saba’, ayat 12). Penggunaan
cairan tembaga menandakan kewujudan teknologi canggih yang menggunakan elektrik
di zaman Nabi Sulaiman (as). Seperti yang kita sedia maklum, tembaga merupakan
antara konduktor haba yang terbaik, maka ia dipercayai mewujudkan asas industri
elektrik pada masa itu. Ayat "Kami alirkan baginya mata air dari
tembaga" dalam segala kemungkinan merujuk kepada sejumlah besar
kuantiti elektrik yang dikeluar dan digunakan dalam banyak cabang teknologi
(wallahualam). Beberapa ayat menunjukkan bahawa Nabi Daud (as) memiliki pengetahuan
yang baik dalam pertukangan besi dan pembuatan senjata:
(Serta Kami
wahyukan kepadanya): Buatlah baju-baju besi yang luas labuh dan sempurnakanlah
jalinannya sekadar yang dikehendaki dan kerjakanlah kamu (wahai Daud dan
umatmu) amal-amal yang soleh, sesungguhnya Aku Maha Melihat akan segala yang kamu
kerjakan. (Surah as-Saba’, ayat 11)
Al-Quran juga mengisahkan tentang tembok di
antara dua gunung yang dibina oleh Zulkarnain yang tidak mampu diseberangi dan
ditembusi oleh masyarakat zaman itu. Menurut ayat berkaitan, beliau menggunakan
potongan-potongan besi dan cairan tembaga:
Bawalah kepadaku
ketul-ketul besi; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup
lapangan antara dua gunung itu, dia pun perintahkan mereka membakarnya dengan
berkata: Tiuplah dengan alat-alat kamu sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala
seperti api, berkatalah dia: Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya. (Surah
al-Kahfi, ayat 96)
Maklumat ini menunjukkan bahawa Zulkarnain
telah menggunakan teknologi reinforced concrete. Besi, antara bahan
paling kuat yang digunakan dalam pembinaan, amat penting untuk menambah
keteguhan binaan seperti bangunan, jambatan, dan empangan. Ayat ini menyatakan bahawa
beliau telah meletakkan besi dari hujung ke hujung dan menghasilkan struktur
konkrit yang teguh dengan menuang mortar ke atasnya (wallahualam). Prasasti
dari peradaban purba Amerika Tengah merujuk kepada seorang yang tinggi, berjanggut
dan datang dengan memakai jubah putih. Mereka juga melaporkan bahawa dalam jangka
waktu yang singkat, kepercayaan terhadap dewa tunggal tersebar dan berlaku perkembangan
mendadak dalam seni dan sains. Ramai nabi seperti Nabi Yaakub (as), Nabi Yusuf
(as), Nabi Musa (as), dan Nabi Harun (as) telah diutus ke Mesir purba.
Utusan-utusan ini dan golongan yang mempercayai mereka telah membawa pengaruh
penting terhadap peningkatan artistik dan saintifik yang pantas oleh masyarakat
Mesir pada kebanyakan zaman. Ramai saintis Muslim yang patuh kepada ajaran
Al-Quran dan sunnah nabi telah membuat penemuan penting dalam bidang astronomi,
matematik, geometri, perubatan, dan cabang sains yang lain. Semua ini telah
membolehkan perubahan besar dan perkembangan mengagumkan dalam sains dan
kehidupan sosial. Beberapa saintis Muslim beserta hasil kerja mereka adalah
seperti berikut:
Abd al-Latif al-Baghdadi dikenali melalui kerjanya dalam bidang
anatomi. Dia membetulkan kesilapan sebelumnya berkaitan banyak tetulang dalam
badan seperti rahang bawah dan sternum. Tulisannya bertajuk Al-Ifada wa
al-I'tibar telah diterbitkan pada tahun 1788 dan diterjemahkan ke dalam bahasa
Latin, Jerman, dan Perancis. Beliau juga mengkaji organ-organ deria rasa dalam
kitabnya yang berjudul Makalatun fial-Havas.
Ibn Sina (Avicenna) menerangkan tentang cara-cara rawatan ke atas
pelbagai jenis penyakit. Kitab agungnya, Kitab al-Qanun fi at-Tibb, yang
ditulis dalam bahasa Arab telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada kurun
ke-12. Ia diajar dan dianggap sebagai buku pelajaran asas di
universiti-universiti Eropah sehingga abad ke-17. Kebanyakan maklumat perubatannya
masih lagi sesuai untuk diaplikasikan pada hari ini.
Zakaria Qazvini meruntuhkan banyak pendapat-pendapat yang
salah berkaitan dengan otak dan jantung, yang mana telah dianggap tepat sejak
zaman Aristotle lagi. Maklumat yang beliau berikan berkenaan dengan dua organ
tersebut sama dengan pengetahuan hari ini.
Zakaria Qazvini, Hamd Allah Mustawfi Qazvini (1281-1350), dan Ibn Nafs, semuanya merupakan
pengkaji anatomi serta membentuk asas sains perubatan moden. Ali ibn Isa telah
menulis tiga jilid buku tentang penyakit mata, Tazkirat al-Kahhalin. Jilid pertama
tertumpu sepenuhnya pada anatomi mata dan mengandungai banyak informasi
berharga. Ia kemudiannya diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan Jerman. Al-Bairuni
membuktikan 600 tahun lebih awal sebelum Galileo bahawa bumi berputar, dan juga
telah mengira diameternya 700 tahun sebelum Newton melakukannya.
Ali
Kuscu menghasilkan peta pertama untuk bulan, satu bahagian yang dinamakan
sempena nama beliau.
Thabit
ibn Qurra menemui kalkulus pembezaan berkurun kurun sebelum Newton.
Al-Battani merupakan
manusia pertama yang mengasaskan trigonometri.
Abu'l Vafa bertanggungjawab
mewujudkan istilah secant dan cosecant dalam bidang trigonometri.
Al-Khawarizmi merupakan orang pertama yang menulis buku
berkenaan algebra.
Al-Maghribi
mengasaskan persamaan yang dikenali sebagai segitiga Pascal, 600 tahun sebelum
ditemui oleh Pascal sendiri.
Ibn
Haitam merupakan pengasas optik. Bacon dan Kepler sekadar menggunakan hasil
kerja beliau, sementara Galileo mengunakan penemuan beliau dalam penghasilan
teleskop.
Al-Kindi
memajukan relativiti dan teori relativiti 1,100 tahun lebih awal daripada
Einstein.
Akshamsaddin,
yang hidup lebih kurang 400 tahun daripada Pascal, merupakan orang pertama yang
menemui kewujudan mikrob.
Ali ibn Abbas adalah orang pertama yang menjalankan
pembedahan kanser.
Ibn Jazzar menjelaskan
punca-punca dan cara rawatan penyakit kusta.
Saintis-saintis Muslim, yang hanya sebahagian
kecil disenaraikan di atas, telah membuat banyak penemuan penting yang
membentuk asas sains moden dengan mematuhi ajaran Al-Quran dan sunnah baginda
Rasulullah (saw). Seperti yang telah kita lihat, ramai manusia dahulu kala yang
mencapai kemajuan dalam bidang seni, perubatan, teknologi, dan sains menerusi
utusan yang dihantar kepada mereka. Dengan mematuhi dan mengambil iktibar
daripada cadangan dan galakan para nabi, mereka memiliki ilmu dan mewariskannya
kepada generasi kemudian. Tambahan pula, masyarakat yang kadang-kadang lari
daripada agama sebenar dan membangun pelbagai kepercayaan karut akhirnya kembali
percaya akan Keesaan Allah hasil daripada usaha para nabi. Apabila
penemuan-penemuan zaman lampau dikaji tanpa prejudis, sejarah kemanusiaan dapat
difahami dengan jelas dan nyata. Sebagaimana yang telah dinyatakan, peradaban
yang mundur dan maju telah wujud serentak sepanjang sejarah, sepertimana juga
hari ini. Kini, kita menikmati teknologi angkasa, sementara mereka di kawasan
dunia yang lain hidup serba kekurangan, begitu juga dengan masa lalu di mana Mesir
purba mempunyai tamadun gemilang, sementara masyarakat yang lebih terkebelakang
juga wujud di kawasan yang lain. Masyarakat Maya membina bandar-bandar yang
amat membangun, yang mana dari jejak-jejak yang mereka tinggalkan menunjukkan
bahawa mereka telah memiliki teknologi yang amat canggih, mengira orbit planet
Venus dan menemui bulan-bulan pada planet Jupiter. Pada masa yang sama, manusia
di wilayah-wilayah Eropah percaya bahawa bumi
merupakan
pusat sistem suria. Di kala masyarakat Mesir berjaya melaksanakan pembedahan
otak, penduduk di kawasan lain pula percaya bahawa penyakit adalah disebabkan
oleh pelbagai semangat jahat. Dengan sistem perundangan, kesusasteraan,
pemahaman seni dan pengetahuan astronomi, masyarakat Sumeria membina peradaban
gemilang di Mesopotamia, manakala di satu sudut dunia yang lain terdapat
golongan yang jahil. Maka, sebagaimana masyarakat hari ini yang tidak maju
dalam segalanya, zaman lampau juga tidak pernah ada golongan yang primitive sepenuhnya.
Setakat ini, kita telah mengkaji bukti dari zaman sejarah yang berbeza dan
menilai contoh-contoh budaya puluhan bahkan ratusan ribu tahun lampau. Dengan
mengkaji sejarah yang lebih baru, kita juga akan mendapat bukti bahawa manusia
sememangnya manusia: Di sini kita bukan berbincang mengenai orang ‘primitif’
yang baru mengasingkan cara hidup dari beruk, tetapi manusia bertamadun yang
didapati telah mewarisi peradaban lain yang tetap terpelihara untuk ribuan
tahun sebelum mereka. Sementara teknologi meningkat di abad ke-20, perkembangan
kajian arkeologi juga semakin pesat, dan mula mengeluarkan lebih banyak bukti
tentang sejarah sebenar manusia. Maka, disepakati bahawa kehidupan lampau di
Mesir, Amerika Tengah, Mesopotamia dan wilayah lain ribuan tahun dahulu adalah
sama seperti cara kehidupan kita hari ini.
Megalit: Artifak Menakjubkan Dari Sejarah
Manusia
Megalit ialah nama yang diberi kepada monumen
yang terbina daripada sekumpulan blok batuan gergasi. Banyak megalit purba
masih kekal sehingga ke hari ini. Antara aspek monumen ini yang paling
mengejutkan ialah bagaimana blok-blok batuan besar sedemikian, yang
sesetengahnya mempunyai berat lebih daripada satu tan, telah digunakan untuk
membina struktur yang dibincangkan, bagaimana dan teknik apa yang telah
digunakan untuk membawa batuan ini ke tapak pembinaan. Bagaimana manusia pada
zaman itu mendirikan struktur sebegini dengan meletakkan satu blok batu yang
besar di atas blok yang lain? Megalit ini biasanya dibina dengan menggunakan
batu yang dibawa dari jauh, dan kini dianggap sebagai keajaiban dalam pembinaan
dan kejuruteraan. Golongan yang menghasilkan kerja sedemikian pasti memiliki
teknologi yang maju.
Pertama sekali, perancangan pastinya
sesuatu yang penting untuk mendirikan monumentmonumen ini, dan rancangan itu
mesti difahami dengan tepat dan sepenuhnya oleh setiap orang yang terlibat
dalam projek tersebut. Lukisan teknikal tentang lokasi pembinaan monumen harus disediakan.
Tambahan pula, pengiraan dalam lukisan-lukisan ini mestilah bebas daripada
sebarang ralat, kerana kesilapan kecil akan menyebabkan pembinaan struktur ini
mustahil. Organisasi yang terlibat juga harus sempurna jika pembinaan
dilaksanakan. Faktor-faktor seperti penyelarasan pekerja dan keperluan mereka
(makanan, rehat, dsb.) amat penting untuk proses pembinaan yang teratur.
Jelas bahawa mereka yang terlibat
dalam pembinaan ini mempunyai banyak pengetahuan dan teknologi yang jauh lebih
canggih daripada apa yang biasa dibayangkan. Sebagaiman yang telah dijelaskan
dalam buku ini, peradaban tidak sentiasa bergerak ke hadapan; ada kalanya merosot.
Dan sebenarnya dalam kebanyakan waktu, perkembangan dan penguncupan tamadun boleh
wujud serentak di pelbagai tempat dunia.
Barangkali mereka yang membina megalit
memiliki tamadun yang lebih maju seperti mana yang ditunjukkan oleh tinggalan
arkeologi dan sejarah. Struktur yang dibina membuktikan bahawa mereka mempunyai
pengetahuan yang luas dalam matematik dan geometri; tahu teknologi yang diperlukan
untuk mendirikan monumen dengan mengira titik teguh di kawasan berbukit; mengguna
peralatan (seperti kompas) untuk menentukan kedudukan geografi, serta mampu mengangkut
bahan-bahan binaan dari jarak jauh apabila diperlukan. Tentu saja mereka tidak melakukan
semua ini dengan hanya mengguna alatan dan tenaga kerja primitif. Banyak eksperimen
oleh pengkaji dan ahli arkeologi telah membuktikan bahawa adalah mustahil untuk
membuat monumen sebegini dalam keadaan seperti yang didakwa oleh teori evolusi.
Ramai penyelidik yang cuba untuk membina monumen sama dengan menghasilkan
semula keadaan ‘Zaman Batu’ khayalan telah gagal. Mereka bukan saja menemui
kesukaran untuk membina struktur sama, tetapi juga mengalami masalah dalam
memindahkan blok-blok batuan dari tempat lain ke tapak binaan. Ini sekali lagi
menunjukkan manusia zaman itu tidak mundur seperti dakwaan evolusionis. Mereka
menikmati dan memahami senibina, memanfaat teknologi pembinaan dan turut
mengkaji astronomi.
Memang diketahui bahawa hanya blok
batuan, struktur batuan dan pelbagai alatan batuan yang tersisa daripada
peradaban ribuan tahun dulu. Namun, adalah tidak wajar untuk melihat beberapa
struktur batuan dan artifak lalu membuat kesimpulan bahawa mereka hidup terkebelakang
dan kekurangan teknologi serta hanya tahu mengguna batu. Andaian yang didasarkan
pada pelbagai dogma sebegini tiada konotasi saintifik. Tetapi jika semua
penemuan ini dikaji tanpa sebarang praandaian negatif, penjelasan yang hampir
kepada kebenaran akan dapat dibuat. Walaupun manusia ratusan ribu tahun dulu
hidup dalam rumah-rumah kayu yang hebat, membina vila dengan tingkap kaca dan
mengguna bahan dekorasi paling menarik, tentu saja hanya sedikit buktinya yang
tahan terhadap kesan-kesan hakisan angin, hujan, gempa bumi dan banjir selama
berkurun-kurun. Dalam keadaan semulajadi, hanya purata 100 ke 200 tahun masa
yang diperlukan untuk kayu, kaca, tembaga, gangsa dan logam lain untuk luluh
sepenuhnya. Dengan kata lain, dalam masa dua abad, dinding-dinding rumah anda
akan reput, dan hanya beberapa perhiasan dalamannya yang akan tinggal. Malah
hanya sedikit yang akan kekal andai dipengaruhi oleh gempa bumi, banjir atau
taufan. Apa yang akan tinggal hanyalah blok-blok batuan yang mengambil masa
lebih lama untuk dihakis. Bahkan peralatan batuan juga akan hancur menjadi serpihan-serpihan
kecil. Maka, amat mustahil untuk menggambarkan cara kehidupan masyarakat pada
zaman itu semata-mata berdasarkan blok batuan tersebut. Hubungan sosial,
kepercayaan, citarasa dan pemahaman artistik tidak dapat digambarkan secara
jelas. Tetapi, evolusionis tetap berpegang pada pendapat mereka dan mencemar
pelbagai hasil penemuan dengan banyak gambaran rekaan yang karut. Mencipta
fanstasi dengan penyelewengan fakta adalah cara yang sebenarnya dikritik
sendiri oleh segelinti evolusionis. Malah mereka menamakan kaedah sebegini
sebagai ‘Sekadar Cerita’.
Istilah tersebut yang muncul dalam
kritikan Stephen Jay Gould, seorang ahli paleontolgi evolusionis terkenal,
dipinjam daripada sebuah buku terbitan tahun 1902 bertajuk Just So Stories
karya penulis dan penyair British bernama Rudyard Kipling (1865-1936). Dalam
buku cerita yang ditujukan untuk kanak-kanak ini, Kipling menulis beberapa
kisah fantasi tentang bagaimana pelbagai hidupan mendapat organ dan sifat
masing-masing. Sebagai contoh, beliau menulis petikan berikut tentang belalai
gajah:
Pada
zaman dahulu kala, sang haiwan yang disukai, Gajah, tidak mempunyai belalai. Ia
hanya mempunyai hidung yang kehitaman dan membonjol . . . Tetapi ada seekor
anak Gajah kecil yang mempunyai perasaan ingin tahu . . . Maka ia pun
berpergian . . . sehingga sampai di tebing Sungai Limpopo yang licin dan kabut,
ia terpijak sesuatu yang disangkanya batang kayu. Tetapi itu sebenarnya Sang
Buaya . . . kemudian anak Gajah menundukkan kepala menghampiri mulut sang Buaya
yang berbau dan bertaring, lalu Sang Buaya menerkam pada hidung si anak Gajah .
. . Kemudian anak Gajah duduk pada punggungnya dan menarik, dan tarik, dan
tarik, dan hidungnya pun mula memanjang. Sementara Sang Buaya pula terkial-kial
di dalam air sambil melibas-libas ekornya, dan ia menarik, dan tarik, dan
tarik.
Gould dan beberapa saintis evolusionis
lain telah mengkritik penulisan yang penuh dengan nsenario serupa tanpa ada
sebarang bukti untuk menyokong mereka. Begitu juga dengan mereka yang cuba
menjelaskan perkembangan masyarakat dalam rangka teori evolusi. Sebagaimana
cerita dongeng Kipling, saintis sosial evolusionis bergantung semata-mata pada
imaginasi. Bayangkan sejarah manusia yang berdasarkan masyarakat-masyarakat
yang moyang mereka kononnya hanya tahu mendengus dan mengguna alatan batuan
kasar, tinggal di dalam gua, dan hidup semata-mata bergantung pada hasil buruan
dan kutipan, yang kemudiannya mula berkembang dan menceburi bidang pertanian,
lalu mula mengguna logam, serta mula membina hubungan sosial seiring dengan peningkatan
keupayaan mental mereka. ‘Sejarah’ sedemikian tiada bezanya dengan kisah bagaimana
Sang Gajah mempunyai belalainya. Gould memberi penjelasan tentang pendekatan
tidak saintifik ini:
Para
saintis sedar bahawa kesemua kisah tersebut sekadar cerita rekaan; malangnya,
ia
dipaparkan
dalam penulisan yang profesional sehingga mendapat perhatian serius. Akhirnya
ia menjadi ‘fakta’ dan tergolong dalam kesusasteraan popular…
Gould menambah lagi dengan menyatakan
bahawa cerita rekaan tersebut tidak membuktikan apa-apa dalam rangka teori
evolusi:
Dalam
tradisi ‘sekadar cerita’ sejarah semulajadi evolusi, cerita-cerita tersebut
tidak membawa apa-apa makna. Tetapi pengaruhnya, dan kes-kes sama yang lain,
telah mengatasi kepercayaan saya secara perlahan sejak dulu lagi. Idea-idea
rekaan yang semakin banyak mungkin menyelamatkannya setakat ini, tetapi
kebanyakan konsep yang diselamat oleh spekulasi murahan tidak mencukupi buat
saya.
Newgrange
Pemakaman yang terletak berhampiran
Dublin ini disepakati telah dibina sekitar 3,200 BC. Newgrange sememangnya
telah usang sebelum kewujudan peradaban Mesir, dan sebelum kelahiran tamadun
Babylon dan Cretan. Stonehenge, antara struktur batuan yang paling terkenal di dunia,
masih belum dibina pada waktu itu. Kajian menunjukkan bahawa Newgrange bukan
sahaja sebuah kawasan perkuburan, tetapi para pekerjanya mempunyai pengetahuan
mendalam tentang astronomi – dan memiliki teknik kejuruteraan serta ilmu
senibina yang perlu diberi perhatian.
Ramai ahli arkeologi menghuraikan
Newgrange sebagai keajaiban teknikal. Sebagai contoh, kubah di atas struktur
itu sememangnya adalah kehebatan kejuruteraan. Setiap batu yang berat di bahagian
bawah dan ringan di sebelah atas dengan cermat diletakkan saling bertindih
sehingga setiap satunya lebih menonjol daripada yang di bawah. Maka terbinalah
satu cerobong berbentuk heksagon dengan ketinggian enam meter di atas bahagian
tengah struktur itu. Di atas cerobong itu terdapat penutup yang diperbuat
daripada batu yang boleh dibuka dan ditutup bila perlu.
Jelas bahawa binaan gergasi ini dibina
oleh mereka yang mempunyai pemahaman mendalam tentang kejuruteraan, mampu
mengira dengan tepat, merancang dengan betul, mengangkut beban batuan yang
berat, dan memanfaat ilmu pembinaan mereka. Evolusionis tiada penjelasan
tentang cara pembinaan struktur ini kerana berdasarkan pandangan karut mereka,
manusia pada masa itu bekerja dalam keadaan serba kekurangan dan terkebelakang.
Tetapi amat mustahil untuk monument sebesar itu didirikan oleh golongan yang
tiada pengetahuan yang baik dalam bidang kejuruteraan dan pembinaan.
Ciri-ciri astronomi bangunan itu
sendiri sungguh mengagumkan. Pembinaan struktur gergasi ini membenarkan biasan
cahaya yang menarik pada solstis musim sejuk. Sebaik saja matahari muncul pada
hari terpendek dalam setiap tahun, sinaran cahaya matahari menerangi ruang pemakaman
Newgrange. Di saat ini, berlakulah permainan cahaya yang sempurna. Sinaran matahari
pagi menembusi bukaan kecil di bawah bumbung pintu masuk dan menyinari laluan
ke ruangan dalamannya. Semua blok batuan diletak pada sudut yang membenarkan
pembiasan cahaya – satu faktor penting yang memungkinkan berlakunya semua
pertunjukan cahaya ini.
Maka, dapat dilihat bahawa para
pembina Newgrange bukan sahaja mempunyai ilmu kejuruteraan, malah memiliki
pengetahuan astronomi yang membolehkan mereka mengira masa harian dan
pergerakan matahari. Newgrange hanyalah sebahagian daripada struktur batuan
zaman itu yang masih lagi kekal di wilayah berkenaan. Dengan melihat pada
struktur ini saja, anda dapat menyimpulkan bahawa ianya didirikan oleh golongan
yang mempunyai pengetahuan mendalam serta menggunakan cara dan teknik yang amat
canggih. Apakah tafsiran yang boleh dibuat berkaitan dengan gaya hidup mereka?
Masyarakat yang membina struktur ini pastinya telah hidup dalam persekitaran
yang selesa dan penuh tamadun. Jika mereka mempunyai pengetahuan astronomi dan
kemahiran yang baik untuk membuat pemerhatian dengan tepat, kehidupan seharian
juga pasti bertamadun selari dengan perkembangan pengetahuan mereka. Monumen
batuan ini mungkin satu-satunya bangunan yang kekal daripada masyarakat yang
hidup dalam rumah yang selesa, mempunyai taman-taman yang diselenggara dengan
baik, menerima rawatan di hospital yang bagus, terlibat dengan aktiviti ekonomi,
menghargai seni dan sastera serta menikmati warisan budaya yang luas lagi
penting.
Semua tafsiran realistik berkenaan
pembina monumen batuan ini adalah berdasarkan penemuan arkeologi dan fakta
sejarah. Tetapi, evolusionis yang telah sebati dengan pemikiran materialis
lebih cenderung mengaitkan cerita rekaan hasil dogma-dogma tertentu berbanding
membuat tafsiran rasional yang bersesuaian dengan sains. Walau bagaimanapun,
semua cerita mereka tidak akan pernah mampu untuk memberi penjelasan muktamad
dan benar.
Stonehenge
Stonehenge, monumen yang tegak di
selatan England, terdiri daripada lebih kurang 30 blok batuan besar yang
disusun dalam bentuk bulatan. Setiap blok mempunyai purata ketinggian 4.5 meter
(15 kaki) dan berat purata 25 tan. Monumen ini telah menarik perhatian ramai
penyelidik dan banyak teori telah dibentang untuk menjelaskan bagaimana dan
mengapa ia dibina. Betul atau tidaknya teori-teori ini bukanlah persoalan
penting di sini, tetapi monumen ini sekali lagi telah membatalkan teori evolusi
dalam sejarah manusia.
Kajian yang dibuat mendedahkan bahawa
Stonehenge telah dibina dalam tiga peringkat utama, bermula dalam lebih kurang
2,800 BC. Ini bermakna bahawa sejarah pembinaannya telah berusia hampir 5,000
tahun. Peringkat pembinaan pertama melibatkan penggalian parit, benteng dan
beberapa lubang bulat. Dalam peringkat kedua, lebih kurang 80 bluestones (sejenis
batuan granit yang dinamakan sempena warnanya) disusun dalam dua bulatan di
sekeliling pusat tapak dan batu hele didirikan di luar lingkaran
tersebut. Kemudian, bulatan luar didirikan menggunakan susunan batu pasir yang
besar dengan batu melintang membentuk bulatan diletak di atasnya.
Aspek utama monumen ini ialah bluestones
yang digunakan kerana sumbernya tiada di kawasan berhampiran. Batu-batuan
ini dibawa ke tapak Stonehenge dari Pergunungan Preseli yang jauhnya lebih
kurang 380 kilometer (240 batu). Jika ahli sejarah evolusionis berpendapat
bahawa penduduk di masa itu hidup dalam keadaan serba primitif dan peralatan
mereka hanya diperbuat daripada engkol kayu, rakit kayu dan kapak batu, jadi
bagaimanakah mereka mengangkut semua batuan ini ke wilayah di mana Stonehenge
kini berdiri? Persoalan ini tidak dapat dijawab dengan senario khayalan yang
direka-reka.
Dengan membina semula peralatan yang
kononnya diguna pada masa itu, sekumpulan pengkaji cuba mengangkut bluestones
ke tempat lain yang sama jaraknya. Mereka menggunakan engkol kayu, membuat
rakit yang mampu menampung berat batu yang saiznya hampir sama sehingga
terpaksa menggabungkan tiga rakit, menggerakkan rakit tersebut di sungai dengan
mengguna pancang kayu, dan akhirnya cuba untuk membawa batuan tersebut ke atas
bukit dengan bantuan roda kasar. Namun usaha mereka hanya sia-sia. Ini hanyalah
satu daripada eksperimen yang dilaksanakan untuk mencari jawapan tentang cara bluestones
dibawa sejauh itu. Banyak lagi ujukaji lain telah dijalankan, dan
penyelidik berusaha untuk memahami cara pengangkutan yang telah diguna oleh
masyarakat zaman itu. Walau bagaimanapun, tiada percubaan yang berjaya. Ini kerana
kesemua kajian tersebut dijalankan dengan fahaman salah yang menganggap budaya masyarakat
pada waktu itu terlalu mundur dan hanya menggunakan peralatan kasar yang
diperbuat daripada batu dan kayu.
Seperkara lagi yang perlu ditegaskan
ialah eksperimen yang mereka laksanakan dibantu oleh teknologi moden. Mereka
mengguna pelbagai model yang dihasilkan oleh pelabuhan maritim, mengguna tali
yang diperbuat oleh kilang berteknologi tinggi, dan membuat perancangan dan pengiraan
terperinci. Namun begitu, mereka tetap gagal. Tetapi masyarakat yang hidup
5,000 tahun dulu mengangkut batuan ini yang setiap satunya mempunyai berat
bertan-tan lalu menyusunnya dalam bentuk bulatan melalui pengiraan posisi
geografi yang tepat. Jelas sekali mereka tidak menyiapkan semua ini dengan
peralatan batu serta rakit dan engkol kayu. Stonehenge dan banyak megalit
lainnya telah dibina dengan teknologi yang masih belum dapat difahami pada hari
ini.
Tinggalan Menakjubkan Di Bandar Tiahuanaco
Lebih kurang 4,000 meter (13,000 kaki)
di atas paras laut, di Pergunungan Andes yang terletak antara Bolivia dan Peru,
bandar Tiahuanaco penuh dengan runtuhan yang membuatkan
ramai pelawat terpegun. Kawasan ini dianggap
sebagai antara satu keajaiban arkeologi di Amerika Selatan, dan mungkin juga di
dunia.
Antara tinggalan Tiahuanaco yang
paling menakjubkan adalah satu kalendar yang menunjukkan ekuinoks- ekuinoks,
musim- musim, dan posisi bulan pada setiap jam dan pergerakannya. Kalendar ini
antara bukti yang menunjukkan bahawa masyarakat yang tinggal di
kawasan itu memiliki teknologi yang tinggi.
Antara tinggalan lain yang mengagumkan adalah monumen-monumen yang diperbuat
daripada blok batuan besar, sesetengah daripadanya mempunyai berat sehingga 100
tan.
Seorang penulis Reader's Digest
menulis, "...para jurutera terbaik hari ini masih lagi bertanya kepada
diri sendiri tentang keupayaan mereka untuk memotong dan menggerakkan batuan
besar seperti yang digunakan untuk membina bandar tersebut. Batuan gergasi itu
kelihatan seperti acuan telah digunakan untuk memotongnya..."
Sebagai contoh, dinding-dinding bandar
berkenaan dibina dengan meletakkan blok-blok seberat 60 tan di atas blok batu
pasir yang beratnya lebih kurang 100 tan. Kerja-kerja batu yang digunakan untuk
membina dinding tersebut memerlukan kepakaran yang amat mendalam. Blokblok segi
empat sama dicantumkan dengan alur yang tepat. Lubang sepanjang 2.5 meter (8 kaki)
telah dibuka di dalam blok-blok seberat 10 tan. Pada sesetengah bahagian
runtuhan tersebut, terdapat saluran air yang diperbuat daripada batu dengan
kepanjangan 1.8 meter (6 kaki) dan keluasan setengah meter (1.5 kaki). Ini
adalah sebahagian ketetapan yang jarang dipadankan walaupun di hari ini. Adalah
amat mustahil untuk mereka menghasilkan kerja-kerja berkenaan tanpa kehadiran
teknologi seperti yang digambarkan oleh evolusionis. Ini kerana dalam keadaan yang
serba primitif, ianya akan memerlukan masa yang lebih panjang daripada hayat
manusia untuk mendirikan hanya satu daripada struktur-struktur tersebut. Secara
tidak langsung, ini bermakna yang pembinaan bandar Tiahuanaco mengambil masa
berkurun lamanya, dan dengan sendirinya membuktikan kesalahan pendapat
evolusionis.
Antara satu daripada monumen
terpenting di Tiahuanaco adalah Gate of the Sun. Diperbuat daripada satu blok
tunggal, dengan ketinggian 3 meter (10 kaki) dan kelebaran 5 meter (16.5 kaki) serta
berat yang dianggarkan lebih daripada 10 tan. Gerbang tersebut dihiasi dengan
pelbagai ukiran. Tiada penjelasan tentang teknik-teknik yang digunakan dalam
pembinaannya. Apakah jenis teknologi yang diaplikasikan pada struktur yang
sebegitu menarik? Bagaimana batu seberat 10 tan diekstrak, dan dengan apakah
ianya dibawa dari kuari batuan. Jelas bahawa semua ini dicapai dengan
menggunakan lebih daripada alatan dan perkakasan asas seperti yang
digembar-gemburkan oleh evolusionis.
Sekiranya anda mengambil kira keadaan
geografi di kawasan Tiahuanaco, semua pencapaian mengandaikan bahagian yang
lebih mengagumkan. Bandar itu terletak berkilometer jauhnya dari mana-mana
kawasan petempatan biasa dan dibina pada dataran tinggi yang lebih kurang 4,000
meter (13,000 kaki), di mana tekanan atmosfera hanya separuh berbanding
atmosfera di paras laut. Tahap oksigen yang berkurangan ini akan menyebabkan
sebarang kerja memerlukan lebih banyak tenaga kerja.
Semua ini membuktikan, seperti juga
kawasan lain di dunia, bahawa peradaban yang maju telah wujud di masa lalu –
sekaligus menyangkal dakwaan bahawa masyarakat sentiasa berkembang kepada tahap
yang lebih maju.
Mesir Purba: Tamadun Gemilang Dalam Seni Dan
Sains
Mesir purba yang mempunyai lebih
pengetahuan dan pengalaman merupakan antara peradaban manusia yang paling
mengagumkan dari segi seni dan sains, serta tidak mustahil mereka merupakan
sumber yang diwarisi oleh sesetengah masyarakat primitif. Di kalangan
masyarakat Mesir, golongan yang menyimpang, agama pagan, terdapat
pekerja-pekerja Yahudi dengan pengetahuan seni yang berasal dari zaman Nabi Nuh
(as) dan Nabi Ibrahim (as). Mereka yang berkemahiran ini menggunakan ilmu yang
dipelajari daripada nabi-nabi terdahulu.
Pencapaian masyarakat Mesir masih
belum dapat ditandingi oleh kebanyakan negara moden hari ini. Di pelbagai
kawasan di Asia, Amerika Selatan, atau Afrika, termasuk Mesir sendiri, kehidupan
yang lebih ke hadapan daripada tamadun lalu masih berjalan. Peradaban Mesir
purba yang menempa pelbagai kejayaan hebat terutamanya dalam bidang perubatan,
anatomi, perancangan bandar, senibina, seni halus dan tekstil, kini terus
dikaji oleh ramai saintis dengan keterujaan dan ketakjuban.
Asal-usul Perubatan Mesir Purba
Kecanggihan yang dicapai oleh ahli-ahli fizik
di zaman Mesir purba amat mengagumkan. Banyak hasil penemuan yang menghairankan
ahli-ahli arkeologi kerana tiada sejarawan yang menjangka teknologi tinggi
seperti itu dari peradaban yang wujud dalam tahun 3,000 BC. Analisis X-ray ke
atas mumia mendapati bahawa pembedahan otak telah dilakukan di zaman Mesir
purba. Tambahan pula, operasi tersebut dilaksanakan dengan menggunakan
teknik-teknik yang lebih profesional. Apabila tengkorak mumia yang menjalani
pembedahan diperiksa, didapati bahawa pemotongannya telah dilakukan dengan
kemas. Tulang tengkorak yang kembali bercantum membuktikan yang pesakit mampu
hidup lama selepas pembedahan tersebut.
Satu lagi contoh dalam bidang perubatan.
Kemajuan yang besar dicapai pada kurun ke-19 berdasarkan perkembangan pantas
dalam sains ujikaji, termasuk penemuan antibiotik. Walau bagaimanapun,
perkataan ‘penemuan’ tidak seberapa tepat kerana kebanyakan teknik berkenaan telah
diketahui oleh masyarakat Mesir purba.
Bukti penting berkaitan kemajuan masyarakat
Mesir dalam bidang sains dan anatomi boleh dilihat pada mumia-mumia yang mereka
tinggalkan. Mereka menggunakan ratusan teknik berbeza dalam proses yang
membolehkan tubuh hidupan disimpan untuk ribuan tahun. Proses mumifikasi adalah
sangat kompleks. Pertama, otak dan organ dalaman mayat dikeluarkan dengan
alatan khas. Peringkat seterusnya melibatkan penyahhidratan tubuh selama 40 hari
dengan menggunakan natron. (Natron adalah sejenis garam mineral, kandungan
utamanya adalah campuran sodium bikarbonat dan sodium karbonat dengan sedikit
sodium klorida dan sodium sulfat.) Selepas cairan berlebihan dalam badan
dikeluarkan, rongga badan kemudian dipenuhkan dengan kain linen, pasir atau
habuk kayu. Kulit disapukan dengan campuran herba khas dan seterusnya dilapis
dengan cairan damar untuk melindunginya. Akhir sekali, tubuh tersebut dibungkus
dengan balutan kain linen.
Mumifikasi dijalankan tanpa merosakkan bentuk
tubuh dan pengeluaran semua organ dalaman telah membuktikan bahawa mereka yang
melaksanakan pembedahan berkenaan mempunyai pengetahuan mendalam tentang
anatomi bagi membolehkan mereka mengetahui posisi semua organ berbeza.
Selain daripada teknik-teknik mumifikasi,
masyarakat Mesir pada 5,000 tahun dahulu mengalami perkembangan perubatan yang
amat luas. Sebagai contoh:
-
Paderi Mesir yang terlibat dalam perubatan merawat banyak penyakit di kuil
mereka. Seperi juga hari ini, ramai doktor Mesir yang mengkhusus dalam pelbagai
cabang perubatan. Setiap doktor memberi perkhidmatan mengikut kepakaran
masing-masing.
-
Para doktor di Mesir dikawalselia oleh Negara. Sekiranya pesakit gagal untuk
sembuh atau meninggal dunia, kerajaan akan menyiasat puncanya dan menentukan
sama ada cara rawatan yang digunakan oleh doktor bersesuaian dengan
undang-undang. Jika didapati berlaku kesilapan semasa rawatan, doktor tersebut
akan didenda mengikut rangka perundangan yang ditetapkan.
-
Setiap kuil memiliki makmal yang serba lengkap di mana ubatan disedia dan
disimpan.
-
Kejayaan pertama dalam farmakologi, dan penggunaan balutan dan tekapan, bermula
di zaman Mesir purba. Papirus Smith (yang sepenuhnya berkaitan dengan
perubatan) menerangkan bagaimana jalur perekat linen – bahan yang sesuai untuk
membuat balutan – digunakan untuk menutup luka.
-
Penemuan arkeologi telah mendedahkan satu gambar terperinci berkenaan amalan perubatan
di Mesir. Tambahan pula, nama dan gelaran lebih daripada 100 orang doktor yang mengkhusus
dalam bidang masing-masing telah ditemui. - Ukiran timbul pada dinding sebuah
kuil di Kom Ombo menunjukkan ukiran sebuah kotak peralatan pembedahan. Kotak
ini mengandungi kekacip logam, pisau bedah, gergaji, kuar, spatula, cangkuk
kecil dan angkup.
-
Teknik-teknik yang digunakan adalah pelbagai. Bukaan dan retakan ditetapkan,
splin digunakan dan luka ditutup dengan jahitan. Retakan yang berjaya sembuh
selepas rawatan boleh dijumpai pada kebanyakan mumia.
-
Walaupun tiada kesan pembedahan ditemui pada kebanyakan mumia, terdapat 13
rujukan kepada jahitan pembedahan pada Papirus Smith. Ini membuktikan bahawa
masyarakat Mesir purba mengurus luka pembedahan dengan baik dan menggunakan
benang linen. Jarum dalam segala kemungkinan diperbuat daripada tembaga.
-
Doktor-doktor Mesir dapat membezakan antara luka yang tidak berkuman dan yang dijangkiti
kuman. Mereka menggunakan campuran lemak kambing gurun, minyak fir dan kacang pis
hancur untuk membersih luka yang dijangkiti.
-
Penisilin dan antibiotik hanya ditemui baru-baru ini. Walau bagaimanapun,
masyarakat Mesir purba telah menggunakan versi organik pertama ubatan ini dan
juga jenis-jenis antibiotic yang lain, serta menulis penerangan bersesuaian untuk
pelbagai jenis penyakit.
Seiring dengan perkembangan besar dalam bidang
perubatan, penggalian juga telah mendedahkan bahawa mereka sangat berminat
dalam perkara seperti perancangan bandar dan senibina.
Perkembangan Ilmu Kaji Logam Di Mesir Purba
Secara asasnya, ilmu kaji logam merupakan
cabang sains dan teknologi yang melibatkan penapisan daripada bahan-bahan
kasar, pembentukan dan pemeliharaan pelbagai jenis logam dan sebatiannya.
Kajian terhadap tamadun Mesir purba menunjukkan bahawa sekitar 3,000 dan 3,500 tahun
dulu, masyarakat Mesir merupakan pakar dalam pengekstrakan dan penghasilan
pelbagai mineral dan logam, terutamanya emas, tembaga dan besi. Ilmu kaji logam
yang jauh berkembang membuktikan bahawa mereka lebih maju dalam pencarian,
pengekstrakan dan penghasilan bijih, serta mempunyai ilmu kimia yang baik.
Kajian arkeologi telah mendedahkan bahawa
masyarakat Mesir telah mula menghasilkan kerja terperinci berkenaan bijih
tembaga dan sebatian logam sekitar 3,400 SM Dalam Dinasti Keempat (sekitar
2,900 SM), kajian dan operasi perlombongan diawasi oleh pegawai-pegawai berkedudukan
tinggi dan dipercayai dikawal selia oleh anak-anak Firaun. Masyarakat Mesir
purba juga menggunakan besi sebagai tambahan untuk tembaga. Timah digunakan
untuk menghasilkan gangsa, dan kobalt untuk mewarna kaca. Logam yang tidak terdapat
secara semulajadi di Mesir telah diimport dari wilayah lain, terutamanya Parsi.
Logam yang sering digunakan dan paling
dihargai adalah emas. Ratusan lombong emas telah ditemui di Mesir dan
sebahagian Sudan. Sekeping papirus kurun ke-14 sebelum Masihi mengandungi
pelan-pelan lombong emas berhampiran Apollinopolis, sekaligus membuktikan kemahiran
masyarakat Mesir berkaitan bidang berkenaan. Papirus tersebut menerangkan
tentang pembinaan lebih daripada 1,300 buah kediaman pekerja di sekitar
lombong. Ini menjelaskan tentang kepentingan pertukangan emas dan seni permata
hiasan dalam Mesir kuno. Sesungguhnya, ratusan objek emas hiasan yang ditemui
dalam penggalian arkeologi adalah bukti bahawa masyarakat Mesir purba merupakan
pelombong dan pekerja logam yang pakar.
Ini juga menunjukkan bahawa mereka mempunyai
pengetahuan saintifik dan teknologi yang diperlukan untuk mengenal pasti logam,
mengekstrak bijih daripadanya, menghaluskan logam dan mengekstraknya, kemudian
menggabungkannya untuk menghasilkan aloi.
Perancangan Bandar Dan Infrastruktur Mesir
Purba
Iklim yang kering telah meninggalkan banyak
petunjuk berkaitan tamadun Mesir, sekaligus membuktikan bandar Mesir kuno telah
mempunyai kemudahan asas yang jauh berkembang. Infrastruktur yang maju itu
menunjukkan bahawa mereka yang membina Bandar-bandar berkenaan pastinya telah
memiliki ilmu yang mendalam tentang kejuruteraan dan senibina. Berapa dalam
tapak bawah tanah perlu digali, di mana gelegar sokongan perlu diletakkan,
bagaimana untuk merancang sistem pengudaraan yang efektif, aturan laluan untuk
air bersih dan kotor agar tidak bercampur, dan banyak lagi perincian yang perlu
dipertimbangkan. Paling penting, tiada ruang untuk sebarang kesilapan dalam
semua perkara tersebut. Masyarakat Mesir purba tahu kesemua teknik yang
diperlukan, dan bangunan-bangunan yang mereka dirikan membuktikan perkara ini.
Teknik-teknik senibina yang mereka aplikasikan
di masa 3,000 BC amat profesional dan bertujuan untuk menyelesaikan pelbagai
kesukaran dan masalah berkenaan infrastruktur. Air merupakan antara elemen
terpenting untuk negara kering seperti Mesir. Kenyataannya, mereka berjaya
menemui penyelesaian terbaik berhubung masalah ini, iaitu dengan menyertakan
tangki bina dalam untuk menyimpan air. Simpanan air yang banyak ditemui di
kawasan oasis Fayum merupakan sebahagian daripadanya. Masyarakat Mesir juga membina
beberapa tasik buatan untuk memastikan kelangsungan kehidupan di
bahagian-bahagian tertentu. Tasik-tasik kecil yang menerima air dari Sungai Nil
ini memungkinkan kewujudan peradaban yang maju di tanah gersang Mesir. Mereka membina
Tasik Moeris, yang terletak 80 kilometer (50 batu) di barat daya Cairo hari
ini, bertujuan untuk menakung air dari Sungai Nil melalui terusan. Penempatan
dan rumah ibadat telah didirikan berhampiran takungan ini.
Pengetahuan masyarakat Mesir dalam bidang
kejuruteraan, perancangan bandar dan perubatan serta bagaimana ia harus
diaplikasikan merupakan sebahagian bukti berkaitan tamadun gemilang yang pernah
mereka miliki. Pengetahuan dan tindakan yang mereka laksanakan sekali lagi
menolak pendapat bahawa masyarakat berkembang daripada peringkat primitif
kepada tahap bertamadun. Masyarakat yang hidup 5,000 tahun lalu memiliki tahap
peradaban yang jauh lebih maju daripada sesetengah komuniti yang hidup di
negara yang sama pada hari ini, sesuatu yang tidak mampu dijelaskan dari segi
‘perkembangan evolusi’. Semasa masyarakat Mesir purba menikmati peradaban
gemilang mereka, tidak dapat dinafikan bahawa terdapat lebih banyak komuniti
yang hidup dalam keadaan serba mundur di Afrika dan lain-lain bahagian di
dunia. Tetapi tiada seorang pun di antara mereka yang mempunyai ciri-ciri yang
kurang daripada manusia, apatah lagi sifat-sifat seperti beruk.
Masyarakat Mesir, mereka yang hidup dalam
keadaan primitif pada masa yang sama, termasuk juga komuniti yang hidup ratusan
ribu tahun dahulu, telah sekian lama sememangnya manusia seperti hari ini dalam
segala aspek. Walaupun sebahagian komuniti mungkin hidup serba maju dan sesetengah
lagi hidup penuh kekurangan, tetapi ini tidak membuktikan bahawa manusia
berasal daripada beruk atau pun sebuah bangsa berkembang daripada bangsa lain,
seperti mana yang didakwa oleh para evolusionis. Tafsiran seumpama itu hanya
sekadar penyimpangan sains, kewarasan dan logik.
Pencapaian Masyarakat Mesir Purba Dalam Bidang
Tekstil
Serpihan kain linen yang wujud sejak
2,500 SM menunjukkan bahawa masyarakat Mesir purba telah menghasilkan fabrik
berkualiti tinggi dari segi bahan dan tenunan. Walau bagaimanapun, perkara yang
paling penting adalah perincian tenunan pada kain tersebut. Masyarakat Mesir
purba pada waktu itu telah menghasilkan gentian halus seperti mana hari ini yang
dihasilkan dengan bantuan mesin dan teknologi maju, dan linen pada waktu itu
telah digunakan untuk membungkus mumia. Tenunan halus pada fabrik-fabrik
berkenaan sangat mengagumkan para ahli kaji Mesir purba. Spesimen-spesimen
tersebut teramat halus hinggakan seseorang memerlukan kanta untuk membezakannya
daripada sutera, dan fabrik-fabriknya setanding dengan hasil kerja mesin tenun
hari ini. Sehingga kini, fabrik tersebut mahsyur dek kerana kualitinya, dan
linen yang dihasilkan oleh masyarakat Mesir pada hari ini terhutang budi pada
tukang tenun yang hidup pada 2,000 SM dahulu.
Pencapaian Matematik Yang Lebih Unggul
Nombor telah digunakan oleh masyarakat
Mesir purba sejak dari awal lagi. Banyak papyrus dari tahun 2,000 SM yang
menerangkan masalah matematik telah ditemui. Empat daripadanya yang sering
menjadi rujukan dikenali sebagai serpihan Kahun, dan papirus Berlin, Moscow dan
Rhind. Dokumen-dokumen berkenaan menyatakan beserta contoh tentang asas-asas
pengiraan. Mereka tahu bahawa segitiga dengan sisi berukuran 3:4:5 adalah
segitiga tepat, dan menggunakan pengetahuan ini (kini dikenali sebagai Teorem
Pitagoras) dalam pengiraan pembinaan mereka.
Tambahan pula, mereka tahu perbezaan
antara planet dengan bintang. Mereka memasukkan beberapa bintang yang sukar
dilihat dengan mata kasar ke dalam senarai kajian astronomi mereka. Dek kerana
hidup mereka bergantung kepada Sungai Nil, mereka perlu memeriksa parasnya semasa
banjir tahunan berlaku. Meraka mencipta ‘Nilometer’ untuk mengukur aras
ketinggian air sungai, serta melantik beberapa pegawai untuk tugas itu.
Teknologi Pembinaan Yang Penuh Misteri
Struktur paling penting yang telah
dibina oleh masyarakat Mesir purba, yang mana ramai pelawat masih terpegun hari
ini, adalah piramid. Piramid Giza adalah yang paling istimewa dan dianggap
sebagai binaan batu yang paling besar di dunia sehingga ke hari ini. Sejak
zaman Herodotus, ramai ahli sejarah dan arkeologi telah mengemukakan pelbagai
teori tentang pembinaan piramid. Sebahagian berpendapat bahawa hamba abdi telah
digunakan dalam pembinaannya dan mengandaikan beberapa teknik berbeza, daripada
teknik tanjakan sehingga kepada piramid berteres. Gambaran lengkap yang wujud
hasil daripada teknik andaian ini adalah seperti berikut:
- Piramid dibina oleh hamba abdi, dengan
jumlah mereka yang amat ramai, dalam lingkungan 240,000 orang.
- Tanjakan digunakan dalam pembinaan piramid,
kemudian mengambil masa lebih kurang lapan tahun untuk meleraikan tanjakan
tersebut selepas pembinaannya.
Menurut seorang jurutera sivil
Denmark, Garde-Hanson, teori tersebut adalah karut, ini kerana apabila tanjakan
telah dileraikan, saki-baki blok batuan gergasi akan ditinggalkan. Tetapi tiada
bukti dapat dilihat di mana-mana. Sambil menyatakan bahawa Garde-Hanson telah
mengambil kira pelbagai aspek yang telah
diabaikan oleh ahli teori yang lain, Moustafa Gadalla dalam bukunya yang
berjudul Historical Deception: The Untold Story of Ancient Egypt telah berkata:
Cuba bayangkan statistik yang menghairankan sewaktu melawat piramid: 4,000
pekerja kuari menghasilkan 330 blok batuan setiap hari tanpa henti. Setiap hari
pada musim banjir, 4,000 blok dibawa ke Sungai Nil, dibawa menyeberang, diheret
di atas tanjakan ke dataran Giza, dan diletakkan di bahagian teras – 6.67 blok
setiap minit! Bayangkan 6.67 blok dalam setiap 60 saat!54 Tambahan pula, harus
diingat bahawa kawasan permukaan setiap piramid adalah lebih kurang 5.5 ekar.
Maka 115,000 batu lapisan diperlukan untuk setiap permukaan. Batuan ini telah diletakkan
dengan cermat di tempat sepatutnya yang mana ruang di antara mereka terlalu
kecil untuk memuatkan walaupun sekeping kertas.55 Ini hanyalah sebahagian
sanggahan yang membuktikan bahawa misteri pembinaan pyramid belum dapat
diselesaikan oleh sains dan technologi abad ke-21.
Jika Seseorang Berhasrat Untuk Membina Semula
Piramid...
Pada tahun 1978, Indiana Limestone
Institute of America, Inc. – antara peneraju dunia dalam bidang batu kapur –
menjalankan kajian yang merangsang pemikiran untuk mengetahui apakah saiz
tenaga kerja dan apakah bahan yang diperlukan untuk membina piramid yang sama
seperti Piramid Giza. Pegawai syarikat
tersebut menjelaskan cabaran yang ada, dan maklum bahawa jika purata
pengeluaran hari ini ditambah tiga kali ganda, penggalian, pembuatan dan penghantaran
batu kapur sebanyak itu akan mengambil masa lebih kurang 27 tahun. Tambahan
pula, semua pekerjaan ini dijalankan dengan
menggunakan teknologi moden Amerika – dengan
kata lain, penukul hidraulik dan gergaji elektrik
bermata kristal. Usaha yang amat banyak diperlukan untuk melombong dan
menghantar batu kapur, tidak termasuk ujian makmal yang diperlukan untuk
pembinaan piramid, juga tidak termasuk kerja-kerja persediaan yang lain. Jadi bagaimana masyarakat Mesir purba membina
piramid gergasi ini? Apakah jenis kuasa, mesin, dan teknik yang digunakan untuk
mendirikan teresan batuan ini? Bagaimanakah makam batu tersebut diukir?
Bagaimana pencahayaan dibekalkan semasa pembinaan? (Tiada jelaga dan kotoran
dijumpai pada dinding atau siling piramid dan makam.) Bagaimana blok batuan dipindahkan
dari kawasan perlombongan, dan bagaimana bentuk permukaannya yang berbeza-beza dilicinkan?
Bagaimana blok-blok yang seberat beberapa tan ini diangkut dan dipadankan
bersama sehingga ke tahap ketepatan 1/1000 setiap sentimeter? Banyak lagi
pertanyaan yang boleh dikemukakan. Namun dapatkah persoalan-persoalan ini
dijawab dengan cara yang logik dan rasional menerusi salah faham evolusionis
terhadap sejarah manusia? Tentu saja tidak! Dengan seni, perubatan dan budaya
mereka, masyarakat Mesir purba menghasilkan tamadun yang amat luas. Hasil
kerja, terapi perubatan yang diguna, dan pengetahuan mendalam serta pengalaman
yang dimiliki merupakan sebahagian bukti penting tentang ketamadunan mereka. Bahkan
ada sesetengah saintis hari ini mendakwa bahawa kerja masyarakat Mesir purba –
yang menurut pandangan teori evolusi, pembinaannya pasti terlalu sukar –
sebenarnya didirikan oleh pelawat dari luar bumi. Tentunya dakwaan sedemikian
tidak masuk akal dan tidak logik. Tetapi evolusionis tetap berselindung kerana
para pelopornya tidak mampu memberi penjelasan yang lebih baik. Pertama sekali,
tiada sedikit pun bukti yang menyokong pandangan mereka. Sebaik tersedar bahawa
mereka tidak berupaya untuk mengeluarkan sebarang penjelasan berdasarkan kepada
kebetulan atau proses evolusi khayalan, mereka terus bersembunyi di sebalik
idea ‘makhluk angkasa’.
Sebenarnya, pandangan karut ini
dikemukakan di saat mereka mengetahui bahawa DNA di dalam sel nukleus dan protein
pertama, yang mewakili binaan blok asas kehidupan, mempunyai struktur yang jauh
lebih kompleks dan luarbiasa untuk terwujud secara kebetulan daripada benda
mati. Jadi, kononnya makhluk angkasalah yang membawa organisma hidup pertama di
bumi lalu meninggalkannya. Dakwaan karut ini adalah petunjuk bahawa para
evolusionis berada dalam keadaan terdesak. Peradaban Mesir purba dan tamadun
lain sepanjang sejarah telah dipelopori oleh golongan yang mempunyai kewarasan
dan keinginan. Hari ini, kita kagum melihat banyak artifak yang berasal dari
tahun 3,000 BC, sementara para saintis dan pakar berdebat mengenai cara semua
ini dibina. Tetapi yang pentingnya ialah peradaban 5,000 tahun lalu, yang
kesannya masih dapat dilihat pada hari ini, amat jelas telah dibina dengan
pengalaman dan pengetahuan mendalam yang berusia lebih ribuan tahun. Dalam erti
kata lain, asal-usul peradaban purba ini bahkan berusia lebih tua. Ini bermakna
bahawa sejak dari zaman paling awal lagi, tiada manusia primitif separa beruk yang
ketiadaan upaya bertutur, dan hidup bergantung semata-mata pada perburuan,
seperti yang didakwa oleh penganjur sejarah evolusi. Sejak pertama kali
diciptakan, manusia telah menikmati sifat dan karakter yang sama seperti
kebijaksanaan, konsep kecantikan, kefahaman, kesedaran dan nilai-nilai moral,
seperti mana manusia hari ini.
Tamadun Sumeria
Dalam usaha menggambarkan apa yang
kononnya ‘perjalanan evolusi’ sejarah manusia, saintis-saintis yang menyokong
teori Darwin ternyata tidak bermaya dalam satu lagi subjek: Minda, yang
dengannya manusia telah membina banyak universiti, hospital, kilang dan negeri,
menggubah muzik, menganjurkan Sukan Olimpik dan menjelajah ke angkasa – pendek
kata, antara ciri paling penting yang membuatkan seseorang itu manusia. Evolusionis
berpendapat bahawa minda manusia mendapat keupayaannya dengan berkembang
selepas manusia mencapah daripada beruk, makhluk yang kononnya paling dekat dengan
kita. Mereka menyifatkan lompatan dalam evolusi minda kepada perubahan rawak
berlaku di dalam otak, dan kepada kesan pembaikan kemahiran membuat peralatan.
Anda akan kerap menemui dakwaan sebegini dalam dokumentari televisyen serta
artikel dalam majalah dan surat khabar, menceritakan kisah tentang manusia
beruk yang pada mulanya belajar untuk membuat pisau daripada batu, kemudian
membuat lembing. Tetapi propaganda ini tidak benar. Walaupun cuba untuk
menggambarkan senario ini sebagai saintifik, mereka sebenarnya hanya
berdasarkan kepada pra-andaian penyokong teori Darwin dan langsung tidak
saintifik. Persoalan paling penting ialah minda manusia tidak dapat disimpulkan
sebagai materi. Dengan mendokumentasi ketidaksahan materialisme, fakta ini
sendiri telah membatalkan sepenuhnya dakwaan evolusi minda.
Evolusionis berkeras yang otak muncul
menerusi evolusi, tetapi mereka tiada sebarang pengalaman tentang kebijaksanaan
di peringkat primitif, tidak juga dalam menyalin keadaan yang kononnya
mengalami proses evolusi. Walaupun beliau seorang evolusionis, Henry Gee,
editor majalah Nature yang terkenal dengan kandungan evolusionisnya, secara
terbuka mengaku sifat tidak saintifik dakwaan tersebut: Sebagai contoh, evolusi
manusia dikatakan telah dipengaruhi oleh perkembangan gerak tubuh, saiz otak,
dan koordinasi antara tangan dan mata, yang membawa kepada pencapaian teknologi
seperti api, pengeluaran perkakasan, dan penggunaan bahasa. Tetapi senario
sebegitu adalah subjektif. Ianya tidak akan pernah dapat diuji dengan
eksperimen, maka ianya tidak saintifik. Mereka menyandar dakwaan tersebut bukan
pada ujian saintifik, tetapi pada andaian dan kewibawaan persembahan mereka
semata-mata.
Selain daripada tidak saintifik,
keadaan sebegitu secara logiknya juga tidak sah. Evolusionis tetap percaya
bahawa keupayaan untuk mengguna peralatan wujud dan berkembang hasil daripada daya
intelek yang kononnya berkembang menerusi evolusi. Tetapi pembangunan
sedemikian akan ada hanya selepas kehadiran daya kepintaran manusia. Menurut
dakwaan ini, persoalan sama ada teknologi atau minda yang mula-mula muncul
menerusi evolusi kekal belum terjawab. Phillip Johnson, antara pengkritik
Darwinisme yang paling efektif, menulis tentang ini seperti berikut: Setiap
teori yang terhasil dari minda tidak akan pernah dapat menjelaskan tentang
minda yang mengeluarkan teori tersebut. Kisah pemikiran saintifik hebat yang
menemui kebenaran mutlak hanya akan dianggap memuaskan selagi kita menerima
minda itu sendiri sebagai satu pemberian. Andai kita cuba menyatakan minda
sebagai hasil daripada penemuan minda sendiri, kita akan berada dalam kotak
kaca yang tiada jalan keluar. Fakta yang para Darwinis tidak mampu menjelaskan
minda mereka sendiri membuktikan bahawa dakwaan yang mereka buat tentang
sejarah budaya dan sosial manusia juga tidak sah. Malahan, semua fakta dan
penemuan yang kita bincangkan setakat ini membuatkan dakwaan pengikut Darwin
tentang ‘evolusi sejarah’ langsung tidak bermakna.
Bertentangan dengan pandangan mereka,
sejarah menusia penuh dengan bukti yang menunjukkan manusia purbakala memiliki
teknologi dan tamadun jauh lebih canggih daripada yang pernah dibayangkan.
Antara tamadun tersebut ialah tamadun masyarakat Sumeria. Artifak yang mereka
tinggalkan merupakan sebahagian bukti peningkatan ilmu yang dipunyai manusia ribuan
tahun dahulu.
Masyarakat Sumeria: Tamadun Yang Maju
Mesopotamia dalam bahasa Greek bermaksud ‘di
antara dua sungai’. Wilayah ini merupakan antara tanah paling subur di dunia
sehingga menjadikannya sumber peradaban yang hebat. Satu kumpulan masyarakat
yang muncul dari selatan wilayah ini – dari kawasan yang kini dikenali sebagai
Kuwait dan utara Arab Saudi – menuturkan bahasa yang berbeza daripada komuniti
lain, tinggal di bandar-bandar, dikuasai sistem pemerintahan beraja berpandukan
struktur yang sah, serta mengguna tulisan. Mereka ini adalah masyarakat Sumeria
yang berkembang pantas dengan mengasas banyak Negara kota yang hebat sejak
tahun 3,000 BC, dan melahirkan sejumlah besar penduduk di bawah gelombang
kebangkitan mereka. Selepas beberapa ketika, masyarakat Sumeria ditumpaskan dan
lenyap di bawah penindasan masyarakat Akkadia. Walau bagaimanapun, dengan
menerima budaya, agama, seni, kanun, struktur negara dan kesusasteraan
masyarakat Sumeria, golongan Akkadia membolehkan peradaban kekal terpelihara di
Mesopotamia.
Di zaman mereka, masyarakat Sumeria
telah membuat pembangunan penting dalam semua bidang, dari teknologi ke seni
dan dari perundangan ke kesusasteraan. Mereka mempunyai perdagangan yang
berkembang baik serta ekonomi yang kukuh. Kerja gangsa, kenderaan beroda, kapal
pelayaran, arca dan struktur monumen merupakan antara bukti kemajuan pantas
mereka yang masih kekal hingga ke hari ini. Aktiviti menenun dan mewarna kain
yang diperbuat daripada kulit biri-biri – antara komoditi eksport penting untuk
bandar-bandar Mesopotamia – boleh dianggap sebagai satu daripada seni mereka. Mereka
juga memiliki struktur sosial yang tersusun. Negeri mereka menggunakan sistem beraja
di mana pendeta-raja sama-sama memerintah bergandingan dengan bantuan beberapa pegawai.
Selepas musim menuai, mereka akan berkongsi hasil dengan penduduk setempat,
serta melawat dan memeriksa lapangan. Birokrasi membentuk asas sistem
pentadbiran masyarakat Sumeria. Pendeta akan bertanggungjawab terhadap penduduk
di kawasan masing-masing dan memastikan makanan diagih secara adil, terutamanya
di bandar-bandar besar. Tugas-tugas yang dilakukan oleh para pendeta direkod
dan diarkibkan. Dalam cabang sosial, artistik, saintifik dan ekonomi,
masyarakat Sumeria yang hidup lebih kurang 5,000 tahun sebelum kita, amat
bertentangan dengan andaian evolusionis kononnya manusia berkembang daripada
primitif kepada yang lebih maju.
Tamadun hebat yang dibina oleh masyarakat
Sumeria bukan saja terlalu maju sewaktu zamannya, bahkan jauh lebih ke hadapan
jika dibandingkan dengan banyak masyarakat moden hari ini. Peringkat pembangunan
budaya ini tidak dapat dijelaskan oleh pandangan evolusionis bahawa manusia
pada awalnya mengelak daripada sifat-sifat manusia beruk, termasuk berhubung
melalui dengusan, kemudian mula bersosial dan menternak haiwan, lalu belajar
tentang pertanian. Jelas bahawa manusia sepanjang sejarahnya memang manusia
sejak awal penciptaannya lagi, dilengkapi dengan kebijaksanaan, kemampuan dan
citarasa. Gambaran orang beruk duduk berhampiran api di dalam gua dan
menghabiskan masa harian dengan membuat peralatan batuan yang kasar,
sepertimana yang sering disogokkan evolusionis, hanyalah karut belaka dan
bertentangan dengan semua bukti sejarah, arkeologi dan saintifik.
Ilmu Sains Masyarakat Sumeria
Masyarakat Sumeria mempunyai sistem
angka mereka sendiri. Mereka mencipta sistem matematik berdasarkan nombor 60 (sexagesimal),
tidak seperti sistem perpuluhan yang kita gunakan hari ini. Sistem mereka masih
memainkan peranan penting pada hari ini, seperti kita ada 60 minit dalam sejam,
dan 60 saat dalam seminit, dan 360 darjah dalam satu bulatan penuh. Oleh sebab
ini, masyarakat Sumeria yang ilmu matematik mereka telah menemukan formula
geometri dan algebra terawal dianggap sebagai pengasas matematik moden. Tambahan
pula, masyarakat Sumeria mencapai tahap yang lebih baik dalam bidang astronomi,
serta pengiraan tentang tahun, bulan dan hari hampir serupa dengan kita hari
ini. Kalendar mereka yang mempunyai 12 bulan dalam setahun juga digunakan oleh
masyarakat Mesir purba, masyarakat Greek dan beberapa komuniti Semitik lainnya.
Berdasarkan kalendar ini, satahun terdiri daripada dua musim – musim panas dan sejuk.
Musim panas bermula pada ekuinoks musim bunga, manakala musim sejuk tiba pada
ekuinoks musim luruh. Masyarakat Sumeria juga mengkaji alam semesta dari menara
yang mereka gelar sebagai ‘ziggurat’. Mereka mampu meramal gerhana matahari dan
bulan seperti yang dapat dilihat dengan jelas dalam beberapa rekod. Dalam
mencatatkan penemuan astronomi, mereka membuat carta untuk sejumlah besar
koleksi bintang. Sebagai tambahan kepada Matahari dan Bulan, mereka juga
mengkaji dan memerhati pergerakan planet Merkuri, Venus, Marikh, Jupiter dan
Saturn. Pengiraan yang mereka hasilkan 5,000 tahun lalu kini telah disahkan
oleh imej yang dihantar semula ke Bumi oleh kapal angkasa.
Tidak syak lagi bahawa ini amat
berlawanan dengan dakwaan evolusi sejarah. Kita sedang melihat informasi yang
asalnya ditemui 5,000 tahun lalu, yang hanya baru-baru ini kita dapati semula
hasil bantuan teleskop gergasi, komputer canggih dan pelbagai teknologi. Oleh
sebab itu, saintis evolusionis seharusnya mengetepikan pra-andaian mereka dan
bertindak selari dengan fakta-fakta saintifik dan sejarah. Kebenaran ini
menunjukkan kesalahan idea yang disokong oleh Darwinis, bahawa peradaban
sentiasa berkembang dari keadaan primitif ke tahap yang lebih maju. Sejumlah
fahaman cuba menjadi asas untuk pandangan tentang sejarah manusia – yang
mengasas peradaban, menggubah muzik, menghasilkan karya seni, mendirikan
bangunan menarik, menjelajah angkasa dan membat penemuan saintifik dan teknolog
– dari sudut yang kononnya proses evolusi. Cara yang betul untuk saintis ialah
berlaku jujur terhadap semua fakta yang ditentukan oleh eksperimen, penemuan
dan pemerhatian, bukan mengikut fahaman.
Kanta Nimrud
Penemuan yang dibuat pada tahun 1850 oleh
seorang ahli arkeologi, Sir John Layard, telah menimbulkan persoalan tentang
siapakah sebenarnya yang pertama kali menggunakan kanta? Semasa dalam siri
penggalian di kawasan yang kini dikenali sebagai Iraq, Layard menemui sekeping
lensa yang berusia 3,000 tahun. Serpihan itu yang kini dipamerkan di Muzium
British membuktikan bahawa kanta pertama kali telah digunakan di zaman
masyarakat Assyria. Berdasarkan pendapat Profesor Giovanni Pettinato dari
Universiti Rom, kanta seperti batu Kristal itu adalah penemuan penting yang
dapat menyingkap sejarah sains – juga mampu menjelaskan mengapa masyarakat
Assyria purba mengetahui terlalu banyak tentang astronomi sehinggakan berjaya
menemui planet Saturn dan lingkaran yang mengelilinginya. Sehingga tahap mana
lensa ini dibangunkan? Jawapannya mungkin boleh diperdebatkan, tetapi amat
jelas bahawa tidak semua komuniti purba hidup serba kekurangan, seperti yang didakwa
oleh saintis evolusionis. Mereka memanfaatkan sains dan teknologi, membina
tamadun gemilang dan menjalani gaya hidup yang maju. Hanya sedikit informasi
tentang kehidupan seharian mereka yang ditinggalkan kepada kita hari ini,
tetapi secara praktikalnya kita tahu bahawa tiada satu pun masyarakat dulu kala
yang menempuhi evolusi.
Bateri Baghdad
Dalam tahun 1938, seorang ahli
arkeologi Jerman, Wilhelm König menemui satu objek seakan pasu yang kini
dikenali sebagai ‘Bateri Baghdad’. Tetapi bagaimana diketahui bahawa objek ini,
lebih kurang 2,000 tahun dulu, telah digunakan sebagai bateri? Sekiranya ia
benar-benar telah dijadikan bateri – sepertimana ditunjukkan oleh kajian yang
dijalankan – maka semua teori yang mengatakan bahawa peradaban sentiasa
berkembang dan masyarakat purba hidup serba kekurangan, akan hancur sepenuhnya.
Belanga tembikar yang diselaputi aspal dan bitumen ini mengandungi silinder
tembaga. Bahagian bawah silinder ini dilapisi cakera tembaga. Penutup aspal memegang
rod besi di tengahnya yang diunjurkan ke dalam silinder, tanpa ada sebarang tindakbalas.
Jika belanga ini diisi dengan elektrolit, hasilnya adalah satu bateri yang
menghasilkan elektrik. Fenomena ini dikenali sebagai tindakbalas elektrokimia,
dan tidak jauh bezanya dengan cara bateri hari ini berfungsi. Sewaktu ujikaji,
antara 1.5 dan 2 volt elektrik dijana oleh beberapa binaan semula yang
berdasarkan Bateri Baghdad. Ini mewujudkan satu persoalan penting: Apakah
kegunaan bateri 2,000 tahun dahulu? Oleh kerana bateri seperti itu wujud, maka
jelas bahawa pasti terdapat alat dan perkakas yang menggunakannya. Ini sekali
lagi membuktikan bahawa masyarakat yang hidup 2,000 tahun dahulu telah memiliki
teknologi yang lebih maju – dan sebagai tambahan, taraf kehidupan – berbanding dengan
apa yang dibayangkan sebelum ini.
Masyarakat Maya: Satu Lagi Tamadun Yang Membatalkan
Idea Evolusi Sejarah
Hampir semua penerbitan evolusionis mempunyai
satu persamaan: Semuanya menyediakan ruang yang besar kepada senario khayalan
tentang sebab sesetengah struktur biologi atau karekter hidupan yang mungkin
telah berubah. Faktor utamanya ialah semua cerita evolusionis digambarkan
sebagai fakta saintifik. Namun hakikatnya ialah kesemua dakwaan mereka tidak
lebih daripada sekadar cerita dongeng belaka. Evolusionis berusaha untuk
menjadikan senario rekaan mereka sebagai bukti saintifik. Tetapi keseluruhan
cerita rekaan mereka adalah pembohongan yang langsung tiada nilai saintifik dan
tidak akan pernah menyumbang bukti kepada dakwaan evolusionis sendiri. Satu
kisah yang sering ditemui dalam penulisan evolusionis ialah berkenaan makhluk
yang kononnya separa beruk bertukar menjadi manusia, dan secara beransur-ansur
berubah daripada orang primitif kepada entity sosial. Walaupun tanpa adanya
sebarang sokongan bukti saintifik, binaan semula manusia yang kononnya primitif
ini – yang dianggap berjalan bongkok, mendengus, berjalan bersama ‘keluarga
gua’ masing-masing atau memburu dengan alatan batuan yang kasar – merupakan
bahagian yang terkenal senario palsu ini. Binaan semula sedemikian menyebabkan
provokasi untuk membayang dan membenarkannya. Dengan cara ini, evolusionis
berusaha meyakinkan orang ramai bukan kepada asas fakta-fakta yang kukuh,
tetapi lebih kepada spekulasi yang fantastik kerana semuanya hanya berdasarkan
prejudis dan praandaian mereka sendiri dan bukan berpaut pada fakta-fakta
saintifik.
Walaupun sedar akan kesalahan dakwaannya,
evolusionis tidak ragu-ragu untuk meneruskan kesemua cerita rekaan mereka dalam
penulisan profesional, apatah lagi mempersembahkannya sebagai kebenaran
saintifik. Senario sebegini yang kerap disuarakan oleh evolusionis membentuk andaian
untuk teori evolusi dan bukan bukti saintifik kerana tiada bukti yang
menunjukkan bahawa manusia berketurunan beruk. Mereka juga tidak mempunyai
bukti arkeologi dan sejarah yang membuktikan bahawa berubah daripada primitif
kepada keadaan yag lebih maju. Manusia sememangnya manusia sejak kewujudannya,
dan telah membina peradaban dan budaya yang pelbagai sepanjang sejarah.
Antaranya ialah tamadun Maya yang kesannya kini tetap menakjubkan. Sumber-sumber
sejarah ada merujuk kepada badan lampai dalam jubah putih yang dating kepada
komuniti yang hidup di wilayah ini. Menurut maklumat yang terkandung pada monument-monumen,
kepercayaan terhadap Keesaan Tuhan tersebar untuk seketika, dan kemajuan
dicapai dalam sains dan seni.
Penduduk Maya: Ahli Matematik Yang Pakar
Penduduk Maya menetap di Amerika Tengah
sekitar tahun 1,000 BC pada satu jarak yang jauh daripada peradaban maju lain
seperti di Mesir, Greek dan Mesopotamia. Ciri penduduk Maya yang paling penting
adalah kemajuan saintifik mereka dalam bidang astronomi dan matematik, serta
cara penulisan yang kompleks. Berbanding dengan dunia Barat pada masa itu,
pengetahuan mereka tentang masa, astronomi dan matematik berada ribuan tahun
lebih ke hadapan. Sebagai contoh, pengiraan mereka tentang putaran tahunan bumi
lebih tepat berbanding yang lain sebelum adanya komputer. Penduduk Maya telah
mengguna konsep sifar ribuan tahun lebih awal sebelum diketahui oleh ahli-ahli
matematik Barat, serta mengguna angka dan simbol yang jauh lebih maju daripada
komuniti yang lain.
Kalendar Masyarakat Maya
Haab, kalendar umum yang digunakan oleh
penduduk Maya, mengandungi 365 hari, merupakan satu produk hasil kemajuan
peradaban mereka. Sebenarnya, mereka sedar bahawa
jangka
masa setahun adalah lama sedikit berbanding 365 hari; anggaran mereka ialah 365.242036
hari. Dalam kalendar Gregorian yang digunakan sekarang, setahun mempunyai
365.2425 hari. Seperti mana yang dapat dilihat, hanya terdapat perbezaan kecil
di antara edua angka – satu lagi bukti kepakaran masyarakat Maya dalam bidang
matematik dan astronomi.
Ilmu Astronomi Penduduk Maya
Tiga buah buku masyarakat Maya yang kita ada
pada hari ini dikenali sebagai Maya Codices dan mengandungi maklumat penting
berkaitan kehidupan dan pengetahuan astronomi mereka. Daripada ketiganya –
Madrid Codex, Paris Codex dan Dresden Codex – yang terakhir merupakan buku
penting yang menunjukkan pengetahuan astronomi mendalam mereka. Mereka juga
memiliki sistem penulisan yang amat kompleks, yang hanya kurang daripada 30%
telah ditafsir. Namun ini sudah mencukupi untuk membuktikan kemajuan sains yang
mereka miliki. Sebagai contoh, halaman 11 Dresden Codex mengandungi informasi
tentang planet Venus. Penduduk Maya telah mengira tahun Venus yang mempunyai
583.92 hari, dan membundarkannya kepada 584 hari. Sebagai tambahan, mereka juga
menghasilkan lukisan kitaran planet itu sejak ribuan tahun. Dua halaman lain
pula mengandungi maklumat tentang planet Marikh, empat lagi berkenaan planet
Jupiter dan satelitnya, dan lapan halaman tentang bulan, Merkuri dan Saturn, menjelaskan
pengiraan sukar tentang orbit-orbit planet di sekeliling matahari, hubungan di
antara mereka, dan kaitannya dengan bumi.
Ketepatan ilmu astronomi masyarakat Maya telah
membolehkan mereka untuk menentukan bahawa satu hari perlu ditolak dari orbit
Venus setiap 6,000 tahun. Bagaimanakah mereka mendapat maklumat sedemikian? Ini
masih lagi diperdebat di kalangan ahli astronomi, ahli arkeologi dan ahli kaji
sifat fizikal bintang dan planet. Hari ini, pengiraan kompleks sebegitu dibuat
dengan bantuan teknologi komputer. Saintis-saintis mempelajari ruang angkasa
dari di dalam balai cerap yang dilengkapi dengan segala macam perkakasan
elekrik dan teknikal. Namun, masyarakat Maya telah mendapat ilmu mereka 2,000
tahun sebelum teknologi terkini dicipta. Ini sekali lagi menolak dakwaan bahawa
masyarakat sentiasa berkembang daripada primitif kepada keadaan lebih maju.
Ramai penduduk masa lampau memiliki kemajuan peradaban seperti masyarakat hari
ini, bahkan kadang-kala lebih baik. Kebanyakan komuniti hari ini belum lagi mencapai
tahap yang dipunyai oleh masyarakat terdahulu. Pendek kata, peradaban
kadang-kadang bergerak ke hadapan dan ke belakang pada masa yang lain, serta
peradaban maju dan mundur kadang-kala wujud serentak.
Rangkaian Jalanan Di Bandar Purba Tikal
Tikal, antara bandar tertua masyarakat Maya
yang ditemui pada kurun ke-8. Penggalian arkeologi dalam bandar yang terletak
dalam hutan liar itu telah menemui beberapa rumah, istana, piramid, kuil dan
kawasan perhimpunan. Kesemua kawasan ini dihubungkan oleh jalan. Imej radar telah
menunjukkan bahawa selain sistem perparitan yang lengkap, bandar itu juga
mempunyai sistem pengairan yang sempurna. Tikal tidak terletak berdekatan
dengan sungai atau tasik, dan didapati bahawa bandar itu memanfaatkan lebih
kurang sepuluh takungan air. Lima jalan utama dari Tikal menuju ke dalam hutan.
Ahli arkeologi menggambarkannya sebagai jalan upacara. Gambaran dari udara
mendapati bandar-bandar masyarakat Maya dihubungkan antara satu sama lain melalui
rangkaian jalan yang besar yang keseluruhannya mempunyai kepanjangan lebih
kurang 300 kilometer (190 batu) dan menunjukkan kejuruteraan yang terperinci.
Kesemua jalanan dibuat daripada pecahan batuan dan dilitupi dengan lapisan
tebal berwarna cerah. Jalanan ini lurus seolah-olah disusun atur dengan
pembaris, dan persoalan penting belum terjawab tentang cara masyarakat Maya
menentukan arah semasa pembinaan jalan serta perkakasan dan peralatan yang
telah digunakan. Mentaliti evolusionis gagal memberi jawapan yang rasional dan
logik. Oleh kerana kita membincangkan tentang keajaiban kejuruteraan yang mempunyai
panjang ratusan kilometer, amat jelas sekali bahawa kesemua jalan ini merupakan
hasil daripada pengiraan dan tindakan terperinci serta penggunaan bahan dan
peralatan yang sesuai.
Roda Bergigi Digunakan Oleh Penduduk Maya
Kajian di kawasan-kawasan yang telah didiami
penduduk Maya membuktikan bahawa mereka mengguna alatan yang mempunyai roda
gear. Gambar di halaman berikut yang dirakam dari bandar utama penduduk Maya di
Copen adalah antara buktinya. Masyarakat yang menggunakan teknologi roda
bergerigi pastinya memiliki ilmu kejuruteraan mekanikal. Adalah mustahil untuk
seseorang yang tidak mempunyai pengetahuan ini menghasilkan mekanisme roda
gear. Misalannya, jika anda disuruh untuk membuat mekanisme sama seperti yang
ditunjukkan gambar tersebut, tentu saja anda tidak mampu menghasilkannya tanpa
latihan bersesuaian, apatah lagi untuk memastikan mekanisme itu berfungsi
dengan baik. Kemampuan masyarakat Maya untuk melakukannya merupakan petanda
penting yang menunjukkan tahap pengetahuan mereka, dan membuktikan mereka yang
hidup di masa lalu tidak ‘mundur’ seperti mana dakwaan evolusionis. Contoh-contoh
tersebut sehingga kini merupakan sebahagian bukti kemajuan peradaban yang
dicapai oleh penduduk zaman lampau. Ini membawa kita kepada satu kebenaran yang
amat nyata: Dakwaan evolusionis sejak dulu bahawa masyarakat dulu kala hidup
serba ringkas, terkebelakang, kehidupan primitif, ternyata salah. Masyarakat dengan
tahap ketamadunan yang berbeza dan berlainan budaya telah wujud dalam semua
zaman; namun tiada yang berubah dari yang lainnya. Fakta bahawa beberapa
peradaban yang mundur wujud 1,000 tahun lalu tidak bererti sejarah mengalami
evolusi, atau masyarakat berkembang daripada primitif kepada tamadun lebih maju.
Ini kerana di samping kewujudan komuniti yang mundur, terdapat juga masyarakat
yang maju yang membuat perkembangan besar dalam bidang sains dan teknologi
serta membina tamadun yang gemilang. Memang benar bahawa interaksi budaya dan
peningkatan pengetahuan diperturun kepada setiap generasi baru juga memainkan
peranan penting dalam perkembangan masyarakat. Tetapi ini bukan evolusi.
Dalam memetik contoh komuniti yang hidup di
masa lalu, Al-Quran memberitahu kita bahawa sebahagian mereka sebenarnya telah
membina budaya yang tinggi:
Tidakkah mereka
telah berjalan dan mengembara di muka bumi, dengan itu tidakkah mereka
memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang
itu adalah orang-orang yang lebih dari mereka tentang kekuatan tenaga dan tentang
kesan-kesan usaha pembangunan di muka bumi. Maka sekalipun demikian, Allah binasakan
mereka dengan sebab dosa-dosa mereka dan tiadalah bagi mereka sesiapapun yang
dapat menyelamatkan mereka dari azab Allah. (Surah al-Mu’min, ayat 21)
Selain dari itu,
tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, dengan itu tidakkah
mereka memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka
(yang telah dibinasakan dengan sebab dosa-dosanya)? Orang-orang itu lebih ramai
dari mereka dan lebih dari mereka tentang kekuatan tenaga dan tentang kesan-kesan
usaha pembangunan di muka bumi. Dalam pada itu, apa yang telah diusahakan oleh
orang-orang itu, tidak dapat menolongnya sedikitpun. (Surah al-Mu’min, ayat 82)
Maka bukan
sedikit negeri-negeri yang Kami binasakan dengan sebab kezaliman penduduknya,
lalu runtuh ranaplah bangunan-bangunannya dan bukan sedikit pula telaga yang
telah terbiar dan istana yang tersergam (telah kosong, ditinggalkan). (Surah
al-Hajj, ayat 45)
Kenyataan-kenyataan yang terdapat dalam
Al-Quran ini disokong oleh penemuan arkeologi. Apabila jumpaan arkeologi dan
tapak petempatan masyarakat lampau dikaji, akan didapati bahawa kebanyakan
mereka telah menikmati tahap kehidupan yang lebih baik daripada komuniti moden,
dan juga membuat banyak kemajuan dalam bidang teknologi kejuruteraan,
astronomi, matematik dan perubatan. Ini sekali lagi membatalkan mitos para
penyokong Darwinisme berkaitan evolusi sejarah dan manusia.
Kebuntuan Evolusi Bahasa
Dalam menceritakan mitos evolusi sejarah
manusia, evolusionis menghadapi beberapa cabaran besar. Pertamanya ialah
bagaimana kesedaran manusia muncul? Satu lagi berkaitan dengan asal-usul
pertuturan – satu karakter yang membezakan manusia dengan semua makhluk hidupan
lain. Apabila bercakap menggunakan bahasa, kita dapat mengasah pemikiran dan mengungkapnya
dengan cara yang boleh difahami oleh pihak yang satu lagi. Walaupun ini memerlukan
pergerakan otot tertentu di bibir, kerongkong dan lidah, kita jarang menyedari perkara
ini. Kita hanya sekadar ‘mahu’ bercakap. Bunyi, suku kata dan perkataan
terwujud menerusi pengecutan dan pengenduran harmoni lebih kurang 100 otot
berbeza, dan ayat-ayat yang difahami terbentuk daripada urutan bersesuaian
elemen tatabahasa seperti subjek, objek dan kata ganti nama. Hakikat bahawa
kita tidak berbuat apa-apa selain ‘keinginan’ untuk mengguna kebolehan
tersebut, berdasarkan rantaian kompleks sebegitu, jelas menunjukkan bahawa
pertuturan bukan sekadar kemampuan yang muncul daripada struktur biologi
penting. Keupayaan manusia untuk bertutur adalah fenomena kompleks yang tidak
dapat dijelaskan dari sudut keperluan imaginasi atau mekanisme proses evolusi.
Walaupun dengan kajian yang panjang, evolusionis tetap tidak dapat membuktikan
bahawa keupayaan kompleks seperti bercakap berkembang dari bunyi ringkas yang
seakan bunyi haiwan. David Premack dari Universiti Pennsylvania membuat
kegagalan ini lebih jelas apabila berkata, “Bahasa manusia adalah keaiban untuk
teori evolusi …”
Seorang pakar bahasa terkenal, Derek
Bickerton, menyimpulkan sebab-sebab ‘keaiban’ tersebut: Mampukah bahasa datang
secara langsung dari beberapa sifat pra-manusia? Tidak. Adakah ia menyerupai
bentuk komunikasi haiwan? Tidak … tiada beruk, walaupun dengan latihan bersungguh-sungguh,
sintaks paling asas juga belum mampu diperoleh … bagaimana perkataan muncul,
bagaimana sintaks timbul. Tetapi kesemua masalah ini terdapat di tengah-tengah
evolusi bahasa.
Semua bahasa di dunia adalah kompleks, bahkan
evolusionis sendiri tidak mampu membayangkan bagaimana kerumitan ini dimiliki
secara beransur-ansur. Menurut ahli biologi evolusionis, Richard Dawkins, semua
bahasa – termasuk bahasa sukuan yang dianggap paling primitif – adalah amat
kompleks: Contoh saya yang paling jelas ialah bahasa. Tiada seorang pun yang
tahu bagaimana ia bermula … Punca semantik juga kabur; tentang kata dan makna
masing-masing … semua ribuan bahasa di dunia amat rumit. Saya bersifat berat
sebelah sewaktu memikirkan bahawa ia wujud secara beransur-ansur, tetapi kurang
jelas ia berlaku begitu. Sesetengah orang menganggap ia muncul secara
tiba-tiba, lebih kurang dicipta oleh satu kepintaran luar biasa di tempat
tertentu pada masa tertentu.
Dua orang pengkaji otak aliran evolusionis,
W.K. Williams dan J. Wakefield dari Universiti Negeri Arizona, memberi komentar
ini: Walaupun tidak mempunyai bukti untuk peringkat peralihan dalam evolusi
linguistik, alternatifnya sukar untuk diterima. Jika beberapa karakter spesis
tertentu tidak berubah dengan cara beransur-ansur, maka hanya ada dua cara
untuk menjelaskan kemunculannya. Sama ada ia telah dicipta oleh satu kuasa yang
masih tidak diketahui, mungkin menerusi campur tangan Tuhan, atau ia merupakan
hasil perubahan mendadak dalam perkembangan spesis, mungkin seperti mutasi spontan
dan berleluasa … tetapi kebetulan seperti ketidaksengajaan mutasi membuat
penjelasan itu kurang dipercayai. Sepertimana yang telah dijelaskan (Pinker and
Bloom, 1990), peluang untuk mutasi menghasilkan sistem kompleks yang sesuai
dengan peranannya sepertimana bahasa adalah amat meragukan.
Seorang profesor linguistik, Noam Chomsky
mengulas kerumitan kebolehan bertutur: Setakat ini, saya belum mengatakan
apa-apa tentang penghasilan bahasa. Ini kerana hanya terdapat sedikit yang
boleh diperkatakan. Selain daripada aspek sempadan, ia tetap satu misteri.Pada
sesiapa yang tidak terperangkap dalam pra-andaian evolusionis, punca keupayaan bertutur
amat jelas. Kebolehan ini dikurniakan kepada manusia oleh Allah. Allah
mengilhamkan pertuturan kepada manusia
dan membolehkan mereka bercakap, seperti yang dinyatakan pada satu ayat dalam
Al-Quran:
Dan (setelah
berlaku yang demikian), berkatalah mereka kepada kulit-kulit badan mereka:
Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami? Kulit-kulit badan mereka menjawab:
Allah yang berkuasa menjadikan tiap-tiap sesuatu pandai berkata-kata, telah menjadikan
kami dapat berkata-kata dan Dialah yang menciptakan kamu pada mulanya dan
kepadaNyalah kamu dikembalikan (untuk menerima balasan). (Surah Fussilat, ayat
21)
Sebagaimana evolusionis gagal menjelaskan
kerumitan struktur biologi yang membolehkan upaya bertutur, mereka juga gagal
menyatakan punca kesedaran yang memungkinkan adanya bahasa. Kesedaran manusia
dan kerumitan bahasa menunjukkan bahawa bahasa dicipta oleh kuasa Allah yang
Maha Bijaksana.
AGAMA YANG HAK TELAH WUJUD SEJAK PERMULAAN
SEJARAH
Satu lagi kesilapan penganjur pembohongan
perkembangan sejarah dan masyarakat adalah dakwaan bahawa agama yang menjadi
nilai tertinggi masyarakat juga turut berubah. Dakwaan ini dikemukakan pada
kurun ke-19 dan amat disokong oleh materialis dan ateis. Tetapi tiada penemuan
arkeologi untuk membuktikannya dan ia kekal sebagai spekulasi. Mereka juga
tidak mempunyai bukti sokongan bahawa manusia purbakala mengamal agama puak
primitif dan menyembah banyak , dan bahawa agama hak yang diturunkan untuk
semua manusia sejak zaman Nabi Adam (as) dan berdasarkan kesatuan Ilahi hanya
wujud kemudiannya. Sesetengah evolusionis cuba menggambarkan dakwaan ini
sebagai fakta sejarah, tetapi mereka silap besar. Sebagaimana teori Darwin
tentang evolusi biologi adalah penipuan, begitu juga dengan teori evolusi agama
yang muncul hasil pegaruh teori Darwin.
Bagaimana Kesalahan ‘Evolusi Agama’ Berlaku?
Sekitar satu setengah abad yang lalu apabila
buku Origin of Species Darwin masih lagi dalam edisi pertamanya, idea evolusi
mendapat sokongan hebat dari kalangan materialis dan ateis. Beberapa orang
pemikir di zaman itu menganggap bahawa setiap kejadian dalam sejarah manusia dapat
dijelaskan melalui evolusi dengan menyatakan bahawa setiap sesuatu bermula
daripada asas, peringkat primitif dan berkembang menjadi lebih sempurna. Kesilapan
ini berlaku dalam banyak bidang. Dalam ekonomi contohnya, Marxisme mendakwa
bahawa perkembangan sedemikian sememangnya telah dijangka dan setiap orang akhirnya
akan memeluk fahaman komunisme. Pengalaman telah membuktikan bahawa ini hanyalah
impian dan pendapat Marxisme langsung tidak mencerminkan kebenaran. Dalam
cabang psikologi pula, Sigmund Freud menyatakan bahawa manusia adalah sepsis yang
amat berkembang, tetapi tindakan mereka secara psikologinya masih dipengaruhi
oleh sebabsebab yang sama dengan apa yang berlaku pada moyang primitifnya.
Kesalahan besar ini telah ditolak secara saintifik melalui kajian psikologi,
sekaligus membuktikan bahawa pandangan asas Freudianisme tiada asas saintifik.
Arena sosiologi, antropologi dan sejarah juga
telah dijangkiti oleh teori evolusi, tetapi pengetahuan yang diperoleh daripada
penemuan kurun terbaru telah menunjukkan bahawa pengaruh ini langsung tidak
produktif. Persamaan ciri yang dipunyai oleh semua teori evolusi ialah
penentangan mereka terhadap sebarang kepercayaan terhadap Allah. Inilah akar
fahaman di sebalik idea salah evolusi agama. Menurut pandangan salah Herbert
Spencer, antara orang kuat penganjur pembohongan ini, manusia purbakala tiada
agama. Agama pertama kononnya bermula dengan penyembahan terhadap mayat. Ahli
antropologi lainnya yang menyokong penipuan evolusi agama menyatakan pandangan yang
berbeza-beza. Ada yang percaya bahawa agama bersumberkan animisme (kepercayaan kepada
makhluk halus dan roh); ada juga berpendapat bahawa agama muncul daripada
totemisme (menyembah lambang seseorang, kumpulan atau objek). Seorang lagi ahli
antropologi, E.B. Taylor, percaya bahawa agama berkembang daripada animisme
kepada manisme (menyembah nenek moyang), politeisme (percaya kepada banyak
tuhan) dan berakhir dengan monoteisme (percaya kepada Keesaan). Teori ini
dimulakan oleh ahli antropologi berfahaman ateis pada kurun ke-19 dan sejak itu
telah diperjuang dan diterbitkan dalam pelbagai senario. Tetapi ia tidak lebih
daripada satu pembohongan. Jumpaan arkeologi dan sejarah bertentangan dengan
pandangan yang dikemukakan oleh saintis tersebut, iaitu agama monoteisme sejak
awal lagi telah diwahyukan Ilahi kepada manusia menerusi nabi dan rasul-Nya.
Tetapi pada masa yang sama, penyelewengan dan kepercayaan karut telah muncul
seiring dengan agama sebenar.
Sebagaimana manusia hari ini percaya kepada
Tuhan yang Satu dan hidup mengikut ajaran-Nya, begitu juga dengan mereka yang secara
salah menyembah berhala kayu dan batu, atau syaitan, atau moyang mereka dan
juga pelbagai semangat, binatang, Matahari, Bulan dan bintang-bintang.
Kebanyakan masyarakat ini tidak mundur, sebaliknya hidup dalam keadaan serba
maju. Sepanjang sejarah, terdapat juga mereka yang mengingkari ajaran agama hak
yang diwahyukan Allah dan cuba menghapuskan nilai-nilai moralnya. Al-Quran
memberitahu kita tentang sesetengah manusia yang mahu mencampur kepercayaan dan
amalan karut dan agama sebenar yang diperturunkan lalu akhirnya mengubah dan
memusnahkannya:
Kecelakaan besar
bagi orang-orang yang menulis Kitab Taurat dengan tangan mereka (lalu mengubah
Kalam Allah dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata: "Ini
ialah dari sisi Allah", supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli
keuntungan dunia yang sedikit. Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa
yang ditulis oleh tangan mereka dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang
mereka usahakan itu. (Surah al-Baqarah, ayat 79)
Inilah sebabnya sebahagian orang yang percaya
kepada kewujudan dan Keesaan Allah dan patuh kepada ajaran-Nya akhirnya
meninggalkan agama sebenar. Maka terhasillah kepercayaan dan amalan yang menyimpang.
Dengan kata lain, tidak sepertimana yang dinyatakan oleh sesetengah orang,
evolusi agama tidak pernah berlaku; tetapi agama hak pada waktu-waktu tertentu telah
diseleweng hasil daripada kemunculan kepercayaan karut.
Penyelewengan Agama Yang Benar
Di abad ke-20, kajian penting telah dijalankan
berkenaan dengan asal-susul agama, syukur kini telah dietahui bahawa tiada
nilai saintifik dalam dakwaan tentang evolusi agama, dan pandangan tersebut
sekadar khayalan belaka. Kajian ke atas agama-agama di dunia oleh ahli antropologi
terkemuka seperti Andrew Lang dan Wilhelm Schmidt membuktikan yang agama tidak
pernah berubah; sebaliknya telah diseleweng dari semasa ke semasa. Keputusan
kajian Schmidt telah diterbitkan secara terperinci dalam majalah berkala, Anthropos.
Hasil kajian yang dijalankan antara tahun 1900-1935 menunjukkan bahawa
pandangan tentang perubahan agama adalah tidak benar sama sekali, dan
menyebabkab ramai ahli antropologi mengabaikan pendapat-pendapat evolusi
mereka. Walau pun dengan adanya semua fakta saintifik dan sejarah, sesetengah
ateis yang radikal tetap mempertahankan pandangan rapuh ini.
Penemuan Arkeologi Dari Mesir Dan Mesopotamia
Wilayah Mesopotamia yang terletak tidak jauh
dari peradaban masyarakat Mesir purba juga dikenali sebagai ‘sumber peradaban’.
Kebanyakan maklumat penting yang ditemui hasil kajian arkeologi di kawasan ini
lahir dari penemuan berkenaan kepercayaan agama masyarakat Sumeria. Beberapa
prasasti menceritakan tentang aktiviti sejumlah besar dewa. Semakin banyak informasi
diperoleh dan penyelidik menemui kaedah lebih baik untuk mentafsir data,
beberapa maklumat tentang kepercayaan agama masyarakat ini juga mula ditemui.
Perkara yang paling menarik ialah lebih daripada sejumlah dewa yang mereka
percayai, mereka juga sebenarnya percaya kepada Tuhan yang Satu. Bukti sejarah menunjukkan
bahawa agama hak sentiasa wujud. Halaman berikutnya akan mengkaji peradaban Sumeria,
Mesir, India dan Eropah serta tamadun Aztek, Inca, Maya untuk membuktikan
bahawa mereka semua menyembah Tuhan yang Satu dan agama yang benar disampaikan
kepada mereka melalui pesuruh-Nya. Stephen Langdon dari Universiti Oxford
adalah penyelidik pertama yang mendapati bahawa politeisme pada asalnya
mempunyai monoteisme. Pada tahun 1931, beliau memaklumkan hasil kajiannya
kepada dunia saintifik dengan menyatakan bahawa ia di luar jangkaan dan sangat
berlawanan dengan pemahaman evolusionis sebelum ini. Langdon menjelaskan hasil
penemuannya sebagai berikut: ... sejarah peradaban manusia yang paling tua
adalah pengurangan yang pantas daripada monoteisme kepada politeisme melampau
dan kepercayaan terhadap semangat jahat yang berleluasa.
Lima tahun kemudian, Langdon menyatakan
perkara berikut dalam The Scotsman: Bukti itu dengan jelas merujuk kepada
monoteisme asli, saki-baki prasasti dan penulisan oleh masyarakat Semitik
purba juga menunjukkan … monoteisme, dan punca penyembahan berhala oleh
masyarakat Ibrani dan beberapa agama Semitik lain kini tertolak sepenuhnya.
Penggalian di Tell Asmar moden, tapak bandar masyarakat Sumeria yang bermula
sejak tahun 3,000 BC, menemui hasil yang amat berpadanan dengan pendapat
Langdon. Pengarah penggalian itu, Henry Frankfort, memberi laporan rasmi
berikut: Sebagai tambahan kepada hasil yang memberangsangkan, penggalian kita
juga telah membuktikan satu fakta baru yang mulai dari saat ini perlu diberi
perhatian oleh pelajar-pelajar yang mengkaji agama masyarakat Babylon. Kita
telah dapati untuk pertama kalinya bahawa unsur-unsur agama sempurna dalam
kedudukan sosialnya. Kita mempunyai sejumlah besar bukti logik, diperoleh
daripada jumlah yang hampir sama kuil dan rumah yang diduduki oleh mereka yang
menyembah di dalam kuil.
Maka kita dapati bahawa jumpaan yang mereka
kaji sendiri adalah tidak mungkin. Sebagai contoh, kami menemui bahawa
perlambangan yang terdapat pada beberapa cap silinder, yang sering dikaitkan
dengan pelbagai , semuanya boleh disesuaikan ke dalam gambaran konsisten yang
mana tunggal yang disembah di kuil inilah yang membentuk asasnya. Jadi kelihatan
pada zaman awal ini, kepelbagaian aspeknya tidak dianggap sebagai dewa-dewa berbeza
di dalam kuil purba masyarakat Sumero-Akkadia.7 Jumpaan Frankfort
mendedahkan fakta-fakta penting tentang cara kemunculan sistem kepercayaan
karut dan politeisme. Teori evolusi agama berpendapat bahawa politeisme timbul apabila
manusia mula menyembah semangat jahat yang mewakili kuasa-kuasa alam. Tetapi
ianya tidak benar. Sepanjang perjalanan sejarah, manusia membangun pemahaman
berbeza terhadap sifat-sifat Tuhan yang Satu, lalu akhirnya membawa kepada
penyimpangan kepercayaan terhadap Keesaan Tuhan. Kepelbagaian sifat Tuhan
yang Satu ini bertukar menjadi beberapa fahaman lain.
Lama sebelum Langdon membuat terjemahan
batu-batu bersurat masyarakat Sumeria, seorang penyelidik bernama Friedrich
Delitzsch telah membuat penemuan yang sama. Beliau mendapati bahawa kesemua
dewa dalam sembahan masyarakat Babylon datang dari bermacammacam karakter
Marduk yang mereka sembah sebagai dewa pada masa itu. Kajian membuktikan bahawa
kepercayaan terhadap Marduk adalah hasil daripada merosotnya kepercayaan
terhadap satu Tuhan sebenar. Marduk adalah dewa yang mempunyai banyak nama. Dia
dipanggil Ninib atau ‘Yang PunyaKuasa’, Nergal atau ‘Tuhan Peperangan’, Bel
atau ‘Yang Punya Ketuhanan’, Nebo atau ‘Tuhan Para Nabi’, Sin atau ‘Cahaya
Kegelapan’, Shamash atau ‘Tuhan Yang Serba Adil’, dan Addu atau ‘Tuhan Hujan’.
Lama-kelamaan, sifat-sifat Marduk ini akhirnya diasing darinya dan dijadikan dewa-dewa
yang lain. Cara yang sama juga berlaku pada Tuhan Matahari dan Tuhan Bulan,
iaitu dewa palsu yang lahir daripada imaginasi manusia. Kepercayaan terhadap
Marduk, bersamaan dengan namanya yang lain, menunjukkan bahawa sistem
kepercayaan ini sebenarnya dikembangkan dari masa ke masa hasil penyimpangan
kepercayaan terhadap Tuhan yang Satu.
Kita juga dapat melihat kesan penyelewengan
yang sama dalam masyarakat Mesir purba. Ramai penyelidik telah menemui bahawa
masyarakat Mesir purba merupakan pengamal monoteisme pertama, tetapi kemudian
merombak sistem ini dan menukarkannya kepada Sabeisme, atau menyembah matahari.
M. de Rouge menulis: Adalah amat nyata bahawa bahagian yang luhur dari agama
masyarakat Mesir secara relatifnya bukan hasil terbaru proses perkembangan atau
penghapusan daripada yang lebih kotor. Bahagian luhur tersebut dibuktikan
purba; dan tahap terakhir agama masyarakat Mesir yang terkenal di kalangan
penulis Greek dan Latin, bukan ahli kitab atau Kristian, adalah yang paling
kotor dan rosak. Sir Flinders Petrie, seorang ahli antropologi mengatakan
bahawa kepercayaan karut dan politeisme timbul hasil daripada kerosakan
beransur-ansur kepercayaan kepada satu Tuhan. Tambahan pula, beliau berkata
bahawa proses kerosakan ini boleh dilihat dalam masyarakat hari ini seperti
juga masyarakat di masa lalu: Dalam agama dan teologi purba, terdapat
pengkelasan Tuhan yang berbeza-beza. Sesetengah bangsa seperti Hindu moden,
tenggelam dalam timbunan Tuhan dan dewa-dewa yang terusmenerus bertambah. Yang
lain … bukan menyembah Tuhan yang agung, tetapi sejumlah kepercayaan animisme,
syaitan. … Konsep ketuhanan berkembang daripada penyembahan roh-roh jahat
sebegitu kita akan dapati politeisme mendahului monoteisme … Apa yang kita
perolehi sebenarnya bertentangan, monoteisme ialah tahap terawal yang boleh
dikesan dalam teologi. … Apabila kita mengesan semula politeisme di peringkat
awalnya, kita dapati bahawa ia lahir daripada kombinasi monoteisme. …
Asal-usul Politeisme Tahyul di India
Walaupun tamadun India tidak setua peradaban
di Timur Tengah, ia merupakan antara tamadun tertua yang masih lagi hidup di
dunia. Dalam paganisme masyarakat India, jumlah dewa-dewa tidak terkira
banyaknya. Selepas satu kajian yang lama, Andrew Lang mendapati bahawa agama
yang menyembah banyak wujud di India hasil daripada proses sama yang berlaku di
Timur Tengah. Edward McCrady yang menulis tentang kepercayaan agama masyarakat
India, mendapati Rig Veda menunjukkan bahawa pada waktu dulu, dewa-dewa hanya
dianggap sebagai sebahagian jelmaan Tuhan yang pelbagai.78 Dalam gita puja Rig
Veda, kita dapat melihat kesan kehancuran agama yang memuja satu . Seorang lagi
pengkaji dalam bidang ini, Max Müller, bersetuju bahawa pada awalnya, wujud
kepercayaan kepada satu : Terdapat monoteisme yang mendahului politeisme Veda;
dan walaupun dalam pemujaan pelbagai , ingatan bahawa Tuhan itu Satu hadir
dalam seruan pemujaan, seperti langit biru dilindungi awan yang sedang berarak.
Maka, jelas bahawa evolusi agama tidak berlaku, sebaliknya manusialah yang
menokoktambah perkara-perkara tahyul ke dalam agama sebenar, atau menolak
sesetengah suruhan dan larangan – yang akhirnya menyebabkan penyelewengan terhadap
kepercayaan agama.
Pencemaran Agama Dalam Sejarah Eropah
Kita dapat melihat kesan pencemaran yang sama
dalam kepercayaan masyarakat-masyarakat Eropah di zaman silam. Axel W. Persson,
seorang penyelidik paganisme Greek purba telah menulis dalam bukunya yang
bertajuk The Religion of Greece in Prehistoric Times: … kemudian berkembang
sejumlah besar dewa yang kita temui dalam mitos agama masyarakat Greek. Pada
pandangan saya, variasi mereka yang bertambah dipengaruhi oleh pelbagai nama
sembahan yang berasal daripada satu dewa yang sama. Kesan pengubahan yang sama
juga boleh dilihat di Itali. Selepas mengkaji carta Iguvine yang ditemui dari
zaman Etruscan, seorang ahli arkeologi bernama Irene Rosenzweig menyimpulkan
bahawa “dewa-dewa dibezakan oleh sifat mereka, yang masing-masing kemudiannya
dikenali sebagai kuasa suci yang tersendiri.” Kesimpulannya, semua bukti
antropologi dan arkeologi kurun terakhir menunjukkan bahawa sepanjang sejarah,
masyarakat pada mulanya percaya terhadap Keesaan Tuhan tetapi mengubah kepercayaan
ini dari masa ke masa. Mula-mula, manusia percaya kepada Tuhan yang menciptakan
setiap yang ada daripada tiada, Tuhan yang melihat dan mengetahui segalanya dan
Tuhan kepada seluruh alam. Lama-kelamaan, nama-nama Tuhan disalah anggap
sebagai dewa-dewa yang berbeza, akhirnya manusia mula menyembah kesemua dewa
palsu ini. Agama yang benar ialah penyembahan terhadap Tuhan yang Satu. Fahaman
politeisme berkembang hasil daripada penyelewengan agama sebenar yang telah
diwahyukan Ilahi kepada manusia sejak zaman Nabi Adam (as) lagi.
Agama Hak Yang Diwahyukan Ilahi
Apabila kita melihat nilai-nilai budaya dan
agama masyarakat di pelbagai kawasan dunia, kita dapati mereka mempunyai
persamaan. Kesemua masyarakat ini mungkin tidak dapat berkongsi budaya, tetapi
mereka percaya terhadap makhluk seperti malaikat, syaitan dan jin yang hidup di
alam berbeza. Mereka percaya pada kehidupan selepas mati, bahawa manusia diciptakan
daripada tanah; dan penyembahan mereka mempunyai banyak elemen yang sama.
Misalannya, bahtera Nabi Nuh (as) tercatat dalam rekod masyarakat Sumeria,
agama bangsa Wales, dan di dalam beberapa inskripsi masyarakat Cina dan agama
masyarakat Lithuania purba. Ini cuma satu bukti bahawa satu dewa yang berkuasa
– iaitu Allah, Tuhan Seluruh Alam – telah mewahyukan moral-moral keagamaan. Di
seluruh dunia, budaya pernah disangka sebagai agama yang muncul dari tempat
agung yang sama, mendedahkan kewujudan dewa tunggal. Tuhan kita telah
menunjukkan Diri-Nya dalam setiap perjalanan sejarah melalui hamba-hamba yang dipilih
dan dimuliakan-Nya; dan melalui mereka Dia telah menurunkan agama terpilih
untuk manusia. Pada wahyu terakhir yang tercatat dalam Al-Quran, Allah
memberitahu bahawa "…tiaptiap umat (yang telah lalu) ada Nabinya
yang memimpin ke jalan yang benar." (Surah ar-Ra’d, ayat 7). Dalam
ayat lain kita diberitahu bahawa Dia mengutus pesuruh-Nya kepada semua bangsa manusia
untuk mengingatkan mereka:
Dan tiadalah Kami
membinasakan mana-mana negeri (yang telah dibinasakan itu), melainkan setelah
diutus kepadanya lebih dahulu, Rasul-rasul pemberi amaran. Memperingatkan
mereka dan Kami tidak sekali-kali berlaku zalim. (Surah asy-Syu’araa’, ayat
208-209)
Kesemua pesuruh ini sentiasa mengajak manusia
percaya kepada Keesaan Allah, menyembah hanya kepada-Nya, serta membuat
kebaikan dan menjauhi larangan-Nya. Manusia akan mendapat kesejahteraan melalui
ketaatan kepada para nabi dan rasul yang dipilih dan dirahmati Allah, dan patuh
kepada kitab suci yang ditinggalkan sebagai warisan. Rasul terakhir yang diutus
Allah sebagai rahmat untuk seluruh alam ialah Nabi Muhammad (saw); dan Al-Quran
sebagai kitab suci terakhir yang selamanya berada di bawah lindungan Allah
ialah panduan sebenar kemanusiaan.
KESIMPULAN
Hakikat Keabadian Masa Tidak Seharusnya
Diabaikan
Jumpaan sejarah dan arkeologi yang telah kita
bincangkan dalam buku ini membuktikan bahawa dakwaan penganjur teori Darwin
tentang evolusi sejarah dan manusia adalah kekarutan yang langsung tiada
pengesahan saintifik. Alasan untuk mereka bemati-matian menyokong pandangan itu
adalah disebabkan kegagalan materialisme. Seperti yang kita sedia maklum, golongan
materialis membuat kesilapan dengan menolak hakikat penciptaan; percaya bahawa materi
adalah satu-satunya entiti yang wujud selamanya dan akan terus kekal abadi.
Dengan kata lain, mereka telah mendewakan materi. (Allah tentunya lebih
daripada itu). Namun, sains hari ini telah mencapai titik pengesahan yang
membuktikan bahawa alam semesta telah wujud daripada tiada (ia telah
diciptakan), sekaligus menyanggah semua teori dan falsafah yang menyokong materialisme
dan andaian materialis. Sekalipun pendapat golongan materialis bertentangan
dengan bukti saintifik, namun mereka tidak boleh mengambil risiko menerima
materi sebagai satu ciptaan. Andainya mereka boleh lari daripada prejudis
dogmatik mereka barang sebentar, pasti mereka akan dapat melihat kebenaran dan
membebaskan diri mereka daripada cengkaman sihir materialisme. Untuk melakukan
ini, mereka hanya perlu meletakkan pendapat tradisional mereka ke satu sisi,
bersihkan diri mereka daripada ketaksuban ideologi dan punyai minda terbuka. Perkara
pertama yang harus mereka fikirkan ialah sifat semulajadi konsep masa, kerana golongan
materialis menganggap masa, seperti juga materi, adalah mutlak. Kepalsuan ini
telah menghalang ramai daripada mereka untuk melihat kebenaran. Sains moden
telah membuktikan bahawa masa merupakan terbitan materi. Seperti materi, masa
juga telah diciptakan daripada kosong. Ini bermakna masa mempunyai
permulaannya. Dalam kurun terbaru, masa juga telah didapati sebagai satu konsep
relatif; ia seperti mengubah persepsi dan bukan sesuatu yang stabil dan kekal,
sepertimana yang dipercayai oleh materialis selama berabad lamanya.
Sifat Semulajadi Konsep Masa
Apa yang kita sebut ‘masa’ sebenarnya adalah
cara yang mana kita membezakan satu momen dengan momen yang lain. Contohnya,
apabila seseorang mengetuk sesuatu objek, dia akan mendengar bunyi tertentu.
Jika dia mengetuk objek sama sekali lagi, dia akan mendengar satu lagi bunyi.
Percaya bahawa terdapat hentian di antara dua bunyi, dia memanggil jeda ini
sebagai ‘masa’. Tetapi sewaktu mendengar bunyi kedua, bunyi pertama tadi hanya
tinggal sebagai imaginasi dalam minda dan sekadar secebis informasi dalam
memorinya. Seseorang merumus persepsinya terhadap masa dengan membezakan momen
‘semasa’ dengan apa yang ada di dalam ingatannya. Tanpa membuat perbandingan
ini, dia juga tidak akan mempunyai persepsi tentang masa. Julian Barbour,
seorang ahli fizik popular mendefinisikan masa sebagai berikut: Masa tidak
lebih dari sekadar cara perubahan posisi sesuatu objek. Buah bandul jam berayun,
maka jarum-jarumnya akan bergerak. Secara ringkasnya, masa timbul hasil daripada
perbandingan maklumat yang tersimpan dalam otak. Sekiranya seseorang itu tiada
ingatan, otaknya tidak berupaya membuat tafsiran sebegitu, maka dia tidak akan
pernah membentuk sebarang persepsi masa. Seseorang menentukan dirinya telah
berumur 30 tahun hanya kerana dia mempunyai pertambahan maklumat berkaitan 30 tahun
itu. Andainya tiada memori, dia tidak dapat memikirkan sebarang jangka waktu
sebelumnya dan hanya mengalami ‘detik’ tunggal yang sedang dilalui.
Konsep ‘Masa Lalu’ Kita SekadarInformasi Dalam
Memori
Dek kerana cadangan yang diterima, kita fikir
kita hidup dalam bahagian masa berbeza yang digelar masa lalu, kini, dan akan
datang. Namun, satu-satunya sebab kita memiliki konsep ‘masa lalu’ (sepertimana
yang telah dijelaskan tadi) ialah pelbagai kejadian telah tersimpan dalam memori
kita. Misalannya, kita mengimbas semula saat diterima masuk ke dalam sekolah
rendah lalu melihatnya sebagai peristiwa masa lalu. Walau bagaimanapun,
peristiwa akan datang masih belum berada dalam ingatan kita. Maka kita
menganggap perkara yang belum diketahui ini sebagai kejadian yang akan dialami
di masa akan datang. Tetapi, sebagaimana masa lalu telah dilalui dari sudut
pandangan kita, begitu juga dengan masa akan datang. Namun, oleh kerana
kejadian tersebut belum disalurkan ke dalam memori, kita belum dapat
mengetahuinya. Sekiranya Allah memasukkan kejadian akan datang ke dalam memori,
maka bakal peristiwa itu akan menjadi masa lalu untuk kita. Misalannya,
seseorang yang berumur 30 tahun mengingati semula memori dan kejadian 30
tahunnya, maka dia akan menganggap telah hidup selama 30 tahun. Jika bakal
kejadian antara umur 30 dan 70 disalurkan ke dalam memorinya, maka untuk individu
30 tahun ini, 30 tahun dan masa depannya yang berada di antara 30 tahun dan 70
tahun akan menjadi masa lalu buatnya. Dalam situasi ini, kedua-dua masa lalu
dan masa depan akan menjadi ‘sekarang’ dalam memorinya, dan setiap satu
kejadian akan menjadi pengalaman jelas padanya.
Oleh kerana Allah telah membuat kita
menganggap peristiwa dalam siri yang jelas, seolaholah masa bergerak dari masa
lalu ke masa depan, Dia tidak memberitahu tentang masa depan ataupun
menyalurkan maklumat ini ke dalam memori kita. Masa depan belum berada dalam memori,
tetapi semua masa lalu dan masa akan datang manusia berada dalam ingatan-Nya
yang abadi. Ini seperti memerhati kehidupan manusia seolah-olah ianya telah
digambar dan disiapkan sepenuhnya dalam tayangan gambar. Seseorang yang tidak
boleh mempercepat wayang itu melihat kehidupannya sementara rangka cerita berlalu
satu demi satu. Dia silap dalam memikirkan bahawa rangka cerita yang belum
dilihat itu termasuk dalam masa depan.
Sejarah Dunia Juga Satu Konsep Relatif
Semua fakta ini juga berkaitan dengan sejarah
dan kehidupan sosial. Kita melihat masyarakat dan sejarah dunia dalam rangka
terhad konsep masa dan ruang. Kita bahagikan sejarah ke dalam beberapa jangka
masa dan melihatnya dari perspektif konsep relatif ini. Kita bergantung pada
lima deria untuk hidup. Kita mengerti hanya apa yang dibenarkan oleh deria, dan
kita tidak akan pernah berjaya melangkah keluar daripada sempadan deria kita
sendiri. Masa dan ruang di mana kita hidup dimengertikan dengan sama. Jika otak
kita tidak dapat mengesan kejadian menerusi lima deria tersebut, kita hanya
sekadar berkata bahawa peristiwa itu ‘telah lenyap’. Maka, semua kejadian,
gambaran atau sensasi yang tersimpan dalam memori masih ada untuk kita – yakni,
ianya hidup, sementara yang dilupakan sudah tidak wujud. Dengan erti kata lain,
kejadian dan peristiwa yang tiada dalam memori sebenarnya telah menjadi masa
lalu buat kita. Mereka cuma telah ‘mati’ dan tidak wujud lagi. Tetapi ini hanya
benar untuk manusia kerana hanya merekalah yang mempunyai memori yang terhad.
Sebaliknya ingatan Allah adalah lebih tinggi terhadap setiap sesuatu. Ianya
tidak terhad dan abadi, tetapi sesuatu perlu dinyatakan di sini: Istilah
‘ingatan Allah’ digunakan hanya untuk tujuan penjelasan. Adalah amat jelas
bahawa sebarang perbandingan atau persamaan tidak boleh dibuat terhadap memori
Allah dan ingatan manusia. Allah adalah Yang Menciptakan setiap sesuatu
daripada kosong dan Yang Maha Mengetahui, sehinggalah ke titik paling akhir. Oleh
kerana ingatan Allah adalah tidak berkesudahan, tiada yang lahir di dalamnya
yang pernah hilang. Dengan kata lain, tiada ciptaan Allah yang pernah lenyap.
Tiada bunga yang layu, tiada air minuman yang kering, tiada jangka waktu yang
berpenghujung, dan tiada makanan yang dimakan sepenuhnya. Dalam bentuk
pertamanya sebagai debu awanan, alam semesta berada dalam penglihatan Allah;
setiap detik dalam sejarah wujud dalam pandangan Allah. Batuan Stonehenge didirikan,
piramid masyarakat Mesir dibina, masyarakat Sumeria meninjau bintang-bintang, Neanderthal
mencari nafkah untuk hidup mereka, gambar gua Lascaux dilukis, manusia tinggal
di Catal Huyuk, dan Perang Dunia Ke-2 menggila. Begitu juga dengan masyarakat
yang akan hidup ribuan tahun dari sekarang yang akan berada dalam pemerhatian
Allah, sekalipun di masa mereka membina tamadun dan mengurus kehidupan. Keabadian
telah bermula untuk sesuatu kejadian atau peristiwa semenjak diciptakan. Misalannya,
apabila bunga diciptakan, ia sebenarnya tidak ditakdirkan untuk lenyap.
Bahawasanya ia berakhir menjadi sebahagian daripada sensasi seseorang dan
dipadamkan dari ingatannya tidak bermakna bahawa ia lenyap atau mati.
Keadaannya pada pandangan Allah-lah yang menjadi persoalan. Tambahan pula,
semua peringkat kejadian ini sejak dari penciptaannya, menerusi setiap detik
kehidupan dan kematiannya, tetap wujud dalam memori Allah.
Pengakuan Jujur
Semua pengetahuan ini adalah yang terpenting
dalam kehidupan manusia. Ini pastinya bukan sebarang falsafah atau fahaman,
tetapi hasil daripada kesimpulan saintifik yang mustahil untuk
dinafikan. Besar kemungkinan ramai pembaca yang sedang mengaitkan
fakta-fakta ini dengan keabadiaan dan sifat sebenar masa untuk pertama kalinya
dalam hidup mereka. Walau bagaimanapun, satu perkara penting perlu diingati:
Allah melalui Al-Quran menyatakan bahawa:
(Kami adakan
semuanya itu) untuk menjadi perhatian dan peringatan, (yang menunjukkan jalan
kebenaran), kepada tiap-tiap seorang hamba Allah yang mahu kembali kepadaNya
(dengan taat dan berbakti). (Surah Qaaf, ayat 8)
yang
memberi perhatian. Dengan kata lain, hanya mereka yang benar-benar mencari bimbingan
Allah dan menghargai kekuasaan abadi-Nya yang akan mengambil berat terhadap penjelasan
ini dan mendapat pemahaman sepenuhnya daripada fakta-fakta tersebut. Seseorang
mungkin dipengaruhi oleh materialisme sepanjang hidupnya. Dek kerana pengaruh
ini, dia mungkin tidak mempunyai peluang untuk memikirkan fakta-fakta ini
dengan fikiran terbuka. Tetapi ini tidak bermaksud dia perlu terus-menerus
menjalani hidupnya dalam tipu daya. Sesiapa yang melihat kebenaran seharusnya
meninggalkan kepalsuan, serta mendengar dan mematuhi ajakan moral yang timbul
dalam kesedarannya. Al-Quran menyatakan bahawa setiap individu mesti
mengelakkan diri daripada menjauhi kebenaran selepas melihatnya:
Dan mereka
mengingkarinya secara zalim dan sombong angkuh sedang hati mereka meyakini kebenarannya.
Oleh itu, lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang melakukan kerosakan. (Surah
an-Naml, ayat 14)
Sesiapa yang melihat dan mengakui kebenaran,
insyaAllah, akan mendapat kesejahteraan di dunia dan akhirat:
Dan (nyatalah
bahawa) yang membawa kebenaran (tauhid dan hukum agama) serta dia (dan
pengikut-pengikutnya) mengakui kebenarannya (dengan mematuhi hukum itu), mereka
itulah orang-orang yang bertakwa. (Surah az-Zumar, ayat 33)